Setiap pasangan akan mengimpikan sebuah perkahwinan yang meriah dan ala fairytale kerana hanya sekali sahaja berkahwin dalam seumur hidup.
Apabila melibatkan keluarga diraja, sudah semestinya kita akan membayangkan majlis perkahwinan itu menjadi besar-besaran dan gah kerana semua tumpuan akan diberikan kepada pasangan pengantin.
Menaiki kereta kuda, memakai beberapa persalinan pakaian yang pelbagai, tiara yang berkilauan dan majlis yang dihadiri dengan tetamu jemputan kenamaan sama ada dalam negara atau luar negara.
Berbeza dengan pasangan diraja ini, mereka lebih gemar melakukan majlis perkahwinan yang sederhana dan diingati. Hanya dihadiri oleh beberapa tetamu yang penting sahaja, tiada perarakan atau kereta kuda, pasangan ini telah melakukan sedikit perubahan daripada kebiasaannya.
Princess Beatrice of York & Edoardo Mapelli Mozzi
Disebabkan oleh Covid-19, Princess Beatrice dan tunangnya iaitu seorang pemaju hartanah telah mengubah rancangan perkahwinan mereka pada saat akhir.
Pasangan tersebut telah menukar lokasi perkahwinan mereka daripada St. James’ Palace kepada Windsor’s Royal Chapel of All Saints di Royal Lodge. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh 30 tetamu jemputan.
Princess Beatrice yang dilihat memakai gaun neneknya, Queen Elizabeth (1962), dengan melakukan sedikit perubahan pada gaun tersebut. Selain itu, beliau juga memakai Fringe Tiara milik Queen Elizabeth (1947) yang memakai tiara tersebut semasa perkahwinannya.
Tatiana Santo Domingo & Andrea Casiraghi
Tatiana Santo Domingo iaitu seorang pereka fesyen telah memilih gaun Missoni yang santai ketika perkahwinannya dengan ahli keluarga diraja Monaco, Andrea Casiraghi.
Gaun yang menampilkan lengan yang panjangnya 3/4, garis leher berbentu V dan renda itu dikenakan dengan mahkota bunga serta ditemani oleh anjing Boston Terrier, iaitu Daphne.
Pasangan diraja tersebut hanya mengadakan majlis makan tengah hari di luar rumah untuk rakan-rakan dan tetamu mereka di Istana Putera.
Charlotte Casiraghi & Dimitri Rassam
Berkahwin dengan Dimitri Rassan iaitu keluarga diraja Monaco, Charlotte Casigrahi adalah cucu kepada Grace Kelly dilihat memakai gaun mini daripada Saint Laurent yang berwarna dove grey dan dihiasi dengan bows.
Untuk majlis yang lebih tradisional dan formal, Charlotte dilihat memakai gaun Chanel dan dipadankan dengan rantai milik neneknya. Majlis tersebut diadakan dalam keadaan santai di mana mereka berkelah di Istana Putera.
Lady Elizabeth Bowes-Lyon & Prince Albert, Duke of York
Tidak menyangkakan beliau mengahwini bakal Raja England, Lady Elizabeth Bowes-Lyon atau Queen Mother telah memilih untuk melakukan perkahwinan yang ringkas.
Semasa hari perkahwinannya, Queen Mother tidak memakai sebarang tiara malah menggantikannya dengan chaplet of leaves dan gaun pengantin yang disiapkan pada malam sebelum perkahwinannya.
Prince Rahim Aga Khan & Kendra Spears
Prince Rahim Aga Khan yang berkahwin dengan seorang model Amerika iaitu Kendra Spears atau dikenali sebagai Princess Salwa, telah mengadakan majlis perkahwinan mereka di Château de Bellerive di Geneva.
Majlis perkahwinan yang dibuat di luar itu hanya dihadiri oleh beberapa orang rakan dan keluarga terdekat sahaja. Kendra Spears hanya dilihat memakai sari berwarna krim dan perhiasan berlian pada hari perkahwinannya.
Zara Phillipps & Mike Tindall
Zara Phillips hanya mengenakan gaun perkahwinan yang dibeli di butik kawasan perumahannya dan memakai tiara yang berusia berabad lama telah melakukan majlis yang sangat ringkas.
Dihadiri oleh Queen Elizabeth II, Zara dan Mike telah menganjurkan majlis makan malam dengan sedikit tarian dan bagpipes, majlis tersebut tiada tetamu politik tetapi hanya tetamu jemputan dan keluarga sahaja.
Lady Charlotte Wellesley & Alejandro Santo Domingo
Anak perempuan kepada Duke of Wellington, Lady Charlotte Wellesley telah berkahwin dengan pasangannya, Alejandro Santo Domingo pada tahun 2016.
Mengadakan majlis perkahwinan yang santai dan ringkas di Sepanyol, Lady Charlotte telah memakai gaun off-the-shoulder yang direka oleh Emilia Wickstead dan menganjurkan majlis makan malam untuk rakan-rakan mereka.
Charles, Prince of Wales & Camilla Parker-Bowles
Merupakan hubungan yang paling kontroversi dalam sejarah, akhirnya Prince Charles dan Camilla telah mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan.
Tidak memilih untuk berkahwin di biara atau istana, pasangan tersebut berkahwin di balai kota di Windsor. Camilla yang memakai pakaian yang berwarna biru pucat dan emas telah mengadakan majlis resepsi iaitu makan malam di Windsor Castle’s State Apartments.
Untuk berkahwin, tak semestinya perlu mengadakan majlis besar-besaran bagi mengagumkan ramai orang tetapi dengan majlis perkahwinan yang simple dan mengikut taste sendiri menjadi lebih bermakna dan diingati.