Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Akupuntur Boleh Tingkatkan Keinginan Seks, Betul Ke?

by Mas Idayu
November 17, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Tak kira wanita atau lelaki kehidupan seks salah satu aspek penting dalam menjalani kehidupan yang bahagia, tapi jika keinginan seks rendah apa yang harus dilakukan?

Dikhabarkan akupuntur teknik perubatan tradisional dari China ini, berupaya meningkatkan keinginan seks lelaki dan juga wanita.

Sejauh mana kebenarannya, ikuti kupasannya di bawah.

IKLAN

Akupuntur Bantu Masalah Hormon

Menurut Jill Blakeway, doktor akupuntur dan perubatan China serta pengasas Yinova Center di bandar New York menyatakan, individu yang terlalu letih, merasakan tubuh tidak selesa dan terlalu tertekan boleh menjejaskan tindakbalas seksual diri.

Foto – Arkib Wanista

Masalah hormon seperti rendahnya tahap hormon testosterone dan perimenopause dalam diri wanita dan lelaki, menyebabkan pasangan rasa kurang keinginan syahwat.

Tetapi dengan akupuntur, masalah ini boleh dirawat, tusukan jarum pada titik punca di sekitar kawasan intim lelaki dan wanita boleh meningkatkan keinginan seks dan menyeimbangi hormon dalam diri.

Lancarkan Peredaran Darah Dan Merangsang Organisma

Foto – Runtastic

Ya, akupuntur bukan saja boleh melancarkan peredaran darah, malah ia juga boleh merangsang organisma diri. Apabila peredaran darah berjalan lancar disekitar organ reproduktif ia secara tidak langsung akan mempengaruhi keinginan seksual diri.

Melegakan Masalah Tekanan

Untuk menikmati hubungan seksual yang mengasyikan, pasangan harus bebas dari sebarang tekanan barulah hubungan intim yang dilakukan berasa nikmat.

Foto – India.com

Tetapi jika diri terlalu tertekan, mana-mana pasangan akan berasa sukar untuk menikmati hubungan seks ketika bersama.

Tetapi dengan akupuntur, teknik rawatan menggunakan jarum dari China mampu menyeimbangkan sistem dalam tubuh, membuatkan tubuh rasa tenang dan juga merendahkan tahap tekanan diri.

IKLAN

Menyeimbangkan Ketidak Harmonian Dalam Tubuh

Foto – Medimetry

Masalah rendah nafsu syahwat berpunca dari simptom diri yang tidak seimbang dan tidak harmoni, dan kesannya rasa keinginan seks menurun hingga menjejaskan kehidupan seks diri.

Rawatan akupuntur yang dilakukan boleh merawat ketidak seimbangan dan rasa tidak harmoni dalam diri, teknik akupuntur akan membuang bahagian yang menyebabkan tenaga tersumbat dan menyalurkan tenaga tersebut ke organ dalaman diri.

Merawat Masalah Utama Iaitu Disfungsi Seksual Diri

Foto – Medium

Masalah disfungsi seksual perlu diambil berat, kerana ia bukan saja menjejaskan diri untuk menikmati hubungan seks, malah ia juga menjejaskan keupayaan diri untuk organisma.

Tetapi dengan melakukan rawatan akupuntur, masalah ini dapat ditangani dengan cara yang selamat dan berkesan.

Jadi bagi yang mengalami masalah keinginan seks rendah, kamu boleh berfikir untuk menjalani rawatan akupuntur di pusat akupuntur yang bertauliah dan diiktiraf.

Rujukan: 1, 2, 3,

Tags: AkupunturAkupuntur Rawat Masalah SyahwatAkupuntur Tingkatkan Keinginan SeksFungsi AkupunturMasalah Hormonmasalah seksualMasalah SyahwatRawatan Akupuntur
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan