Semalam 25 November 2020, Meghan Margkle berkongsi kisah yang mengejutkan dan cukup peribadi. Duchess Of Sussex menyatakan, dirinya mengalami keguguran pada bulan Julai lalu di rumahnya.
Perkongsian menerusi artikel hasil tulisannya dalam kolum ‘opinion’ atau pandangan di The New York Times, berita yang dikongsikan ini cukup mengejutkan orang ramai terutama para ibu yang mengalami kesengsaraan yang sama seperti Meghan.
Kehilangan Anak Kedua
- Foto – Fabiosa
Dalam petikan artikel tulisan Meghan Markle, dirinya sedar mengalami keguguran semasa sedang menukar lampin anak sulungnya Archie di bilik.
“Selepas menukar lampin Archie, saya rasa cramp yang kuat. Saya duduk di lantai bersama Archie dalam dakapan, sambil menyanyi untuk menenangkan kami berdua.
Saya tahu semasa saya memegang anak sulung saya, saya kehilangan anak kedua saya. Beberapa jam kemudian saya terlantar di katil hospital sambil memegang tangan suami saya.
Saya rasakan tapak tangan suami basah dengan airmata kami berdua, saya mencium buku jari suami. Saya memandang dan melihat pada dinding putih, cuba untuk membayangkan bagaimana untuk sembuh dari kedukaan ini.”
“Adakah Kamu Okay?”
- Foto – Hope Standard
Masih terlantar di katil hospital, Meghan Markle mengimbas kembali lawatannya bersama suami dan anak sulung yang waktu itu masih bayi pada tahun lepas di Afrika Selatan.
“Lawatan yang panjang dan memenatkan, dan saya sedang menyusukan anak kami. Saya cuba kelihatan berani dihadapan pandangan awam” ujar Meghan.
Meghan yang terlantar di hospital mendapat kunjungan wartawan dan wartawan tersebut menyatakan soalan “Adakah kamu okay?” kepada Meghan.
- Foto – Arkib Wanista
Meghan menjawab soalan tersebut dengan jujur dengan menyatakan “Terima kasih kerana bertanya, tidak ramai orang bertanya kepada saya jika saya okay atau tidak” ujarnya.
Menerusi soalan tersebut, Meghan sedar ini adalah permulaan bagaimana untuk dirinya dan suami sembuh dari kehilangan anak keduanya.
Pentingnya Untuk Bertanya “Adakah Kamu Okay” Untuk Sembuh
- Foto – Glamour
Dalam artikel yang ditulis Duchess Of Sussex ini menyatakan, kebanyakan para ibu yang mengalami keperitan yang sama sepertinya biasa menghadapi kesedihan secara senyap sambil meratap kesedihan.
Kini dalam keadaan pandemik mula menular, ramai yang hidup secara berasingan dan bersendirian dari orang lain. Meghan dan suaminya mendapati antara 100 orang wanita yang mereka temui, 10 ke 20 orang dari mereka mengalami keguguran.
Hidup dalam keadaan yang terkunci bersendirian semasa pandemik sambil meratapi kehilangan anak, merupakan keperitan yang tak terhingga apatah lagi tiada siapa yang bertanyakan adakah mereka okay.
- Foto – Arkib Wanista
Penderitaan ini dialami oleh ramai wanita tapi kurang ramai yang bercerita mengenainya, untuk bangkit dari kesengsaraan Meghan menyuarakan pandangannya bahawa pentingnya untuk berkongsi kesedihan bersama orang lain.
Dan betapa pentingnya keprihatinan orang lain dengan bertanyakan “Adakah kamu okay”, kepada sang ibu yang kehilangan anak untuk mereka bangkit dan sembuh dari luka.
Disebalik Senyuman Kerabat Diraja
- Foto – The Hill
Meski luka kehilangan anak keduanya memberi kesan yang mendalam kepada Meghan dan suaminya, Meghan tampil berkongsi kisahnya kepada orang ramai.
Menjadi sebahagian ahli kerabat diraja membuatkan dirinya harus menyimpan segala kedukaan di sebalik senyuman, tetapi kini apabila dirinya dan suami tidak lagi menjalani tanggungjawab sebagai ahli kerabat diraja memberi ruang buat Meghan dan suami untuk bernafas.
- Foto – Hello Magazine
Meghan dengan berlapang dada membuka cerita mengenai dirinya keguguran kepada orang ramai, dengan perkongsian tersebut Meghan berharap agar lebih ramai wanita berkongsi keperitan yang dialami untuk mendapatkan sokongan moral.
Dan sembuh dari kedukaan, dan bukannya menghadapinya kesedihan secara senyap dan bersendirian, dan Meghan juga berharap agar lebih ramai orang bersikap prihatin kepada sesama insan dengan bertanyakan “Adakah kamu okay?”.