Kalau nak tahu cara masakan orang Cina memang cukup menarik, bahan-bahannya juga ringkas dan mementingkan aspek kesihatan.
Ini stail masakan ikan stim orang Cina yang boleh kita masak di rumah.
Stim Isi Ikan Jenahak Cepat Dan Ringkas
Bahan-bahan untuk stim isi ikan
- 220 gram isi ikan jenahak
- 1 batang daun bawang dipotong lebih kurang 3 inci
- 1 inci halia dihiris halus seperti jarum
- Foto – Arkib Wanista via YouTube Spice N’ Pans
Cara masak
- Isi air dalam periuk pengukus dan biarkan air mendidih.
- Kemudian letak daun bawang yang telah dipotong tadi di atas pinggan.
- Isi ikan jenahak yang telah dibersihkan diletakkan di atas daun bawang tadi.
- Taburkan hirisan halia di atas isi ikan.
- Air dalam periuk pengukus dan mendidih, masukkan pingan berisi ikan tadi dalam periuk kemudian kukus dalam 7-8 minit.
Bahan-bahan untuk kuah
- 3 sudu makan sos soya cair
- 3 sudu makan air
- 1/3 sudu teh gula
- 1 batang daun bawang yang ditumbuk sedikit
- 3 keping hiris halia
- Minyak masak
- Sedikit hirisan halia
- Foto – Arkib Wanista via YouTube Spice N’ Pans
Cara masak
- Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan sos soya cair, air, gula, batang daun bawang dan hirisan halia.
- Masak kuah sehingga sebati, kuah dah mula mendidih boleh tutup api.
- Isi ikan yang dah siap kukus tadi, alihkan isi ikan dalam pinggan baru dan buang hirisan halia dan batang daun bawang yang dikukus bersama isi ikan tadi.
- Tuang kuah yang telah dimasak tadi di atas isi ikan yang berada dalam pinggan baru.
- Panaskan minyak masak dan masukkan sedikit hirisan halia dan masak sehingga halia bertukar kekuningan, tutup api dan tuang minyak di atas isi ikan tadi.
- Isi ikan stim stail Cina siap dan boleh dihidang bersama nasi panas!
Stim Ikan Siakap Lazat Dan Menyelerakan
https://www.youtube.com/watch?v=GQKv5YcM1QI
Bahan-bahan
- Seekor ikan siakap (belah pada bahagian atas ikan seperti dalam video)
- 1 batang daun bawang dipotong panjang 3 inci
- 5-6 keping hirisan halia
- Foto – Arkib Wanista via YouTube I Am Ma Xiaohuai
Cara masak
- Sediakan periuk pengukus terlebih dahulu dan biarkan air mendidih.
- Ikan siakap yang telah siap dipotong dan dibersihkan boleh terus letak dalam pinggan.
- Kemudian letak 5-6 hirisan halia diatas ikan dan daun bawang yang dipotong sepanjang 3 inci tadi diletakkan di kiri dan kanan kepala ikan (letak bawah ikan pun boleh).
- Air dalam periuk pengukus dah mendidih, boleh letak ikan dalam periuk dan masak dalam 8-10 minit dengan api kuat.
- Ikan dah siap masak, alihkan dalam pinggan baru dan buang halia dan daun bawang tadi.
Bahan untuk kuah
- Sos soya serbaguna (boleh ganti guna kicap manis)
- 1 inci halia dihiris halus-halus seperti jarum
- 1 batang daun bawang yang dipotong panjang 3 inci dan dicarik halus-halus
- Foto – Arkib Wanista via YouTube I Am Ma Xiaohuai
Cara masak
- Daun bawang yang dicarik halus-halus dan halia yang telah dihiris tadi, diletakkan di atas ikan siakap yang dah siap masak tadi.
- Kemudian tuang kicap manis atau sos soya serbaguna dalam pinggan ikan siakap stim.
- Selepas itu panaskan sedikit minyak masak, minyak yang panas tadi dicurahkan diatas ikan.
- Dah siap dan ikan siakap stim sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba!