• Latest
Foto - Arkib Wanista

10 Individu Tetap Jalani Kehidupan Sederhana Walaupun Bergelar Jutawan

November 16, 2020
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Friday, February 26, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

10 Individu Tetap Jalani Kehidupan Sederhana Walaupun Bergelar Jutawan

by Sofie Azizlan
November 16, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

31
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seronok kan bila buka akaun bank tengok jumlah wang tak pernah berkurang malah bertambah. Indah sangat! Setiap seorang daripada kita mesti ada wishlist masing-masing jika menjadi seorang jutawan. Namakan apa sahaja yang nak dibeli, mesti boleh dibeli dengan cash.

Berbanding dengan realitinya, tak semua jutawan memilih untuk hidup dengan mewah seperti yang dibayangkan oleh kita. Hidup dalam duit? Tak, kerana ada yang memilih untuk hidup dengan sederhana sama seperti sebelum menjadi jutawan.

Walaupun mereka boleh memetik jari sahaja untuk mendapatkan apa yang diingin tetapi bagi mereka, kehidupan sederhana ini lebih baik dan menggembirakan kerana dapat membantu orang ramai dan mengingatkan mereka tentang asal usul.

Jadi siapakah yang masih lagi menjalani kehidupan sederhana selepas bergelar sebagai jutawan?

Warren Buffet [Nilai Bersih: $86 bilion ]

Menurut Forbes, Buffet ialah salah seorang individu terkaya di dunia dan digelar sebagai Oracle of Omaha iaitu pelabur Amerika Syarikat dan dermawan yang terkenal.

Foto – Arkib Wanista

Di sebalik kekayaannya, Warren masih lagi tinggal di Nebraska iaitu rumah yang dibeli lebih daripada 50 tahun dengan harga lebih daripada $31,500. Ketika berkahwin untuk kali kedua, Warren hanya mengadakan majlis itu di rumah anak perempuannya sahaja.

Bill Gates [Nilai Bersih: $119 bilion]

Menjadi orang kedua yang terkaya di dunia, Bill Gates masih lagi mencuci pinggan pada setiap malam. Walaupun beliau bersyukur dengan baki akaun banknya, tetapi beliau menyatakan kebahagiaan dijumpai dalam perkara yang kita tak sangka dan bukannya material.

Foto – Business Showbiz

“Saya tidak perlu memikirkan kos kesihatan atau kos kolej. Bebas daripada rasa bimbang akan hal kewangan adalah satu berkat yang nyata”, ujar Bill.

Mark Zuckerberg [Nilai Bersih: $101.7 bilion]

Tidak ramai yang boleh mencapai kejayaan seperti yang dilakukan oleh pengasas Facebook ini. Walaupun mempunyai kekayaan yang tak disangka, Mark Zuckerberg tidak berganjak daripada kehidupan ringkasnya sebelum menjadi jutawan.

Foto – Arkib Wanista

Mengaku menyimpan satu almari sahaja dalam biliknya, beliau hanya memiliki T-shirts yang berwarna kelabu sahaja. Tidak pernah tayang kekayaannya, beliau hanya memandu kereta Volkswagen Golf yang hanya berharga $20,000.

Carlos Slim Helú [Nilai Bersih: $56.6 billion]

Orang terkaya di Mexico, Carlos Slim mengumpul kekayaannya melalui pelbagai perniagaan. Walaupun memiliki syarikat hartanah, tetapi beliau memilih untuk menetap di kawasan yang dia membesar.

Foto – Arkib Wanista

Tinggal di sebuah rumah sederhana yang mempunyai enam bilik tidur yang dimilikinya selama 30 tahun, dia memandu sendiri ke tempat kerja dan tidak mempunyai komputer malah bergantung kepada cara kerja tradisional iaitu melakukan kerja menggunakan kertas.

Tim Cook [Nilai Bersih: Hampir $2 trilion]

Menjadi CEO Apple, sememangnya kita tahu betapa mewahnya hidupnya. Tetapi berbeza daripada apa yang dibayangkan, Tim Cook suka bekerja dan beliau memilih untuk tinggal di persekitaran sederhana untuk mengingatkan dirinya tentang asal-usul.

IKLAN

Foto – Arkib Wanista

Beliau masih bangun pada pukul 4 pagi untuk menjawab e-mel dan pergi ke gim sebelum ke pejabat. “Saya suka meletakkan diri dalam persekitaran yang sederhana untuk ingatkan tentang asal usul malah wang bukanlah pendorong dalam kehidupan saya”, ujarnya.

Amancio Ortega [Nilai Bersih: $73.1 bilion]

Pemilik jenama Zara ini, Amancia Ortega adalah usahawan fesyen yang terkenal di Sepanyol. Di samping kekayaan yang dimilikinya, beliau memilih untuk tinggal di La Coruna, iaitu di sebuah apartmen bersama isterinya.

Foto – Arkib Wanista

Terpaksa meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun untuk menyara keluarganya, membuatkan beliau mempunyai sifat rendah hati dan sering berinteraksi dan makan dengan pekerjanya di kafeteria Zara.

Peter Lim [Nilai Bersih: $1.9 bilion]

Merupakan anak kepada seorang penjual ikan dan pemandu teksi untuk membiayai pendidikannya, Peter Lim menjadi seorang jutawan sebagai broker saham.

Foto – Unreserved

Masih menjalani kehidupan sederhana selepas menjadi jutawan, Kim iaitu anak perempuannya menyatakan ayahnya menyuruh untuk mempunyai sikap rendah hati terhadap semua orang kerana tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada esok hari.

N R Narayana Murthy [Nilai Bersih: $3.1 bilion]

Syarikat Infosys yang mempunyai beberapa cawangan dibeberapa negara telah membuatkan co-founder, N R Narayana Murthy sebagai salah satu jutawan di India.

Foto – Arkib Wanista

Tidak mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan mewah, beliau lebih memilih untuk menaiki bas syarikat bersama pekerja setiap hari.

Keanu Reeves [Nilai Bersih: $360 milion]

Walaupun dikenali sebagai seorang pelakon yang berjaya dan jutawan, Keanu Reeve masih dikenali sebagai seorang lelaki yang mempunyai sifat rendah diri.

Foto – Arkib Wanista

Menyumbang sejumlah wang yang besar untuk penyelidikan leukimia, beliau sering dilihat menaiki kereta api bawah tanah.

Azim Premji [Nilai Bersih: $8 bilion]

Menjadi salah seorang yang terkaya di India, Azim Premji tidak gemar untuk memiliki banyak kereta malah beliau hanya memiliki Ford 1996 dan sering memilih untuk menaiki beca daripada lapangan terbang.

Foto – Arkib Wanista

Mengamalkan persekitaran yang mesra alam, beliau mengambil berat tentang penggunaan tisu tandas yang digunakan, meminimumkan penggunaan kertas dan akan memastikan pekerjanya untuk tidak membazir elektrik ketika tidak menggunakannya.

Bukan kedekut tetapi menjalani kehidupan sederhana membuatkan seseorang itu lebih bersyukur dan dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan. Selain berkongsi, mereka juga dapat mempelajari pelbagai perkara berkaitan dengan kehidupan.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: jutawanjutawan 2020Jutawan Berpengaruhjutawan duniajutawan menjalani kehidupan sederhanakehidupan sederhana jutawan
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

10 Individu Tetap Jalani Kehidupan Sederhana Walaupun Bergelar Jutawan

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.