Nampaknya perancangan melancong ke luar negara untuk tahun ini terpaksa dibatal atau ditangguhkan berikutan pandemik.
Tapi itu bukan bermaksud kamu tidak boleh merancang bercuti ke negara luar. Bila semua dah reda dan beransur pulih, rancang perjalanan ke negara yang ingin dituju.
Kalau terfikir nak ke Jepun, jangan lupa cuba beberapa manisan yang sumpah sedap sampaikan boleh ketagih. Sampai cari dekat Malaysia, begitulah penangannya.
Dango
- Foto – Japan Centre
Dango adalah manisan bulat yang diperbuat daripada tepung beras. Sangat lembut dan kenyal, disajikan tiga hingga lima dango dan dicucuk pada lidi. Manisan ini sering disajikan dengan teh hijau.
Mochi
- Foto – Culture Trip
Mochi adalah kek beras Jepun yang dieprbuat daripada beras gandum pendek yang kaya dengan gluten disebut mochigome.
Daifuku
- Foto – Just One Cookbook
Sama saja seperti mochi, cumanya Daifuku diletakkan inti di dalamnya. Kebiasaan adalah kecang merah dan strawberi.
Aiskrim Mochi
- Foto – Dairy Food Magazine
Ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aiskrim tetapi ingin menikmati rasa mochi. Bebola aiskrim yang ditutupi lapisan mochi dan kemudian ditabur dengan tepung jagung.
Namagashi
- Foto – Chowcation
Manisan menarik dan cantik biasanya disajikan pada upacara minum teh tradisional. Kebanyakannya diperbuat daripada bahan semula jadi seperti jeli buah dan pes kacang merah.
Kakigori
- Foto – PureWow
Sama saja seperti bingsu. Ais lembut dibentuk mengikut variasi rasa yang berbeza. Biasanya manis dengan susu pekat, atau boleh dibuat tanpa susu.
Melon Pan
- Foto – Joshua Dance
Ada jual dekat Family Mart. Bentuknya menyerupai tembikai susu. Istimewanya di bahagian atas luar terdapat kerak, dan dalamnya manis dan lembut.
Penkek Jepun
- Foto – Eater NY
Berbeza penkek tradisional lain, penkek Jepun sangat gebu dan lembut. Uniknya, penkek ini dibuat mengikut teknik soufflé. Putih telur dicampur dengan gula menjadi meringue tebal kemudian dicampurkan dengan kuning telur.
Taiyaki
- Foto – Coto Academy
Taiyaki adalah penkek berbentuk ikan yang diisi dengan pes kacang merah dan disajikan panas-panas.
Honey Toast
- Foto – www.tokyocreative.com
Honey toast terdiri daripada roti bakar yang sangat besar, besar dan lembut, caramel madu serta aiskrim dan buah-buahan.
Anko
- Foto -www.japanesecooking101.com
Anko adalah kacang azuki yang dibuat menjadi pes yang manis. Anko digunakan sebagai topping untuk kek atau buah-buahan atau dimakan begitu sahaja.
Bila melancong ke Jepu, jangan lupa mencuba makanan mereka.
Selamat Beramal!