Selebriti-selebriti ini makin usia meningkat, semakin susah untuk nampak tua. Betul tak? Siapa yang tak mahu kelihatan cantik walaupun usia semakin meningkat, setiap wanita pasti memberikan jawapan yang sama iaitu mereka mahu sentiasa kelihatan cantik tanpa dimamah usia.
Sering berkongsi tips kecantikan, tetapi bukan itu sahaja yang membuatkan selebriti-selebiriti ini kelihatan cantik, malah ada rahsia di sebalik kecantikan mereka yang membuatkan mereka sentiasa kelihatan muda remaja.
Antara rahsia-rahsia kecantikan mereka ini, tidak pernah difikir dan dibuat oleh orang kerana ada yang tidak tahu kewujudannya atau berbahaya untuk dilakukan tanpa pengawasan pakar.
Mono Threading
Dilakukan oleh Eva Mendes, mono threading ini adalah threads yang mengaktifkan sintesis kolagen dalam menghasilkan penebalan kulit secara beransur, penegangan dan kesan keremajaan.
Berbeza dengan akupuntur, ia digunakan untuk menghilangkan ketidakselesaan berkaitan dengan penyakit dan keadaan badan tetapi mono threading ini berfungsi untuk merangsang kolagen.
Eva melakukan mono threading di bahagian leher kerana ia merangsang pengeluaran kolagen dan mengelakkan daripada lehernya menjadi kendur.
Mandi Bir
Untuk menghidrasi badan, January Jones telah menggunakan bir dalam mandianya sebagai rahsia terbesarnya.
Mandian bir ini dikatakan akan memberikan badan anda dose Vitamin B yang tinggi dan enzim yang aktif bagi mendapatkan kulit yang diingini. Dalam pada masa yang sama, bir dapat meredakan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah dan detoksifikasi badan.
Makan Tanah Liat
Bagi membersihkan diri daripada bahan-bahan yang tidak baik dan memberikan manfaat kepada badan, aktres Shailene Woodley akan memakan satu sudu teh tanah liat dalam rutin hariannya.
Menurut Paul Mackey, pemilik Natures Cleasing Clay mengatakan tanah liat hidup boleh dimakan kerana ia mempunyai faedah detoksifikasi untuk seluruh badan.
Tanah liat ini juga membina sistem imun seseorang, menyeimbangkan tahap pH dan membolehkan tubuh seseorang melawan penyakit secara semula jadi.
Berus Gigi Dengan Strawberi
Jika orang normal, mereka akan berjumpa dengan doktor gigi untuk mencuci gigi serta membuat rawatan whitening pada gigi mereka.
Berbeza dengan Catherine Zeta Jones, dia hanya menggunakan strawberi sebagai pengganti ubat gigi untuk membuatkan giginya kelihatan putih secara semula jadi.
Jus atau pulp strawberi mengandungi malic acid yang berfungsi sebagai astringent dan dapat meringankan permukaan gigi.
Urutan Ular
Model Victoria Secret, Stella Maxwell telah menghadiri sesi peribadi dengan ular di Serpentessa iaitu satu-satunya spa yang menawarkan urutan ular. Menurutnya, sesi ular yang tidak berbisa itu penting untuk mereka yang merasakan diri mereka tidak tenang dan serabut dengan kerja atau kehidupan.
Pelanggan yang menghadiri urutan tersebut akan melepaskan hormon endorfin dan oxytocin iaitu untuk menghilangkan tekanan, mewujudkan keseronokan dan meningkatkan daya tahan emosi dan fizikal dalam kehidupan seharian.
Blood Moisturizer
Menggunakan facial lotion yang dicipta oleh Dr. Barbara Strum, iaitu doktor dalam molecular cosmetics, Hailey Baldwin telah mengekstrak darahnya untuk menghasilkan pelembap.
Darah yang diambil akan dimasukkan dalam centrifuge untuk mengasingkan plasma dan sel darah putih yang kemudiannya ditambah ke krim yang dipanggil MC1 Blood Moisturizer.
Menurut Dr. Sturm, platelet darah kita dapat melawan tanda penuaan dengan memprogramkan semula kulit kita. Jadi pelembap yang dihasilkan menggunakan darah ini dapat membantu kulit sentiasa kelihatan muda.
Najis Burung
Tidak pernah terfikir najis burung boleh membuatkan wajah seseorang kelihatan cantik dan bersinar. Tetapi menurut Victoria Beckham, najis burung dapat menjadi penyelesaian kepada masalah penuaan.
Nightingale facials menggunakan najis burung yang dibersihkan. Kemudian ia dijadikan serbuk halus untuk dicampurkan air bagi membentuk paste sebelum disapu di kulit wajah.
Najis burung yang dikatakan tinggi urea, ia berfungsi mengunci kelembapan dan guanine iaitu memberikan kesan kulit yang cerah.
Penis Facial
Menjadi kontroversi apabila Cate Blanchett berkongsi tentang rahsianya kecantikannya iaitu melakukan penis facial.
Dilakukan oleh pakar, Georgia Louise, penis facial ini melibatkan micro-needling pada kulit untuk memberi serum yang mengandungi faktor pertumbuhan epidermis (EGF), iaitu sel stem yang diambil daripada zakar bayi lelaki Korea yang baru lahir.
Penis facial ini berfungsi untuk menyembuhkan kulit dan menciptakan kolagen yang baru serta menjadi bahan penghalang anti-penuaan pada kulit.
Menjadi rahsia terbesar mereka di samping penggunaan produk-produk kecantikan, rawatan ini memerlukan pengawasan pakar atau doktor. Jadi jika kamu inginkan rawatan yang sama, jangan cuba untuk lakukan di rumah tanpa pengawasan sesiapa.