Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Bahaya Ke Kalau Makan Latok?

by Sofie Azizlan
November 25, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau berkunjung ke Sabah, pasti ramai pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk memakan makanan laut dan mencuba beberapa makanan tradisi di sana seperti latok.

Latok atau nama saintifiknya Caulerpa Lentillfera yang berasal daripada rantaian keluarga alga hijau atau rumpai laut. Mempunyai bentuk yang sama seperti anggur hijau, latok juga dipanggil sebagai anggur laut.

Berbeza dari segi warna iaitu warna hijau muda sehingga ke hijau tua, dan kadang kala latok ini berwarna hijau zaitu atau kebiruan.

IKLAN

Tidak mendatangkan bahaya kepada si penggemar latok. Latok ini boleh dimakan begitu sahaja. Jika kamu perasan, latok ini digunakan secara meluas dalam makanan seperti sushi, sup dan salad.

Foto – Ikan Bakabah (Facebook)

Seperti di Sabah, latok ini dijadikan sebagai makanan sampingan kerana kemasinannya. Ada yang memakannya dengan ikan dan ada yang padankan dengan kekapis, tomato atau sayuran hijau.

Mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin, latok ini sebenarnya memberikan banyak manfaat dalam soal kesihatan badan seseorang. Jadi apakah manfaat latok yang ramai orang tidak tahu?

Menghasilkan Kolagen Semula Jadi

Sering diwar-warkan sebagai sumber kolagen yang utama, menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Mariani, rumpai laut ini atau latok sebenarnya tidak mengandungi kolagen.

Foto – Ohh Sempornaku (Facebook)

Tetapi, latok sebenarnya mengandungi kadar protein yang tinggi. Di mana protein ini yang akan menghasilkan sebanyak 25% kolagen secara semula jadi apabila diaktifkan di kulit.

Membantu Penglihatan Dan Jantung 

Latok mengandungi asid lemak yang tidak tepu seperti AA, LA, DHA, EPA dan ALA di mana ia membantu menguatkan penglihatan dan ingatan. Selain itu, latok juga dapat mengurangkan kolestrol dalam badan.

Foto – Net Doctor / Her Heart

Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom serangan jantung, latok ini bermanfaat dalam meningkat keanjalan saluran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok, aterosklerosis dan serangan jantung.

Mencegah Hipertensi Dan Diabetes 

Kaya dengan kalsium, potassium dan Vitamin C, latok sangat popular dalam kalangan pesakit darah tinggi yang ingin menurunkan tekanan darah kerana ia boleh menstabilkan tekanan darah kembali pada normal.

IKLAN
Foto – Baby Center / Fact Dr

Selain daripada mengandungi Vitamin C, latok juga berfungsi dalam mengawal kadar gula dalam badan, mencegah radikal bebas dan mengurangkan komplikasi bagi pesakit yang menghidapi diabetes.

Mencantikkan Kulit Dan Rambut 

Latok yang mengandungi lemak, dapat menghasilkan cell membrane dan meningkatkan keanjalan bagi mengelakkan daripada seseorang itu mengalami kulit kering.

Foto – Derm Store / Freepik

Kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C, latok berkemampuan dalam menghasilkan kolagen dan antioksidan di mana ia menjadi bahan kosmetik semula jadi. Bahan-bahan ini boleh membantu memperbaiki kulit, rambut dan melambatkan proses penuaan.

Mencegah Obesiti 

Kurang dalam kandungan gula, latok ini kaya dengan kalsium, zink, iron, protein, Vitamin C, dan asid lemak poli yang tak tepu dikatakan sebagai makanan yang selamat dan berkhasiat.

Foto – The Week

Sesuai diambil dalam diet bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau mempunyai berat badan berlebihan kerana latok dapat membantu kamu mengawal corak pemakanan.

Mengelakkan Kanser

Menjadi salah satu manfaat kepada kesihatan, latok ini dikatakan dapat mengelakkan sel kanser daripada terbentuk. Lignans yang terdapat dalam latok adalah salah satu ciri-ciri yang dapat menghapuskan sel-sel kanser.

Foto – NPR.org

Di Jepun dan Korea, mereka memakan latok dalam skala yang besar kerana ia dapat mengelakkan beberapa penyakit dan menyembuhkan diabetes serta penyakit Alzheimer.

Digunakan Dalam Kosmetik Dan Ubat Gigi

Jika kamu perasan, latok juga digunakan secara variasi dalam kosmetik dan ubat gigi. Di benua Afrika, ekstrak latok ini digunakan sebagai dye dan mewarnakan kulit.

Foto – Orogold

Dalam dunia kecantikan, latok ini dilabel sebagai ‘ekstrak marin’, ‘ekstrak alga’ dan ‘ekstrak rumpai laut’. Jika kamu ada melihat label ini di kosmetik kamu, latok ini berfungsi dalam meningkatkan ciri-ciri untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.

Rawatan Kecantikan 

Dalam rawatan kecantikan, latok ini dikatakan memberi pelbagai manfaat kepada wanita. Latok digunakan sebagai bahan untuk merawat masalah keradangan kulit, pencernaan, keputihan, dan juga merawat luka.

Foto – Her.ie

Ekstrak latok dan bahan seperti kulit kayu dan akarnya yang dijadikan sebagai jus boleh membantu dalam penyakit kelamin, memcegah ruam, pendarahan dan penyembuhan dysentery.

Mengawal Paras Gula Dalam Darah 

Untuk mereka yang memerlukan insulin, ekstrak tumbuhan latok ini dipercayai dapat meningkatkan penghasilan insulin. Dalam pada masa yang sama, latok juga dapat mengambil gula dari dalam darah oleh sel lemak.

Foto – Healthline

Beberapa kajian yang dilakukan telah menunjukkan latok ini berpotensi dalam membantu mengawal gula dalam darah serta mencegah penyakit diabetes dalam masyarakat.

Walaupun latok ini memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan badan, tetapi jangan pandang ringan padanya kerana kandungan garam dalam latok sangat tinggi. Ambil secara berkala untuk mengelakkan kamu daripada sebarang risiko kesihatan.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: latoklatok sabahmakanan lautmanfaat latokmanfaat latok dalam kesihatanRumpai Lautrumpai laut latok
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan