Produk yang mewah dan mahal, serta perubahan gaya hidup drastik sebenarnya bukan jaminan untuk perubahan kulit flawless.
Sebenarnya, jika anda mengikuti rutin dari pakar dermatologi, anda dapat melihat perubahan positif pada kulit anda hanya dalam satu hari. Yang penting kena rajin dan disiplin, kalau malas… sampai ke sudah kulit wajah kusam, kering, langsung tak cantik.
Sehari anda lakukan rutin ini, Insyallah secara perlahan kulit berubah jadi bertambah baik.
Tolonglah Minum Air
Benda paling mudah tapi paling susah nak buat, minum air. Apabila kulit terhidrat, ia akan kelihatan lebih lembut, halus, dan lebih sihat, bahkan juga awet muda.
- Foto – Times of India
Pakar dermatologi mengatakan air dapat mengurangkan jerawat dengan menurunkan kepekatan minyak pada kulit anda.
Skip Manisan
Diet yang sihat adalah penting, dan itu bermaksud dengan menghadkan pengambilan gula anda.
Tabiat mengambil manisan akan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh. Kadar insulin yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran sebum pada permukaan kulit. Sebum ini kemudiannya akan menutup liang pori dan sekaligus menyebabkan jerawat.
- Foto – Medical News
Sebaiknya makan banyak buah dan sayur dengan kepekatan vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi.
Exfoliate Sangat Membantu
Nak mendapat kulit yang lembut, bersih dan cerah, anda harus melakukan pengelupasan.
Pengelupasan mendorong penggantian sel, membuka liang pori, dan membantu kulit kelihatan lebih berseri. Cubalah skrub harian yang lembut atau pengelupasan kimia, seperti asid glikolik.
- Foto – Readers Digest
Jenis kulit yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza. Untuk kulit sensitif, anda tidak perlu lakukan secara kerap, tetapi kulit berminyak pula sebaliknya.
Tapi sebaiknya, rujuk dengan pakar dermotologi anda untuk menentukan produk mana yang sesuai dan kekerapan untuk digunakan supaya kulit tidak binasa.
Magik Teh Hijau
Polifenol dalam teh hijau adalah antioksidan yang hebat, yang melawan kerosakan oksidatif pada kulit anda (dari radikal bebas di persekitaran anda).
- Foto – Well Good
Dek kerana sifat anti-radang, teh hijau sebenarnya dapat membantu mengurangkan kemerahan, bintik-bintik, dan kulit yang iritasi.
Tanggal Mekap
Berapa kali perlu diberitahu tidur dalam mekap hanya akan membuat kulit anda bertambah teruk. Ia dapat menyumbat liang dan menyebabkan kusam dan breakout.
- Foto – UPMC
Cuci muka! Tidak ada alasan untuk tidak menanggalkan mekap anda walaupun anda terlalu letih dan malas untuk melakukan rutin pembersihan.
Anda tak cemburu ke tengok orang yang kulit flawless?
Guna Pembersih Yang Ringan
Tak perlulah nak beli produk yang mahal-mahal, guna bahan-bahan luar biasa kalau tak beri perubahan.
- Foto – First Cry Parenting
Rata-rata dermatologi mengesyorkan cari formula ringan dengan gliserin dan ceramida. Ia tidak menghilangkan minyak pada kulit dan menambah kelembapan dari lidah buaya, gliserin, dan ceramida. Ia juga mempunyai agen anti-radang, jadi ia menenangkan dan mengurangkan kemerahan.
Good Sleep
Tanpanya kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Pakar mengesyorkan tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga lapam jam setiap malam, bagi mendapatkan beauty sleep.
- Foto – Love Bug
Semasa tidur, kulit akan bekerja dengan membaiki struktur supaya ia kembali segar dan pulih, dan memberi glow.
Cuci Tangan & Jangan Sentuh Muka
Bayangkan dalam sehari macam-macam benda anda sentuh, sudah tentu bakteria merebak. Tanpa sedar anda sentuh pula muka. Bila dah sentuh, mulalah kulit naik benda-benda yang tidak sepatutnya.
- Foto – Services
Jadi, kerap cuci tangan supaya kekal bersih. Ingat, bakteria di tangan anda membawa kepada bakteria pada kulit anda.
Selamat Beramal!