Kalau kamu nak tahu, rambut dihasilkan oleh folikel rambut yang terletak di lapisan kulit yang paling dalam dan terdiri daripada protein mati dan pigmen.
Rambut juga sama seperti mood kita, ia sering berubah-ubah. Ada hari yang okay dan ada juga hari yang tidak okay. Perubahan metabolisme dalam badan boleh dilihat pada perubahan kuantiti, ketebalan dan tekstur rambut.
Menjadi salah satu pengukur kesihatan, rambut akan memberi tindak balas sekiranya badan menghadapi masalah perubatan atau pemakanan. Ini kerana rambut tidak boleh bertahan dan hanya berfungsi sekiranya disokong oleh badan.
Kajian menunjukkan perubahan pada penampilan, tekstur atau ketebalan rambut boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan anda. Jadi macam mana kamu nak tahu apa masalah kesihatan yang dihadapi?
Rambut Gugur Dalam Jangka Masa Pendek
Untuk situasi ini, ia sering dikaitkan dengan ‘kejadian’ yang berlaku pada 2 sehingga 3 bulan sebelum rambut menjadi gugur.
‘Kejadian’ tersebut adalah seseorang individu itu mungkin menghadapi situasi penurunan berat badan yang mendadak, menjalani pembedahan, menghadapi penyakit atau diri berasa tertekan.
Situasi ini biasanya diketahui oleh Trichologist. Jika kamu melihat jumlah rambut yang gugur itu dalam kuantiti yang banyak, ia sebenarnya mencerminkan berapa teruknya ‘kejadian’ itu.
Rambut Gugur
Rambut yang gugur boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan protein. Protein sangat penting untuk kesihatan serta pertumbuhan rambut dan orang dewasa memerlukan sebanyak 0.8g protein per kilogram berat badan.
Bagi yang mengalami masalah gastrointestinal atau menjalani pembedahan gastrik, individu ini akan mengalami masalah dalam mencerna protein. Situasi sebegini akan memerlukan bantuan khas daripada doktor.
Untuk orang biasa, kamu boleh mendapatkan sumber protein yang baik daripada Greek Yogurt, kacang buncis dan dada ayam. Protein juga dikaitkan dengan penipisan rambut di mana ia sering terjadi pada wanita disebabkan oleh genetik.
Kulit Kepala Menjadi Kering
Apabila kulit kepala menjadi terlalu kering, mesti ada rasa ingin menggaru kerana terlampau gatal. Kulit kepala menjadi kering ini disebabkan oleh kekurangan omega-3 dan omega-6s.
Ini kerana fatty acid ini penting untuk kesihatan folikel rambut dan memberikan kelembapan pada rambut dan kulit kepala.
Untuk mengatasinya, kamu perlu memakan makanan yang kaya dengan omega-3 dan omega-6s seperti salmon, telur, kacang walnut, kacang soya, tauhu dan minyak canola.
Rambut Menjadi Uban
Jika anda melihat rakan anda mempunyai rambut uban, percayalah ia mungkin disebabkan oleh stress atau genetik.
Jika ia disebabkan oleh tekanan, ia boleh menjadi kronik sehingga menyebabkan rambut berubah warna menjadi kelabu atau putih. Ini kerana kerosakan DNA dan pengurangan bekalan sel untuk menghasilkan pigmen di folikel rambut.
Oxidative stress adalah salah satu tekanan yang menyebabkan radikal bebal merosakkan sel untuk proses pembaikkan badan di mana ia mempengaruhi sel penghasil pigmen.
Rambut Menjadi Rapuh
Selain kulit, rambut juga memerlukan kelembapannya sendiri. Jika kamu mempunyai rambut yang rapuh, sebenarnya ia memberikan tanda bahawa kamu kekurangan zink atau iron.
Zink dan iron yang mencukupi sangat penting untuk pengeluaran keratin. Jika tidak ia akan menyebabkan perubahan struktur rambut. Melalui makanan seperti daging lembu, biji labu, telur dan produk tenusu, kamu boleh mendapatkan zink yang secukupnya.
Rambut Menjadi Nipis
Bagi pesakit yang menghadapi hypothyroidism, mereka akan menghadapi situasi keguguran rambut dan menipiskan rambut. Ini kerana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi.
Selain menipiskan, gangguan tiroid yang tertentu akan membahayakan pesakit dengan keadaan alopecia areata. Situasi ini akan menyebabkan pengguguran rambut secara tiba-tiba apabila sistem imun menyerang folikel rambut.
Kepingan Putih Atau Kuning
Jika anda lihat kepingan putih atau kuning di bahu atau di rambut, ia menunjukkan anda mengalami kelemumur di mana kulit kepala kamu menjadi kronik. Tidak mendatangkan bahaya, kamu boleh menghilangkannya dengan syampu rambut khusus.
Kelemumur ini terjadi disebabkan oleh keadaan dermatitis seborrheic iaitu kulit kepala menjadi merah dan berminyak. Ianya ditutup oleh sisik putih atau kuning yang mengelupas.
Selain itu, tiada penjagaan yang lengkap dan kepekaan terhadap produk penjagaan rambut dan kulit kepala yang kering juga boleh menyebabkan kelemumur berlaku.
Dari semasa ke semasa, kita mungkin tidak memberikan perhatian sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala. Dalam diam, ia memberikan pelbagai tanda tentang masalah kesihatan dan cara pemakanan kita dalam rutin seharian.
Cuba untuk ubah gaya pemakanan dan gaya hidup untuk melihat sama ada perubahan ini membawa kebaikan atau tidak. Jika tidak, anda boleh berjumpa dengan pakar rambut atau doktor bagi mengatasi masalah tersebut.