Sama ada anda suka atau tidak, pelindung matahari perlu dipakai pada setiap hari untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang memberikan kesan yang berbahaya.
Popular dalam produk yang melindungi kulit daripada sinaran UV, Supergoop! telah dilancarkan oleh Holly Thaggard pada tahun 2007 dengan tujuan untuk memberikan sunblock kepada sekolah awam tempatan.
Atas keprihatinan beliau terhadap kanser kulit yang terjadi disebabkan oleh sinaran UV, Holly telah lakukan penyelidikan dan mendapati ramai orang tidak menyukai pelindung matahari. Oleh sebab itu, beliau menyediakan formula SPF yang dipakai oleh semua orang sehingga kini.
Memikirkan kanser kulit yang terjadi disebabkan sinaran UV dan mengapa ramai orang tidak menyukai pelindung matahari, Holly telah menyediakan formula SPF yang menjadi kegemaran dan perbualan ramai orang serta dipuji oleh ahli dermatologi.
Kini di Malaysia, Supergoop! telah melancarkan produk terbarunya iaitu CC Screen SPF 50 yang mempunyai tekstur yang ringan dan memberikan kilauan segera kepada si pemakai. Produk terbaru ini tersedia dalam warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.
Menerusi produk terbaru Supergoop!, CC Screen SPF 50 ini, Holly Thaggard telah berkongsi serba sedikit mengenai produknya yang bakal menjadi hit dalam dunia kecantikan!
Kesesuaian Jenis Kulit
Bagi pengguna yang mempunyai kulit sensitif atau acne-prone, mereka sangat berhati-hati dalam memilih pelindung matahari kerana takut akan liang pori yang tersumbat dan menyebabkan keradangan kulit berlaku.
Menggunakan formula mineral secara 100%, CC Screen SPF 50 ini sangat sesuai digunakan oleh kesemua jenis kulit termasuklah mereka yang berkulit sensitif. Produk ini juga non-comedogenic dan bebas minyak yang tidak akan merisaukan mereka yang berkulit acne-prone apabila menggunakannya.
Sasaran Pengguna
Bagi pengguna yang mencari produk 2 dalam 1 iaitu CC Screen dan SPF, produk CC Screen SPF 50 ini adalah pilihan yang tepat kerana ia mengandungi SPF mineral yang berwarna serta mempunyai skin-perfecting coverage.
“Untuk mereka yang mencari produk seperti ini, dengan formula terbaharu kami iaitu CC Screen SPF 50 ini, anda bakal mendapatkan buildable coverage dan perlindungan spektrum yang luas dalam satu produk”, ujar Holly.
White Cast
Kebanyakkan produk perlindungan matahari akan meninggalkan kesan white cast dan ini menjadi punca kenapa ramai orang tidak mahu memakainya.
“Saya memahami produk berfomulakan 100% mineral tidak akan dipakai oleh semua orang kerana meninggalkan kesan white cast. Disebabkan itulah, CC Screen SPF 50 ini diformulasikan mineral berwarna untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan”, ujar Holly.
Mempunyai pelbagai warna mengikut kesesuaian kulit, produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan white cast pada pengguna. Holly juga menyatakan pertambahan warna dalam CC Screen SPF 50 ini bakal dilakukan tak lama lagi.
Penggunaan Foundation
Sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahu memakai foundation! CC Screen SPF 50 ini telah memberikan buildable coverage dengan luminous finish yang menjadi pengganti kepada foundation.
Holly menyarankan supaya penggunanya melapiskan CC Screen SPF 50 ke atas primer mereka, “Kamu boleh melapiskan CC Screen SPF 50 ini ke atas salah satu primer Supergoop! seperti Unseen Suncreen SPF 40 iaitu primer yang invisible, ringan dan tanpa bau atau Mattescreen SPF 40 iaitu diformulasikan 100% mineral dan mattifying primer“.
Perbezaan Dengan Produk Lain
Berbeza dengan produk pelindung matahari yang lain, CC Screen SPF 50 ini memberikan buildable coverage dengan luminous finish dalam 15 jenis warna yang fleksibel. Setiap satu daripada warna-warna ini mengandungi perlindungan SPF yang tinggi dengan penilaian PA++++.
Diformulasikan dengan 100% mineral, CC Screen SPF 50 ini merupakan produk non-comedogenic, bebas pewangi dan hanya menggunakan bahan-bahan yang sangat sesuai untuk setiap jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
Penambahbaikan
Dengan SPF 50, produk ini membantu melindungi kulit daripada photoaging, pigmentasi, warna kulit tidak sekata, garis halus dan kedutan. Menggunakan ekstrak epal yang kaya dengan antioksidan dan AHA semula jadi, CC Screen SPF 50 ini membantu kulit kelihatan licin dan bersinar dari masa ke semasa.
Dalam pada masa yang sama, lumut Ireland juga digunakan dalam CC Screen SPF 50 ini yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Selain melindungi, ia juga meninggalkan kesan akhir yang kemas, cantik dan secara semula jadi.
Holly Thagard juga yang mempercayai penggunaan pelindung matahari sejak dari usia yang muda dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV. Dengan pelancaran CC Screen SPF 50 ini boleh membantu anda melindungi kulit secara keseluruhan dari dalam dan luar!