Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Fakta Tentang Puting, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

by Sofie Azizlan
November 23, 2020
32
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tak kira lelaki atau perempuan, kedua-dua jantina ini mempunyai puting. Setiap puting manusia dikelilingi oleh areola iaitu kawasan gelap pada pigmen daripada kulit sekitarnya.

Tak kira lelaki atau perempuan, kedua-dua jantina ini mempunyai puting. Walaupun saiznya yang kecil pada tubuh badan, tetapi ia sering menjadi perhatian.

Mempunyai pelbagai fungsi utama iaitu menjadi puting susu bagi wanita yang memberikan susu dari saluran payudara dan berfungsi sebagai zon erogenous bagi lelaki dan perempuan.

Guna Payudara Saja, Si Dia Pasti Tergoda

December 12, 2020

Benjolan Di Payudara? Jenis Ini Yang Kamu Perlu Tahu

December 9, 2020

Setiap puting dikelilingi oleh areola iaitu lebih gelap pada pigment daripada kulit sekitarnya. Kawasan aerola ini dikelilingi folikel rambut dan kelenjar sebum khas iaitu kelenjar aerola. Aroma minyak yang dihasilkan oleh kelenjar aerola ini menarik perhatian bayi untuk menyusu.

Jadi selain daripada itu, apa yang kamu tahu tentang puting?

Tiada Normal

Saiz, warna dan bentuk puting berbeza daripada seorang individu sehingga individu yang lain. Bergantung kepada genetik dan perkembangan diri masing-masing, terdapat pelbagai ukuran puting dan bentuk.

Foto – She Knows

Ada yang mempunyai puting yang rata pada payudaranya, ada yang mempunyai lekukan tetapi ia bukanlah sesuatu masalah besar dan merisaukan. Jika secara tiba-tiba anda merasakan perubahan pada puting dan payudara, segera berjumpa dengan doktor.

Rambut Pada Puting

Jika anda perasan, benjolan kecil di puting anda itu sebenarnya folikel rambut di mana kedua-dua jantina lelaki dan perempuan mempunyainya. Dan sebenarnya, rambut yang tumbuh di puting ini terjadi disebabkan oleh faktor genetik.

Foto – Self.com

Jadi ia sangat normal untuk puting anda mempunyai rambut di sekitar aerola dan kulit sekelilingnya. Rambut yang tumbuh di sekitarnya mungkin kelihatan lusuh dan berlainan tetapi jika anda tidak selesa, ia boleh dicabut.

Puting Tambahan

Walaupun setiap orang sama ada lelaki atau perempuan memiliki dua puting sahaja, tetapi ada individu yang memiliki puting tambahan atau supernumerary.

Foto – Daily Mail

1 daripada 18 orang akan mempunyai supernumerary. Menurut satu kajian, seorang lelaki di India mempunyai 7 puting. Manakala seorang wanita mempunyai puting di bahagian kakinya di mana puting tersebut mempunyai fat tissues, folikel rambut dan kelenjar.

Jerawat Pada Puting

Kulit di sekitar aerola boleh menimbulkan jerawat atau blackheads. Jerawat ini boleh terjadi apabila badan anda berpeluh dan pakaian anda lembap yang membuatkan permukaan kulit tersumbat.

IKLAN

Foto – Reddit

Apabila kulit tersumbat, jerawat boleh muncul di sekitarnya. Untuk mengatasinya, anda boleh mencuci dengan sabun pada setiap kali mandi untuk membersihkan kulit daripada kotoran.

Tetapi jika anda rasa dan lihat ruam atau benjolan di aerola yang berwarna merah atau bersisik, segera berjumpa dengan doktor kerana ia boleh menjadi simptom kepada kanser payudara yang dipanggil penyakit Paget.

Puting Lelaki – Sisa Perkembangan Embrio

Setiap bayi tanpa mengira jantina akan bermula dengan puting susu. Jika embrio mempunyai chromosomes XY, gen pada chromosome Y dipanggil SRY akan diaktifkan beberapa minggu sebelum  embrio dibezakan dengan alat sulit lelaki.

Foto – Shutterstock

Dan tidak membahayakan lelaki, puting ini boleh dikatakan sebagai ‘produk’ sampingan genetik puting daripada perempuan dan ianya tidak mengeluarkan susu dan menyusukan.

Susu Melalui Puting

Untuk mengeluarkan susu, puting tidak mempunyai satu bukaan malah ia mempunyai 4 sehingga 18 lubang kecil yang dipanggil sebagai saluran susu atau liang puting.

Foto – Today’s Parents

Sebahagian besar terletak di tengah piting dan selebihnya berada di sekitar bahagian luar puting. Saluran susu ini mempunyai sphincters kecil yang mengelakkan daripada susu terkeluar atau bocor.

Kelenjar Peluh

Saiz aerola lebih besar daripada saiz puting kerana ia mempunyai kelenjar peluh yang kecil dipanggil sebagai kelenjar Montgomery.

Foto – Slideshare.net

Fungsi utama salah satu kelenjar peluh ini adalah untuk mengeluarkan cecair semasa menyusu untuk melincirkan puting dan menghasilkan aroma yang menarik bayi untuk menyusu.

Sakit Pada Puting

Sakit pada puting boleh terjadi kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka dan juga boleh terjadi kepada mereka yang belum berkahwin.

Foto – Medical News Today

Normal untuk mengalami kesakitan kerana ia boleh menjadi penyebab PMS atau perubahan hormon apabila anda mengalami sakit seperti merasai bengkak pada payudara, iritasi kulit, alahan atau geseran pada coli.

Walaupun kebanyakkan puting bagi setiap individu itu normal dari segi saiz, bentuk, warna dan rasa, cuba untuk urut di sekitar puting, payudara dan kawasan sekitarnya. Jika anda mengalami beberapa perubahan sama ada ketara atau tidak, jangan abaikannya tetapi segera berjumpa dengan doktor.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: fakta puting lelakifakta puting perempuanfakta tentang putingpayudaraPutingputing lelakiputing lelaki dan perempuanputing normalputing perempuan
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.