Semenjak terdapat kes positif jangkitan pada pekerja Top Glove, lebih kurang 5794 pekerja syarikat pengeluar sarung tangan getah ini telah menjalani saringan dan mendapati 1889 pekerja positif Covid-19 telah direkodkan.
Rekod yang dicatatkan ini merupakan kes jangkitan yang tertinggi dalam syarikat gergasi di Malaysia, ini membuatkan Top Glove berisiko tinggi untuk dijangkiti dikalangan pekerja dan kontak rapat.
Catat Kes Jangkitan Tertinggi Di Malaysia
- Foto – Today Online
Top Glove mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi dalam kalangan syarikat gergasi di Malaysia, ini membuatkan penularan jangkitan dikalangan pekerja dan pihak pengurusan Top Glove berisiko tinggi untuk menghadapi penyakit ini.
28 Kilang Top Glove Ditutup Secara Berperingkat
https://www.youtube.com/watch?v=H8xaT4-ENwk&feature=emb_title
Ekoran penularan jangkitan yang tinggi didapati pada pekerja kilang Top Glove yang terletak di daerah, Klang, lebih kurang 28 kilang syarikat gergasi ini akan ditutup secara berperingkat.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan cara ini ia dapat memudahkan para pekerja Top Glove menjalani ujian saringan dan proses kuarantin.
Top Glove Beri Kerjasama
- Foto – The Edge Markets
Melihat jumlah jangkitan yang banyak dikalangan pekerja kilang Top Glove, syarikat pengeluaran sarung tangan getah terbesar dunia ini memberi kerjasama bagi melaksanakan penutupan sementara fasiliti secara berperingkat.
Semasa proses penutupan ini dilakukan, kesemua kilang terlibat akan menjalani proses nyah cemar dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah menjaga keselamatan.
Top Glove Pengeluar Sarung Tangan Getah Terbesar Dunia
- Foto – The Edge Markets
Dengan penularan pandemik berlaku di seluruh negara, syarikat pengeluar sarung tangan getah Malaysia ini mendapat permintaan tinggi dan menjadi pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia.
Permintaan yang tinggi semasa pandemik ini membuatkan syarikat Top Glove banyak menyeksport sarung tangan getah mereka keluar negara.
Kaut Keuntungan Berlipat Kali Ganda Semasa Pandemik
- Foto – Free Malaysia Today
Boleh dikatakan Top Glove antara syarikat yang untung besar semasa penularan pandemik ini, permintaan sarung tangan getah yang tinggi di dunia membuatkan syarikat gergasi ini mengaut keuntungan yang banyak.
Pada bulan Mac 2020, Top Glove mencatatkan keuntungan sebanyak RM2.4 bilion, manakala pada akhir bulan Ogos 2020 Top Glove mencatat keuntungan lebih 1,500 peratus iaitu RM1.33 bilion berbanding pada tahun lepas dalam tempoh yang sama.
Menurut RancakTV, Top Glove menghasilkan 90 bilion sarung tangan getah setiap tahun, dan jumlah ini mungkin berlipat kali ganda pada tahun ini kerana penularan pandemik.
- Foto – Nikkei Asia
Menjadi pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, membuatkan pekerja kilang Top Glove tidak lari dari kemungkinan untuk dijangkiti virus.
Dengan jumlah rekod catatan jangkitan positif Covid-19 yang tinggi ditemui dalam kalangan pekerja kilang Top Glove, membuatkan 28 kilang pembuatan sarung tangan getah ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu.