Sebenarnya hairan juga dengan lelaki. Berbanding dengan anak dara, mereka lebih sukakan wanita yang mempunyai status sebagai janda. Kenapa agaknya?
Sama ada lelaki bujang, duda atau suami orang apabila ditanyakan tentang soalan antara janda dan anak dara, semestinya mereka memilih janda. Sedangkan di luar sana, lebih ramai anak dara yang cantik dan pandai bergaya tetapi disebabkan oleh beberapa faktor, mereka memilih janda ini untuk dijadikan isteri.
Selain mengikut sunnah nabi yang menjadikan janda sebagai isteri baginda, tetapi di sebalik itu ada sebab mengapa mereka terpikat dan memilih wanita janda ini sebagai teman hidup mereka.
Pandai menggoda
Kalau kita lihat wanita janda ini sebenarnya sama sahaja seperti anak-anak dara yang lain. Tetapi di sebalik statusnya, mereka ini mempunyai aura menggoda bagi sesiapa sahaja yang mendekatinya tak kira sama ada lelaki bujang atau suami orang.
Apabila menjadi single, secara automatik wanita janda ini akan mencari konfiden dan tampil dengan yakin untuk kehidupan yang baru. Selain itu, mereka juga pandai untuk menjaga diri dan tahu tentang selok belok perkahwinan.
Mereka yang mempunyai pengalaman ini, telah memudahkan bakal suami kerana mereka tidak akan kekok lakukan kerja rumah atau berdandan. Jika memiliki wanita janda yang suka berdandan setiap hari, untunglah bakal suaminya.
Sangat Peramah
Wanita janda ini dalam proses untuk move on dan tinggalkan kisah lalu mereka. Jadi tak hairanlah kalau menjadi sangat peramah dengan kamu. Bukan hanya pada lelaki sahaja malah pada wanita pun sifat ramahnya tidak berubah.
Tidak mahu orang luar mengungkit atau mengetahui kisah lalunya, wanita janda ini tidak bersikap sombong. Cubalah kamu bertegur dengan wanita-wanita janda ini, pasti dia akan menjadi ramah tanpa segan silu.
Bagi mereka, kehidupan yang terlalu singkat ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dengan melayan kesedihan dan kisah lalu tanpa move on. Jadi untuk terus maju ke depan, mereka menikmati hidup ini dengan berkawan dengan semua orang.
Pandai Mengawal Emosi
Mempunyai pelbagai pengalaman dalam rumah tangga sama ada baik atau tidak, wanita janda ini lebih pandai mengawal emosi mereka berbanding dengan anak dara. Mengetahui tentang segala perkara yang dapat membuatkan mereka down, wanita janda ini akan lebih bersedia dan mempunyai penyelesaian bagi setiap masalah.
Apabila cekap dalam mengawal emosi diri sendiri, secara tidak langsung mereka juga pandai menjaga hati dan emosi orang lain terutamanya pasangannya. Jika mereka memulakan kehidupan baru, ini akan menjadi bonus kepada rumah tangganya.
Mereka ini sudah pasti tidak akan mahu mengulangi kesilapan yang sama seperti hubungan yang lalu, jadi mereka akan berfikir, menerima dan terbuka dalam menangani emosi pasangan.
Pandai Berdikari
Kalau dah nama wanita, jika mereka berada dalam alam perkahwinan secara automatik mereka akan menjadi berdikari kerana kesemua hal rumah tangga pasti diurus olehnya.
Dari memasak, mengemas, mengurus anak dan suami sehinggalah perihal rumah, pasti akan diselesaikan oleh wanita. Bagi wanita janda pula, mereka akan berdikari dua kali ganda berbanding wanita yang berada dalam alam perkahwinan.
Ini kerana kesemua kerja termasuklah kerja lelaki, pasti akan diuruskan oleh mereka. Bagi lelaki yang mencari wanita janda, ini adalah bonus kerana mereka tidak perlu untuk bersusah payah kerana pasti wanita janda ini boleh uruskan dengan baik.
Pandai Menjaga Penampilan Diri
Pernah dengar tentang ‘Janda Berhias’? Kalau kamu nak tahu, wanita janda ini akan menjadi extra berdandan daripada kebiasaannya kerana mereka ingin tampil cantik daripada pesaing iaitu anak dara.
Mungkin jika dulu, mereka tidak mempunyai peluang untuk berdandan atau tampil kelihatan cantik kerana tekanan rumah tangga, tetapi apabila dah mempunyai status janda ini, tiada alasan untuk mereka tampil cantik berbanding selekeh dan tidak berdandan.
Rajin Bekerja
Sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita, mereka pasti pandai mencari wang dan rajin bekerja untuk kehidupan yang lebih selesa. Sama seperti wanita janda juga, mereka menjadi lebih rajin bekerja untuk kelangsungan hidup.
Berdiri di dunia realiti di mana tiada sesiapa lagi yang menanggung kehidupan mereka, wanita-wanita ini akan bekerja keras bagi menyelesakan kehidupan mereka. Tak kiralah apa jenis pekerjaan, mesti mereka mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan wang.
Untuk wanita janda yang menjadi suri rumah sebelum ini, kamu boleh membuat pekerjaan dengan join mana-mana online business untuk menjadi agen atau membuka perniagaan dari rumah.
Kurang Perbelanjaan
Kurang perbelanjaan di sini membawa maksud kepada perbelanjaan perkahwinan. Berbeza dengan anak dara, perbelanjaan perkahwinan akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM 15 ribu dan lebih.
Tidak seperti wanita janda, perbelanjaan perkahwinan mereka tidak semahal anak dara kerana mereka lebih berjimat dan memikirkan tentang masa depan. Jadi kenapa perlu bazirkan pada perbelanjaan perkahwinan sedangkan wang tersebut boleh digunakan ketika kecemasan.
Jadi inilah sebab-sebab kenapa lelaki bujang atau suami orang sangat suka akan wanita berstatus janda. Walaupun wanita janda ini mempunyai ‘bonus‘ tidak seperti anak dara, kamu perlu tahu yang setiap wanita mempunyai keunikan masing-masing.