Nampaknya fesyen lelaki memakai skirt mendapat perhatian luas, terutama jika terdapat selebriti terkenal yang menggayakannya seperti Harry Styles.
Baru-baru ini fesyen Harry Styles dikecam oleh netizen dan segelintir individu ternama yang kurang suka melihat fesyen yang digayakan oleh Harry untuk majalah terkenal itu.
- Foto – Vogue
Penulis Buku Mahu Masyarakat Barat Kembalikan Era Lelaki Kuat Semula
Candace Owens seorang penulis buku terkenal di Amerika Syarikat berkongsikan pandangannya, di mana masyarakat barat tidak boleh hidup tanpa orang lelaki yang kuat dan mahu mengembalikan zaman lelaki kuat semula.
There is no society that can survive without strong men. The East knows this. In the west, the steady feminization of our men at the same time that Marxism is being taught to our children is not a coincidence.
It is an outright attack.Bring back manly men. https://t.co/sY4IJF7VkK
— Candace Owens (@RealCandaceO) November 14, 2020
Pandangan ini ditulis sambil retweet gambar Harry Styles memakai skirt, yang dikongsikan oleh laman Twitter Vogue.
Apa yang cuba disampaikan oleh penulis ini seolah-olah Harry yang menggayakan fesyen skirt bukanlah lelaki barat yang kuat dan memberi maksud lain.
Juruulas Amerika Syarikat Kritik, Ini Bukan Fesyen Lelaki Maskulin
- Foto – Twitter
Seorang juruulas Amerika Syarikat Ben Shapiro turut menyumbang pandangan dengan menyatakan maskulin dan feminin wujud dalam setiap budaya.
Dan lelaki telah diajar untuk menjadi maskulin dan wanita menjadi feminin, masing-masing ada peranan masing-masing, ulas Ben dalam maklumbalas di laman Twitter Candace Owens.
Pakai Pakaian Yang Buatkan Diri Rasa Berkeyakinan – Harry Styles
- Foto – Vogue
Dalam petikan majalah Vogue untuk edisi Disember 2020, Harry berkongsi pengalaman hidupnya serba sedikit, perjalanan kerjaya, kehidupan peribadi, muzik dan citarasa fesyennya.
Bagi Harry pakaian yang membuatkan diri rasa berkeyakinan merupakan pakaian superhero diri sendiri, dan pakaian juga sangat seronok untuk dieksperimentasikan.
Bagi Harry Tiada Batas Dalam Berfesyen
Harry juga berpendapat memang terdapat pakaian untuk golongan wanita dan golongan lelaki, tetapi jika batasan diruntuhkan semua orang boleh mencuba pelbagai jenis fesyen yang diminati.
Selain itu, Harry juga berkongsi pandangan dalam berfesyen tidak semestinya perlu menyekat kebebasan diri untuk mencuba dan bermain dengan pakaian.
Kompilasi Fesyen Skirt Yang Digayakan Harry Dalam Majalah Vogue
Harry Bergaya Sakan Dengan Gaun Dan Jaket Dari Gucci
- Foto – Vogue
Kot Kompleks Dari Maison Margiela
- Foto – Vogue
Tampak Mengancam Dengan Tali Pinggang JW Anderson Bersama Sweater Vest Dan Skirt Kilted Dari Wales Bonner
- Foto – Vogue
Mister Of Robes
- Foto – Vogue
Kuasa fesyen memang kuat dan boleh memberi pengaruh dan juga inspirasi kepada orang lain, bagi Harry dirinya hanya memakai apa yang dirasakan selesa, memberi keyakinan dan keseronokan bereksperimentasi dengan berfesyen.
Dan sudah tentunya ada yang tidak menyukai apa yang digayakan oleh Harry, masing-masing ada citarasa sendiri bukan.