Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Musim Banjir Dah Tiba, Potensi Besar Hidap 10 Penyakit Kalau Tak Berjaga

by Mas Idayu
November 24, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang di Malaysia musim banjir sudah kembali dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan langkah persediaan menghadapi banjir.

Tapi apa yang merisaukan pihak Kementerian Kesihatan adalah, potensi atau risiko orang awam menghidapi penyakit semasa banjir ini.

Ini antara beberapa penyakit yang sering tular semasa banjir, perlu kita semua beri perhatian dan berjaga-jaga.

IKLAN

Cirit-Birit

Foto – WebMD

Penyakit ini kerap berlaku semasa musim banjir, oleh itu orang ramai harus lebih berjaga-jaga dengan kerap mencuci tangan sebelum makan, makan makanan yang dimasak dengan betul dan masih panas, cuci buah-buahan dengan bersih sebelum makan dan minum air masak.

Jangkitan Kulit

Foto – Healthline

Jangkitan kulit juga kerap dialami oleh orang awam semasa musim banjir kerana kelembapan cuaca, oleh itu untuk tangani masalah ini kita semua hendaklah menjaga kebersihan diri, kerap menukar tuala mandi, kerap membasuh kaki dan jari dengan bersih.

Keracunan Makanan

Foto – Arkib Wanista

Semasa musim banjir, kuman dan bakteria mudah berkembang biak dan kuman ini mudah merebak pada makan yang tidak dimasak dengan sempurna, makanan yang tidak dipanaskan dengan baik atau makan makanan yang disediakan oleh orang sakit.

Cacar Air (Chicken Pox)

Foto – Medical News Today

Seboleh-bolehnya pasti orang ramai tidak mahu menghidapi penyakit ini semasa musim hujan bukan, tetapi jika penyakit ini berlaku apa yang boleh dilakukan adalah menyapu losyen kalamine di tempat ruam, banyak minum air masak, dan potong kuku untuk mengelak kulit luka semasa menggaru.

Demam Denggi

Foto – Berita Harian

Semasa musim hujan ini, ia merupakan cuaca yang bagus untuk pembiakan nyamuk dan gigitan nyamuk boleh menyebabkan demam denggi berlaku.

Untuk elakkan dari terkena penyakit ini, apa yang boleh dilakukan adalah kerap mengguna ubat nyamuk, pasang kelambu semasa tidur, pakai pakaian berlengan dan seluar panjang apabila keluar dan pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Demam Campak (Meales)

Foto – Lifepack

Penyakit ini juga berpotensi untuk kena semasa musim banjir, bagi yang menghadapi penyakit ini apa yang boleh dilakukan adalah makan panadol untuk kurangkan deman, hindari cahaya terang, banyakkan rehat dan minum air masak secukupnya.

IKLAN

Demam Kepialu (Typhoid)

Foto – The Diagnosa

Demam ini terjadi kerana terdapat bakteria tifoid dalam saluran penghadaman, bagi mengelak berlakunya penyakit ini yang kamu kena lakukan.

Kerap membasuh tangan sebelum makan, basuh ulam, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan bersih, tutup semua makanan, guna bekalan air bersih, kerap bersihkan kawasan rumah dan banyakkan minum air masak.

Jangkitan Pernafasan Akut

Foto – Labsatu News

Penyakit ini juga boleh berlaku jika tidak berhati-hati dan jika kamu menghidapi penyakit ini apa yang boleh dilakukan adalah mendapatkan rehat secukupnya, banyakkan minum air masak dan dapatkan ubat antipiretik seperti ubat paracetamol untuk meredakan demam.

Konjunktivitis (Sakit Mata)

Foto – WebMD

Cuaca lembap sepanjang musim hujan ini membuatkan pembiakan kuman dan bakteria menjadi-jadi hingga boleh menyebabkan berlakunya sakit mata (konjunktivitis).

Untuk merawat penyakit ini kamu perlu mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan, serta menggunakan ubat titis mata dengan kerap.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

Foto – New Straits Times

Penyakit ini boleh merebak pada individu lain menerusi air liur, hingus, najis dan cecair ruam, bagi menangani penyakit ini semasa musim banjir ini yang kamu kena lakukan.

Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin, cuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak berkongsi tuala mandi, perkakas minuman dan makanan, dan sebarang peralatan dan mainan dibersihkan dengan kerap.

⚠️ Awas dengan penyakit-penyakit yang mudah berjangkit ketika banjir seperti:

🔴Cirit – birit
🔴 Keracunan makanan
🔴Demam denggi
🔴Demam kepialu
🔴 Leptospirosis
🔴 Taun
🔴 Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Utamakan kesihatan, bertindaklah segera. pic.twitter.com/pf7rogPURG

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 22, 2020

Semasa musim banjir ini diharap orang ramai mengambil berat dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta keluarga agar tidak menghidapi sebarang penyakit.

Selamat beramal!

Rujukan

Tags: Cara Atasi Penyakit Semasa Banjirkementerian kesihatan malaysiakkmMusim Banjirpenyakit berjangkitPenyakit Masa Musim BanjirPenyakit Semasa BanjirPortal MyHealth
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan