Menerusi kisah biografi “Diana: Her True Story” yang diterbitkan pada tahun 1992, didedahkan masalah gangguan pemakanan yang dialami Diana, tetapi sayangnya tidak diambil enteng.
Menurut Diana, semua perkara ini (perkahwinan dengan Charles dan masalah Camilla) membuat dia mengalami bulimia dan tekanan jiwa.
- Babak siri Netflix ‘The Crown’ musim keempat. Diana dilihat memuntahkan semula makanan ke dalam mangkuk tandas. Foto – DailyMail
“Bulimia yang saya alami bermula seminggu selepas kami bertunang. Kata-kata Charles “kamu gemuk” setiap kali melihat cara saya makan telah mencetuskan sesuatu dalam diri saya. Sejak itu saya sering membuat diri saya sakit supaya saya dapat kurus dan saya gembira melakukan itu semua,” katanya.
Gangguan diet menjadikan berat badan dan sikap Diana berubah dengan drastik.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya masih ingat ketika saya mencuba gaun pengantin buat kali pertama, pada masa itu saiz saya ialah 29. Selepas mengalami bulimia, badan dan saiz pakaian terus menurun ke 23.5,” jelasnya lagi.
Bulimia Nervosa, Gangguan Pemakanan Yang Boleh Ancam Nyawa
Bulimia adalah satu gangguan pemakanan. Ia akan menyebabkan seseorang individu untuk makan dengan banyak dan sukar berhenti.
Tapi dalam masa yang sama, akibat takut mengalami perubahan bentuk badan, individu tersebut akan cuba memuntahkan kembali apa yang dimakan. Umumnya, keadaan ini akan terjadi berulang kali, dan dilakukan tanpa rasa bersalah.
- Foto – Education
Ini termasuklah melalui cara muntah secara paksa, bersenam secara berlebih-lebihan atau mengambil ubat dengan cara tidak betul.
Individu yang mempunyai penyakit bulimia ini sering memikirkan berkenaan rupa bentuk tubuh badan mereka. Mereka sering memerhatikan berat badan mereka sepanjang masa.
Tanda-Tanda Anda Mengalami Bulimia
Penyakit bulimia agak sukar dikesan. Tapi menurut kajian, faktor mendorong masalah gangguan ini kerana kemarahan, kemurungan dan kesempurnaan.
- Foto – Health Cautions
Nak tahu seseorang itu mengalami bulimia atau tidak, berikut adalah tanda-tandanya:
- Kerap memikirkan rupa bentuk serta berat tubuh badan secara negatif
- Sering takut sekiranya berat badan bertambah
- Kerap makan dengan cara tidak normal, terlalu banyak salam satu-satu hidangan
- Tidak mampu mengawal pemakanan seperti tidak mampu untuk berhenti makan
- Paksa diri untuk muntah setiap kali selepas makan
- Bersenam secara keterlaluan utnuk mengelakkan pertambahan berat badan selepas makan banyak
- Menggunakan ubat julap, diuretik atau enema selepas makan tanpa keperluan
- Berpuasa atau menahan diri daripada mengambil kalori harian antara episod waktu makan
- Kerap ke tandas selepas makan
- Mengambil suplemen atau sebarang produk herba yang diyakini mampu menghilangkan berat badan dengan cepat atau secara berlebihan
- Foto – Centre of Healing
Rawatan Boleh Bantu Pesakit Bulimia
Rawatan yang tersedia bagi merawat gangguan ini meliputi rawatan berkaitan pendidikan berkenaan pemakanan dan juga kesihatan mental.
Penting untuk mengetahui perkara yang dialami pesakit menerusi sudut pandangan serta terapi, seperti penglibatan dalam psikoterapi seperti terapi tingkah laku kognitif (CBT), terapi keluarga dan juga psikoterapi interpersonal.
Semoga anda menempuh hari-hari dengan baiknya.