Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

#IsuBabi, Oldtown White Coffee Ambil Tindakan Individu Buat Tuduhan Palsu

by Lisa Aina
November 16, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila premis terkemuka Oldtown White Coffee didakwa menggunakan haiwan babi dalam hidangan makanan.

Walau bagaimanapun, Oldtown White Coffee menolak semua khabar angin dan dakwaan bahawa produk-produk kami mengandungi bahan babi. Dakwaan dalam video yang sedang disebarkan di pelbagai saluran media sosial adalah tidak benar.

Ada Sijil Halal Sejak 2010

Oldtown White Coffee menekankan bahawa semua cawangan di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak tahun 2010. Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan.

IKLAN
Foto – mStar

Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman kami langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal.

Wakil dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengunjungi cawangan-cawangan berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mereka mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Penjelasan Penjelasan Isu Status Halal Mi Kari

Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa Mi Kari Oldtown White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari.

Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan semakan pihak kami, premis makanan Oldtown White Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti.

Ambil Tindakan Undang-Undang Individu Buat Tuduhan Palsu

Oldtown juga menggesa dan memohon bantuan para netizen supaya hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu.

Pada masa ini, kami sedang berbincang dengan pihak guaman dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu-individu yang didapati membuat tuduhan palsu.

RUJUKAN

IKLAN
Tags: mi kari Oldtown White Coffeemi kari viraloldtown white coffeeoldtown white coffee halal
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan