K-beauty yang sememangnya menjadi fenemona di Malaysia dan seluruh dunia apabila ia mempengaruhi sebahagian besar daripada rutin kecantikan harian kita.
Wanita Korea merupakan pakar yang terkenal dalam memberikan tips serta produk untuk mendapatkan glass skin dan ‘juice skin‘. Tidak berfokuskan kepada banyak jenis produk, mereka hanya memberikan perhatian bagaimana kulit mendapatkan kelembapan yang lengkap.
Menurut Ada Ooi (Celebrity Facialist-Acupuncturist Skin & TCM Wellness Expert), untuk mendapatkan kulit yang mempunyai kelembapan yang baik, juicy dan plumpy glow, setiap wanita perlu menggunakan bahan penghidratan yang mewujudkan keseimbangan air-minyak dengan tepat.
Ada Ooi juga berkongsi, teknik untuk mendapatkan ‘juice skin’ ini hanya memerlukan tujuh langkah sahaja berbanding dengan beauty regime yang lain.
Langkah 1: Exfoliate
Untuk mendapatkan ‘juice skin’, perkara pertama yang perlu kamu lakukan ialah exfoliate kulit. Banyak fungsi yang kulit kamu akan dapat seperti membuang sel kulit mati dan protein yang menghalang daripada kulit kamu menyerap nutrien baru yang baik untuk kulit.
Lakukan dengan konsisten setiap minggu iaitu tiga kali seminggu bagi mendapatkan kulit yang segar dan kelihatan baru. Tetapi kamu perlu ingat, jika lakukan dengan kerap dalam masa seminggu, kulit kamu akan mengalami kekeringan berpanjangan dan meninggalkan trauma pada kulit.
Langkah 2: Pembersihan Pertama
Ada Ooi menyarankan supaya semua wanita perlu elak daripada menggunakan pembersih micellar water yang dikatakan bagus dalam menghilangkan solekan kamu dalam sekelip mata. “Micellar water membuatkan kulit kamu kehilangan protein semula jadi yang diperlukan oleh kulit”, ujarnya.
Sebagai gantian, Ada mencadangkan kamu menggunakan cleansing oil kerana wajah kamu memerlukan urutan untuk menanggalkan kekotoran selain tidak membuang protein yang diperlukan di wajah tanpa mengeringkan kulit.
Langkah 3: Pembersihan Kedua
Setelah menggunakan cleansing oil, kamu perlu menggunakan pembersih muka yang tidak berbuih untuk tidak menghilangkan protein semula jadi pada kulit.
Kenapa memerlukan pembersihan kedua? Selepas kamu menggunakan cleansing oil, kulit kamu masih lagi terdapat bahan-bahan kimia daripada makeup yang terperangkap dalam liang pori.
Jadi apabila kamu melakukan double cleansing ini, secara tidak langsung kulit kamu akan bersih secara keseluruhannya.
Langkah 4: Toner
Selepas membersih dan mencuci muka, kulit memerlukan penghidratan dan keseimbangan pH. Untuk mendapatkan penghidratan dan keseimbangan pada kulit, pengunaan toner sangat penting.
Selain menghidrasikan kulit, toner juga berfungsi dalam mengecilkan pori serta membuatkan kulit kamu bersedia untuk menerima manfaat rutin kecantikan yang lain.
Langkah 5: Rawatan Serum
Lihat kepada skin concern kamu dan pilih serum yang dapat menangani masalah kulit sama ada kering, berminyak, sensitif atau kombinasi.
Sangat penting dalam rutin ini, serum mengandungi antioksidan yang membantu lindungi kulit kamu daripada radikal bebas yang terdedah pada setiap hari. Dalam pada masa yang sama, serum dapat mencegah garis halus dan tanda penuaan pada kulit kamu.
Langkah 6: Water-Cream
Kunci dalam mendapatkan kulit berseri dan kelihatan lembap, Ada Ooi mencadangkan krim yang kaya dengan kandungan air kerana ia mengandungi antioksidan dan anti-radang bagi menghidrat kulit dari dalam.
Jika anda mempunyai krim yang tidak menghidratkan kulit, ia akan membuatkan kulit anda terdedah dengan habuk dan perkara yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Langkah 7: Pelembap
Kamu pasti tertanya-tanya apa perbezaan diantara water-cream dan pelembap.
Water-cream ini memberikan penghidratan dan menyeimbangkan kandungan air dalam kulit. Manakala pelembap pula berfungsi sebagai menutupi keperluan nutrien asas dan minyak yang diperlukan oleh kulit.
Bagi kamu yang kulit berminyak, kamu perlu memilih pelembap non-comedogenic kerana ia tidak menyumbatkan kulit dan mempunyai struktur yang sama seperti kulit.
Perkongsian Ada Ooi ini menunjukkan ‘juice skin‘ sebenarnya tidak memerlukan langkah yang banyak dan tidak sukar untuk diikuti. Ringkas dan mudah untuk mereka yang inginkan ‘juice skin’ dan sesuai untuk beginner. Selamat mencuba!