Ramai pengguna TikTok berlumba-lumba menayangkan ‘gigi baru’ masing-masing, tapi malangnya gigi yang ditayangkan itu akan memberi kesan kepada mereka di hari tua nanti.
Persoalannya, gigi apa yang ramai pengguna sosial media ini lakukan hinggakan ramai doktor gigi memberi amaran dan risiko?
Trending Gigi Crown Dan Veneers
- Foto – Arkib Wanista
Ramai influencer sosial media berkongsi Vlog transformasi gigi masing-masing, seperti tranformasi gigi ikan gerung berjeracak atau juga dikenali sebagai gigi veneers.
Selain itu, gigi crown juga antara ramai pengguna TikTok lakukan untuk mendapatkan senyuman yang paling sempurna di dunia.
Demi Dapatkan Senyuman Paling Sempurna
- Foto – Cosmetic Dentist Bromley
Tidak salah rasanya menyatakan trending gigi veneers dan gigi crown mendapat tempat di hati pengguna sosial media terutama pengguna TikTok.
Terpengaruh dengan influencer yang menayangkan senyuman yang cantik dengan barisan gigi yang beratur cantik (gigi crown), dan ada juga yang menayangkan gigi berceracak seperti ikan jerung (gigi veneers) membuatkan ramai ingin mencubanya.
Doktor Gigi Beri Amaran Dan Kesan Jika Buat Gigi Veneers Dan Gigi Crown
Melihat ramai pengguna sosial media antara golongan muda dan dewasa mula berlumba-lumba ingin mendapatkan gigi veneers dan gigi crown, membuatkan doktor gigi terpanggil untuk memberi amaran.
Kerana gigi yang mereka sangka berikan ‘senyuman sempurna’ itu bukanlah standard piawaian gigi veneers dan gigi crown yang sebenar.
Tindakan pengguna sosial media yang melakukan transformasi gigi sebegitu hanya mengundang kesan buruk pada diri di masa akan datang nanti.
- Foto – Arkib Wanista
Antara kesan buruk yang bakal mereka alami:
- Gigi akan mendapat kerosakan yang tidak boleh dibaiki ketika umur mencapai 40 tahun dan keatas.
- Jika gigi yang sihat mendapatkan perkhidmatan gigi veneers atau gigi crown, saraf gigi yang sihat tersebut akan terjejas.
- Boleh berlaku kerosakan kekal pada gigi seperti akar dan gigi boleh tercabut atau tanggal kekal.
- Kos perkhidmatan gigi yang tinggi, individu yang melakukan gigi veneers dan gigi crown perlu mendapatkan perkhidmatan setiap 10 hingga 15 tahun dan itu belum lagi kos jika gigi tersebut terkena kaviti.
- Foto – Dentistry Blogs
Bagi yang memiliki gigi yang sihat, doktor gigi tidak menggalakan pengguna sosial media melakukan gigi veneers dan gigi crown melainkan individu tersebut memiliki masalah gigi kaviti, gigi patah atau rosak barulah mendapatkan perkhidmatan gigi.
Dan doktor gigi juga memberi amaran agar individu mendapatkan perkhidmatan gigi di klinik gigi bertauliah dan mengikut piawaian gigi yang sebenar dan bukan seperti di sosial media.