• Latest

Cuba Lihat Apa Warna Kegemaran Anda Katakan Tentang Personaliti

November 17, 2020
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Thursday, February 25, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Cuba Lihat Apa Warna Kegemaran Anda Katakan Tentang Personaliti

by Sofie Azizlan
November 17, 2020
33
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak rasa marah dan bengang tapi bila tengok warna merah, makin menjadi-jadi marah? Atau rasa serabut tetapi bila dalam bilik berwarna biru rasa tenang dan santai?Mesti pernah kan?

Menurut Pablo Picasso dan beberapa artis dan pereka dalaman, mereka percaya warna dapat mempengaruhi suasana, emosi dan perasaan secara dramatik.  Warna yang digunakan sebagai alat komunikasi yang kuat, telah digunakan dalam memberi isyarat, tindakan malah mempengaruhi reaksi fisiologi.

Walaupun pelbagai kajian dan eksperimen telah lama dijalankan, ia memberikan lebih banyak perkaitan antara personaliti dan warna psikologi. Jadi macam mana warna-warna ini berfungsi dan mempengaruhi personaliti seseorang?

Merah 

Jika warna merah adalah warna kegemaran anda, ia menunjukkan anda seorang yang berani, sombong dan bertenaga. Sifat dan keperluan anda yang spontan menjadikan anda seorang individu yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

Foto – Arkib Wanista

Warna merah juga membantu anda menonjolkan diri dan menjadi pusat perhatian dalam masyarakat. Dalam pada masa yang sama, warna merah adalah pilihan warna yang memberitahu dunia bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam memilih dan menjalani kehidupan anda.

Ciri keperibadian:

  • Berani
  • Thrill-seeker 
  • Pencinta pengembaraan
  • Impulsif
  • Menakutkan

Jingga 

Warna jingga mewakili keperluan besar untuk socialization dan keingingan untuk menjalinkan persahabatan dalam masyarakat.

Foto – Arkib Wanista

Warna ini juga dikatakan mewakili keperluan untuk menghadapi cabaran fizikal atau sosial dalam kehidupan selain memberikan penghormatan dan penerimaan dalam sesebuah masyarakat secara positif.

Ciri keperibadian:

  • Menyeronokkan
  • Sosial atau mungkin seorang extrovert 
  • Menyukai deep conversation 
  • Ceria

Kuning 

Dikatakan sebagai warna yang mewakili kebahagiaan dan minat untuk belajar, anda mungkin suka express keperibadian anda dengan mencipta dan berkongsi idea-idea baru.

Foto – Arkib Wanista

Warna kuning juga yang diinspirasikan daripada warna matahari mengundang perasaan hangat, bahagian dan cinta dalam sesebuah komuniti.

Ciri peribadi:

  • Bersemangat positif
  • Optimistik
  • Ceria
  • Kembara
  • Menenangkan

Biru 

Mewakili ketenangan, warna biru sangat popular. Mereka yang menyukai warna biru akan menjalani kehidupan mengikut cita-cita dan kepercayaan mereka serta memilih untuk hidup dalam kedamaian dan harmoni.

Foto – Arkib Wanista

Warna biru yang juga dikatakan sensitif dan boleh dipercayai sangat mementingkan tentang orang lain dalam masa yang sama dengan usaha yang konsisten. Selain itu juga warna biru membuka selera makan seseorang kerana kualiti derianya yang menyegarkan.

Ciri peribadi:

  • Boleh dipercayai
  • Lembut
  • Penyayang
  • Setia
  • Kuat

Hijau 

Kalau warna hijau adalah warna anda, ia menujukkan anda seorang yang rendah diri dan peka dengan apa yang difikirkan oleh orang lain tentang anda. Selain itu, anda juga akan melakukan perkara yang diterima oleh semua orang.

IKLAN

Foto – Arkib Wanista

Sebuah reputasi yang baik adalah penting untuk anda dan ia membuatkan anda berasa selamat dan aman dengan perasaan yang ingin dicintai dan mencintai.

Ciri peribadi:

  • Rendah diri
  • Suka menolong
  • Produktif
  • Berfikir di luar kotak

Ungu 

Menggambarkan seseorang yang artistik dan unik, warna ungu ini menunjukkan seseorang individu itu sering membuat sesuatu mengikut gerak hatinya dan sangat berminat dengan perkara yang melibatkan kerohanian.

Foto – Arkib Wanista

Sangat aktif dan penyayang, peminat warna ungu ini sentiasa menganalisis dan memerhati apa sahaja yang berlaku dalam perjalanan hidupnya. Individu ini juga merupakan seorang yang emosi kerana mereka mengambil sesuatu perkara dengan mendalam.

Ciri peribadi:

  • Cepat fasih
  • Inginkan identiti sendiri
  • Mempunyai kreativiti dan inspirasi secara rawak
  • Mempunyai muzik tersendiri

Merah Jambu 

Warna merah jambu ini mewakili seseorang individu yang penyayang, baik, sensitif dan mempunyai sisi pengasuhan dan sensual yang kuat.

Foto – Arkib Wanista

Sering mewakili kelembutan dan lambang kewanitaan, individu ini juga mempunyai standard idealistik terhadap pandangan romantis, membuatkan dirinya mempunyai sisi yang lembut dan sering disayangi.

Ciri peribadi:

  • Menyeronokkan
  • Suka bermain
  • Naif
  • Tidak takut meluahkan emosi
  • Cinta
  • Mementingkan keluarga

Putih

Memberikan personaliti yang cinta akan kedamaian dan kesederhanaan, ia menjadikan seseorang individu itu positif dan berpandangan optimis terhadap masa depan dan kehidupan.

Foto – Arkib Wanista

Ramai tertarik kepada mereka yang menyukai warna putih ini kerana sifatnya yang ceria, berdikari dan sangat terperinci. Jika anda berada dalam mood yang suram, individu ini akan menaikkan suasana di sekitar anda.

Ciri peribadi:

  • Tenang
  • Damai
  • Innocent 
  • Naif
  • Suka kebersihan

Hitam

Mewakili keperibadian yang kuat dan tekad dalam sesuatu perkara, penggemar warna hitam ini tidak takut untuk mengejar apa yang mereka mahu.

Foto – Arkib Wanista

Walaupun warna hitam ini sering dikaitkan dengan kematian dan berkabung tetapi warna ini juga menunjukkan kemewahan dan semangat.

Ciri peribadi:

  • Berani
  • Pengambil risiko
  • Kuat
  • Dipercayai
  • Serius

Pada zaman dulu, beberapa budaya kuno seperti Mesir dan Cina telah melakukan chromotheraphy iaitu menggunakan warna untuk proses penyembuhan. Istilah ini juga disebut sebagai terapi cahaya atau colorology.

Masih digunakan sehingga kini, iaitu sebagai rawatan holistik atau alternatif seperti;

  • Merah – Merangsang badan dan minda untuk meningkatkan peredaran darah.
  • Kuning – Merangsang saraf dan membersihkan badan.
  • Jingga – Menyembuhkan paru-paru dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Biru – Menenangkan penyakit dan merawat kesakitan.
  • Indigo – Mengurangkan masalah kulit.

Walaupun warna memainkan peranan penting dalam kehidupan, dalam diam sebenarnya warna kegemaran anda menunjukkan personaliti dan bagaimanakah diri anda sebenarnya.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: personaliti dan warnawarnawarna dalam kehidupanwarna kegemaranwarna kesukaanwarna melambangkan personalitiwarna personaliti
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Cuba Lihat Apa Warna Kegemaran Anda Katakan Tentang Personaliti

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.