Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Macam-Macam Cara Boleh Bersedekah, Ini Yang Kreatif & Terbaik!

by Malisa Aina
November 20, 2020
Foto - Launch Good

Foto - Launch Good

26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Perbanyakan berkongsi rezeki dengan orang lain, nescaya Allah akan perbanyakan rezeki kita!

Nak melakukan kebaikan dengan amalan sedekah boleh saja pada bila-bila masa. Tak perlu nak beria, asalkan secara kecil-kecilan, atau apa yang mampu… sedikit sebanyak boleh meringankan beban dan memuliakan diri dan orang lain.

Kali ini, Wanista nak berkongsi kepada anda beberapa cara kreatif dan terbaik untuk mendorong anda mengamalkan sikap yang mulia tersebut. Perlahan-lahan buat, lama-kelamaan jadi kebiasaan.

Foto - Nona/Kompasiana

6 Sebab Kenapa Best Bersedekah Menurut Heliza Dan Hazwani Helmi

February 1, 2021
http://onemillionbones.org

Kajian : Suka Bersedekah Bantu Tingkat Kesihatan

November 2, 2015

1. Letakkan sedikit makanan kucing dan mangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing jalanan yang datang. Atau mungkin juga burung yang selalu bertenggek di koridor rumah.

2. Sisihkan sedikit dari hasil gaji anda untuk disumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim.

3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang susah.

Foto – Harian Metro

4. Letakkan sebuah kotak kecil di bilik. Setiap kali anda merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap sebulan, buka kotak tersebut dan sedekahkan wang itu kepada mereka yang memerlukan.

5. Jika anda hadir pada acara keramaian (keluarga atau sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral, dan niatkan untuk sedekah kepada mereka.

IKLAN

6. Jika anda membeli barang dari peniaga-peniaga kecil, kemudian peniaga berkenaan ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuk mereka sebagai suatu sedekah.

Foto – Viva

7. Belilah Al-Quran untuk diletakkan di masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan anda dapat dari setiap huruf ayat yang dibaca oleh mereka yang datang ke masjid.

8. Berikanlah perasaan gembira kepada semua orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang ikhlas.

9. Lemparkan senyuman kepada orang yang anda temui, berilah salam dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semua itu merupakan suatu sedekah.

Foto – Salam Web Today

10. Sebelum tidur, ampuni setiap orang yang telah menyakiti dan menzalimi diri anda.

11. Sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang telah meninggal dunia.

Sama-sama kita amalkan. Insyaallah!

RUJUKAN : Facebook Syukur Alhamdulillah

Tags: amalan bersedekahamalan mulia sedekahbanyak bersedekahcara sedekahrezeki banyak bersedekahrezeki sedekahsedekahtips sedekah
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.