Rata-rata wanita Asia (belah Asia Timur) mempunyai kelopak mata nipis yang dipanggil ‘monolid’.
Monolid adalah bentuk kelopak mata yang tidak mempunyai lipatan. Mata yang mempunyai lipatan dikenali sebagai kelopak mata berganda. Monolid biasanya merupakan ciri wajah orang Asia Timur.
Jadi mereka memerlukan teknik solekan yang betul agar matanya nampak lebih galak dan besar. Bukan bermaksud mereka tidak cantik, tetapi mereka merasakan monolid tidak mempunyai daya penarik. Disebabkan itu mereka memilih untuk mengubah dengan miliki kelopak mata.
- Foto – Arkib Wanista
Menurut satu kajian, daripada seribu pesakit yang melakukan pembedahan plastik, sekitar 68% melakukan pembedahan kelopak mata berganda (double-eyelid). Ini adalah prosedur paling popular yang dilakukan oleh orang Korea untuk mendapatkan mata seperti anak patung dan lebih besar.
Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan disebut sebagai “plastic surgery capital of the world.”
Tapi seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi, warga sana sudah menerima hakikat malah bangga dengan keaslian pada diri mereka. Bentuk mata monolid unik dan ada daya tarikan tersendiri.
Beberapa aktres di bawah antara yang bangga dengan keaslian wajah mereka, malah mata monolid bikin mereka lagi cantik, menawan serta lebih menonjol.
Kim Go Eun
Sebelum ini, Kim Go Eun pernah mendedahkan dia hampir mahu melakukan pembedahan sebelum debut sebagai pelakon.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya terfikir untuk menjalani pembedahan kelopak mata sebelum debut. Tapi saya berfikir lagi, dan akhirnya tidak lakukan. Saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat sekali.”
Aktres yang naik menerusi drama Goblin berkata dia tidak mempunyai rancangan untuk menjalani pembedahan kelopak mata, tapi makin menyukai mata monolidnya itu.
Park So Dam
Aktres berbakat besar ini juga mempunyai pandangan yang serupa dalam hal pembedahan plastik dan suka bagaimana mata kecilnya membuatkan dia kelihatan unik.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya rasa pesona saya mempunyai penampilan yang berbeza dari orang lain. Saya tidak pernah memikirkan pembedahan plastik.”
Kim Da Mi
Aktres muda terkenal selepas membintangi drama Itaewon Class miliki pesonanya tersendiri.
- Foto – Arkib Wanista
Penampilan yang bengis dengan fesyen edgy, gaya rambut ombre serta rupa paras yang comel bikin peminat menyukai wataknya sebagai Jo Yi-seo. Sejak itu, fesyen Jo Yi-seo mula mendapat tempat dikalangan peminat k-drama, lagi-lagi orang muda di sana.
Jung So Min
Walaupun namanya sering menjadi sasaran khabar angin pembedahan plastik, Jung So Min menolak sekerasnya dakwaan tersebut, tapi masih hormat pada individu yang ‘ingin kelihatan lebih cantik’ dengan mengubah fizikal diri.
- Foto – Arkib Wanista
Pelbagai tanggapan, dia masih dikenali sebagai salah satu pelakon drama tercantik di Korea, bahkan menonjol dengan mata monolidnya itu.
Sohee
Bekas ahli kumpulan Wonder Girls ini memang cukup dikenali dengan rupa paras yang comel, miliki mata sepet dengan hidung terletak serta bibir kecil, menjadikan dia tak ubah seperti boneka.
- Foto – Arkib Wanista
Selesa meneruskan kerjaya sebagai pelakon, Sohee sejak azali lagi terkenal dengan mata monolid, itulah daya penariknya, yang menjadikan dia paling popular ketika zaman Wonder Girls dulu.
Ada kelopak mata atau tidak, setiap individu miliki daya penarik yang tersendiri.