Industri K-pop yang dipenuhi dengan pelbagai hal yang luar biasa, bakat dan strategi menjadikan seseorang individu atau sebuah kumpulan itu lebih popular.
Tetapi bukan mudah untuk menjadi selebriti K-pop kerana setiap individu perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan untuk diterima oleh syarikat.
Industri ini yang terkenal dengan standard kecantikan tersendiri, tidak hairanlah jika ada selebriti yang dikaitkan dengan pembedahan plastik kerana standard ini semakin lama, semakin lebih ketat, menyakitkan dan berisiko.
Standard kecantikan dalam industri K-pop adalah mereka sangat mengutamakan individu yang mempunyai sosok badan yang langsing, kulit yang tiada cacat cela, muka berbentuk V, kulit yang cerah, kening yang terbentuk elok, tinggi serta berat ideal, dan paling penting mempunyai mata yang besar.
Berbeza dengan beberapa selebriti ini, standard kecantikan tidak berada dalam kamus kehidupan mereka. Malah, mereka lebih menghargai apa yang mereka ada sekarang berbanding mengikuti piawaian standard kecantikan.
#1 CL (2NE1)
Diejek ‘hodoh’ oleh agensi sendiri, kini CL telah menjadi salah seorang selebriti yang terkenal dalam industri. Memiliki mata yang kecil dan badan yang berbentuk curvy, CL tidak menepati ciri-ciri standard kecantikan.
Tidak hairan akan hal itu, CL yang menyayangi dirinya mula menjadikan keunikaannya sebagai satu identiti. Terkenal dengan solekan eyeliner yang tebal dan smokey eyes, CL berasa lebih yakin dengan dirinya.
#2 JESSI
Selebriti wanita seharusnya kelihatan lebih feminin, sopan dan manis, tetapi berbeza dengan Jessi, dia seorang selebriti yang sering menghapuskan stereotaip dan menentang standard kecantikan dalam industri.
Menjadi seorang wanita yang mempunyai kulit tan dan badan berbentuk curvy, Jessi lebih gemar memilih pakaian yang menarik dan cenderung untuk tampilkan sisi berani dan seksi.
#3 HWASA (MAMAMOO)
Mendapat perhatian berbanding ahli yang lain, Hwasa sering memilih penampilan yang berani dan sesuai dengan kulitnya serta bentuk badannya yang curvy.
Dia sering meneroka rangkaian produk kecantikan yang sesuai dengan kulitnya. Menjadi rutinnya, Hwasa akan memakai solekan mata yang berani sehingga warna bibir matte yang lebih gelap membuatkan dia tidak peduli tentang standard kecantikan dalam industri.
#4 AMBER LIU (F(X))
Berjaya mengekspresikan diri dengan bebas melalui pakaian, Amber juga menggunakan tatu sebagai bentuk ekspresi.
Walaupun masih dipandang serong di Korea Selatan, melalui tatu dan fesyen androgyny ini Amber telah menunjukkan kepada peminatnya, bahawa dia tidak memerlukan standard kecantikan untuk diterima dalam masyarakat.
#5 G-DRAGON (BIGBANG)
Tidak hanya stick to gaya maskulin, G-Dragon sering menggayakan beberapa fesyen sama ada maskulin atau feminin dengan sempurna.
Boleh menjadi sangat maskulin, memakai fesyen androgyny atau gaya feminin, G-Dragon tidak takut untuk mencuba gaya yang memerlukan pemakaian lipstick, riasan kuku atau akseseori yang lain.
#6 WOOZI (SEVENTEEN)
Tidak memerlukan ketinggian yang ideal untuk berada dalam kumpulan SEVENTEEN, Woozi telah buktikan standard kecantikan yang diperlukan dalam industri tidak menghalangnya.
Walaupun dia lebih rendah berbanding dengan ahli yang lain, Woozi mempunyai sisi yang berani dan maskulin dalam kumpulannya.
#7 SHINDONG (SUPER JUNIOR)
Untuk menjadi ahli dalam kumpulan lelaki, seseorang itu mestilah kacak, mempunyai ketinggian yang ideal dan mempunyai sosok badan yang kurus. Berbeza dengan seorang ahli Super Junior ini, Shindong merupakan seorang yang berbadan gempal.
Tidak menjadi masalah, bakatnya yang menyerlah dan bertenaga membuatkan dirinya sering menjadi perhatian peminat dan bakatnya dihargai.
#8 NANCY (MOMOLAND)
Tidak menepati ciri-ciri standard kecantikan, Nancy yang dilahirkan sebagai seorang kacukan Amerika-Korea, sememangnya seorang yang sangat cantik!
Memiliki bentuk badan yang curvy, ia tidak menghalang Nancy daripada terus berada dalam industri ini. Sering kelihatan bergaya dengan pakaian yang dipakainya, ini menunjukkan standard kecantikan itu tidak memberi apa-apa makna padanya.
#9 JIHYO (TWICE)
Tidak seperti selebriti yang lain, Jihyo sangat berani untuk keluar tanpa memakai makeup. Selesa dalam warna kulitnya yang sedikit gelap, Jihyo kelihatan lebih glow berbanding ahli yang lain.
Kecantikkan Jihyo menunjukkan bukan sahaja dalam industri K-pop malah di Korea Selatan, mempunyai warna kulit yang gelap tidak menjadi masalah malah ia menjadi lebih cantik berbanding yang lain.
#10 HYOLYN (SISTAR)
Tidak takut untuk mempamerkan tatunya yang besar, Hyolyn sering dilihat berani memakai pakaian yang seksi dan sesuai mengikut gayanya tersendiri.
Mempunyai kulit yang gelap, ia tidak menghalang Hyolyn untuk terus berkarya malah, dia sering diberikan perhatian kerana keunikannya.
Tak kiralah dalam industri K-pop atau di mana-mana sahaja, standard kecantikan yang ketat dan berisiko ini memberikan kesan kepada mereka yang berkecimpung dalam dunia tersebut. Daripada terus menyeksa diri, lebih baik menjadi diri sendiri.