• Latest
Foto - FB Mamak Haji - Original

Idea Resepi Tauhu Jepun Ringkas, Enak, Penuh Berkhasiat

November 24, 2020
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - Reddit

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021
Foto - Siti Nurhaliza Tarudin (Instagram)

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Foto - Arkib Wanista

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Resepi

Idea Resepi Tauhu Jepun Ringkas, Enak, Penuh Berkhasiat

Malisa Aina by Malisa Aina
November 24, 2020
Foto - FB Mamak Haji - Original

Foto - FB Mamak Haji - Original

33
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini rasa nak masak yang simple tapi penuh nutrisi. Terbayangkan tauhu Jepun yang selalu sangat pesan setiap kali pergi makan makanan Cina.

Untuk pengetahuan anda, tauhu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya.

Berikut beberapa resepi ringkas tapi penuh menyelerakan boleh anda semua cuba.

IKLAN

Teppanyaki Tauhu

Foto – FB Seharum Dapur Bonda KC

Bahan dicincang halus

  • 350 gm kepingan daging
  • 100 gm cendawan shitake segar
  • 6 biji labu kecil
  • 1 batang cili merah

Bahan-bahan lain

  • 4 biji terung kecil
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada segar
  • Sedikit sos bijan
  • 2 keping tauhu Jepun

Cara membuatnya

  • Perapkan semua bahan di atas kecuali tauhu selama satu jam.
  • Selepas itu panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan di atas ( kecuali tauhu ).
  • Goreng sampai naik bau dan garing.
  • Akhir sekali tuangkan bahan-bahan tersebut ke atas tauhu yang dikukus.
  • Hiaskan bersama hirisan daun bawang yang dipotong serong.

Tauhu Goreng Campur

Foto – Resipi Kampung

Bahan-bahan

  • Tauhu Jepun
  • Udang
  • Kobis bunga
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Perencah sup sayur adabi
  • Lada sulah

Cara memasak

  • Goreng tauhu dengan bawang putih hingga garing.
  • Masukkan udang dan bawang Holland, kacau perlahan.
  • Masukkan perencah sup sayur.
  • Masukkan semua sayur yang sudah dipotong-potong.
  • Akhir sekali masukkan lada sulah.
  • Jika sayur sudah hampir layu boleh matikan api.

Tauhu Jepun Sup Cendawan

Foto – FB Resepi Bonda

Bahan-bahan

  • 3 keping tofu telur (tauhu jepun) – potong 1 inci
  • 1/2 paket cendawan hitam
  • Brokoli
  • 1 paket babycorn
  • Capsicum hijau & merah
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan

  • Dalam kuali/non-stick pan, panaskan minyak (1/4 cawan) dan goreng dahulu tauhu tadi hingga kekuningan.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili hingga layu dan kekuningan.
  • Masukkan air untuk kuah secukupnya.
  • Masukkan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
  • Masuk sos tiram dan kicap cair. Letakkan putik jagung dan biarkan lembut sebentar.
  • Masukkan brokoli dan cendawan.
  • Masukkan garam dan tauhu tadi. Biarkan mereneh sebentar dengan api sederhana. Seimbangkan rasa.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau dan tutup api.

Sambal Tauhu Jepun

Foto – FB Seharum Dapur Bonda KC

Bahan-bahan

  • 3 bungkus tauhu Jepun
  • 10 tangkai cili kering – buang biji dan rendam dalam air panas
  • 1 biji bawang besar
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 asam keping – guna asam jawa pun boleh
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun bawang dan daun sup – potong halus

Cara memasak

  • Tauhu Jepun dipotong 6 setiap sebatang dan goreng sampai garing
  • Kisar cili kering, bawang dan ikan bilis.
  • Dalam minyak yang goreng tauhu tadi, tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan asam keping, garam dan gula.
  • Masukkan pula tauhu yang dah goreng dan kacau. Tabur daun bawang dan daun sup, siap untuk dihidangkan.

Tauhu Jepun Sizzling

Foto – FB Moeder Rasa Sayang

Bahan-bahan

  • Tauhu Jepun, dipotong bulat dan goreng
  • Mentega untuk menumis
  • Isi ayam (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Cili merah (dikisar)
  • Cendawan (dikisar)
  • Sos Taucu
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Sedikit bancuhan tepung jagung (nak memekatkan kuah)

Cara penyediaan

  • Cairkan mentega dalam sizzling plate/kuali kemudian tumiskan dengan bahan yang dikisar.
  • Masukkan semua sos dan air rebusan ayam/kiub ayam (seketika)
  • Panaskan kuali hinga kuali sedikit panas dan cairkan mentega
  • Tuangkan sos dan air rebusan ayam atau kiub ayam tadi serta masukkan tauhu.
  • Bancuhan tepung jagung boleh ditambah untuk memekatkan kuah.

Nampak menyelerakan. Selamat Mencuba!

Tags: aneka resepi tauhu jepuncara masak tauhu jepunresepi tauhu jepuntauhu jepuntofutofu jepun

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Cookidoo International
Resepi

Macam Tom Yam Tapi Bukan, Resepi Tom Kha Gai Pasti Buat Anda Terliur

January 20, 2021
Foto - Facebook Rosnani Abdul Hamid
Resepi

Ada Air Fryer Di Rumah, 5 Resepi Mudah Masak Untuk Kamu Cuba

January 18, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan