Sumpah terkejut melihat dekorasi dalaman rumah Kpop idol popular Exo Kai, memang macam dalam kanvas rahsia dengan elemen hitam dan putih menjadi fokus utama rekaan dalaman rumahnya.
Dalam rancangan Home Alone pada episod 372, penonton terkejut dengan rekaan dalaman dan dekorasi rumah Exo Kai. Rasanya tak keterlaluan untuk menyatakan, rumah Kai umpama kanvas hitam dan putih dengan elemen misteri, moden dan kontemporari.
Tema Hitam Putih Menjadi Pilihan Hati Exo Kai
Idol kacak ini nampaknya sangat meminati warna hitam dan putih, dan menjadikan dua warna ini sebagai warna tema dekorasi rumahnya.
Melihat setiap ruang yang ada di dalam rumah penyanyi ini dipenuhi dengan warna hitam dan putih, membuatkan ia kelihatan seperti kanvas dengan sedikit elemen misteri.
Dinding Hitam Dan Putih Yang Mendominasi
- Foto – Arkib Wanista
Dalam video YouTube saluran Kocowa yang memaparkan setiap sudut dan ruang dalam rumah Exo Kai ini, terpegun melihat terdapat ruang dinding diwarnakan dengan warna hitam dan bahagian ruang yang lain diwarnakan dengan warna putih.
Seperti ruang tamu, dinding Exo Kai diwarnakan dengan warna putih, begitu juga dengan di ruang meja makan dan dapur. Sementara di laluan koridor pula warna dinding terbahagi kepada dua warna iaitu hitam dan putih.
Rumah Exo Kai Tiada Pintu?
- Foto – YouTube
Melihat dinding putih di ruang tamu dan ruang makan tidak mempunyai sebarang pintu, ramai yang tertanya-tanya di mana bilik dan ruangan lain milik penyanyi kacak ini.
Dalam video yang ditayangkan menunjukan dalam rumah Exo Kai seolah-olah tidak mempunyai sebarang pintu yang biasa di lihat dalam rumah orang lain.
Tapi siapa sangka antara dinding putih di bahagian ruang tamu rumah penyanyi ini, tersembunyi pintu ke bahagian ruangan lain!
Pecahan Dekorasi Hitam Putih Exo Kai
Dinding Koridor, Ruang Tamu Dan Ruang Makan Kombinasi Warna Hitam Dan Putih
- Foto – Arkib Wanista
Langsir Ruang Tamu Warna Hitam Misteri
- Foto – Arkib Wanista
Sofa Gebu Bentuk L Yang Elegan
- Foto – Arkib Wanista
Meja Makan Panjang Warna Hitam Sejati
- Foto – Arkib Wanista
Lampu Siling Di Meja Makan Yang Moden Kontemporari
- Foto – Arkib Wanista
Ruang Dapur Serba Putih Bak Kanvas Lukisan
- Foto – Arkib Wanista
Kombinasi Hitam Dan Putih Bilik Tidur Yang Minimalis
- Foto – Arkib Wanista
Ruang Bekerja @ Study Room Yang Macam Dalam Drama
- Foto – Arkib Wanista
Bilik Pakaian Yang Cool
- Foto – Arkib Wanista
Bukan setakat rumah dah macam kanvas nak kata macam escape room ada juga penuh mesteri, memang menarik rekaan dalaman rumah Exo Kai lain dari yang lain dan rasa seronok serta mengujakan!