Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

8 Pokok Bagus Tanam Di Rumah Untuk Elak Nyamuk Gigit

by Mas Idayu
November 25, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Dengan musim hujan mula membasahi bumi ia merupakan cuaca yang digemari sang nyamuk, cuaca yang lembap dan panas merupakan cuaca yang bagus untuk nyamuk membiak.

Untuk mengelak dari serangan gigitan nyamuk di rumah, ada beberapa jenis pokok yang boleh kamu tanam di rumah untuk elak dari digigit nyamuk.

IKLAN

Pokok Zodia

Pokok zodia atau nama saintifiknya evolia suaveolens scheff merupakan sejenis tumbuhan dari daerah Irian, Papua. Pokok zodia ini mengeluarkan bau apabila daunnya bergeser antara satu sama yang lain, bau tersebut dapat menghalau nyamuk dari memasuk dalam rumah.

Pokok Basil

Selain digunakan dalam masakan, pokok basil juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk semulajadi kerana bau aroma yang dikeluarkan cukup dibenci oleh nyamuk.

Pokok Lemon Balm

Seperti pokok basil dan zodia, pokok lemon balm ini juga mampu menghalau nyamuk dengan bau yang dikeluarkannya.

Pokok Serai

Serai banyak kegunaannya, selain dalam masakan ia juga digunakan bagi menghalau nyamuk dan juga membunuh larva nyamuk.

IKLAN

Pokok Lavender

Pokok lavender juga dapat menghalau nyamuk dari berlegar di dalam dan juga di sekeliling rumah, menerusi kandungan zat linalool dan lynalyl asetat yang terkandung dalam pokok lavender ini.

Pokok Kantan

Satu lagi pokok yang popular dalam masakan terutama menu laksa iaitu pokok kantan, pokok ini juga mampu menghalau nyamuk dengan baunya yang wangi dengan mudah.

Pokok Jeramin @ Pokok Jari Lima

Pokok ini juga mampu menghalau nyamuk dengan baunya yang kuat menerusi daunnya, dan ia sangat mudah dijaga.

Pokok Pudina

Kegunaan pokok pudina cukup meluas dalam industri makanan dan minuman dunia, bau haruman yang dikeluarkan pokok pudina ini juga berfungi sebagai penghalau nyamuk yang berkesan.

Dengan menanam pokok-pokok ini di sekeliling rumah atau di dalam rumah, pasti nyamuk tidak akan menyerang kamu lagi!

Rujukan: 1, 2,

Tags: Aneka PokokJenis Pokok Penghalau NyamukNyamukPenghalau NyamukPokok Penghalau Nyamuk
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan