Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Fesyen

Pilihan Artis Bollywood, Ini Menariknya Fesyen Lehenga Ala Bangsawan

by Lisa Aina
November 27, 2020
Foto - Lifestyle Asia Hong Kong

Foto - Lifestyle Asia Hong Kong

Share on FacebookShare on Twitter

Cantikkan fesyen Lehenga?

Lehenga juga dikenali sebagai Lehnga, adalah pakaian tradisional India yang dipakai oleh wanita India sejak zaman purba lagi.

Lehenga terdiri dari lehenga, skirt panjang hingga ke buku lali, dipasangkan dengan top yang dipanggil choli dan selendang dipanggil dupatta.

IKLAN

Ia boleh didapati dalam banyak jenis rekaan, daripada yang biasa – selalu diperbuat daripada kapas tanpa sebarang hiasan, hingga yang mahal sarat dengan sulaman serta perhiasan unggul. Fesyen ini dipakai ketika acara-acara keramaian seperti perkahwinan.

Yang cantik tentang Lehenga, anda boleh memilih warna-warna tradisional seperti maroon, merah atau merah jambu. Atau pilihan pastel yang tengah popular. Mungkin juga boleh memilih warna putih dengan perincian keemasan. Gabungan warna seperti coklat dengan ungu, atau biru dan kuning, menjadikan penampilan berseri-seri. Anda boleh memilih kombinasi warna kegemaran mengikut pilihan hati.

Jom lihat antara fesyen Lehenga yang digayakan selebriti Bollywood. Ambil inspirasi mana yang berkenan.

Pastel seperti Kareena Kapoor

Foto – Pinterest

Manisnya merah jambu si Janhvi Kapoor

Foto – Pinterest

Hitam dengan perincian keemasan seperti Deepika Padukone

Foto – Pinterest

Alia Bhatt pula menawan dengan lehenga hijau pokok pisang

Foto – Pinterest

Hot sangat lehenga merah Sonam Kapoor

Foto – Pinterest

Pastel memang tak pernah mengecewakan macam Karisma Kapoor

Foto – Pinterest

Lehenga organza Sara Ali Khan nampak seksi sekali

Foto – Pinterest

Berkenan betul dengan fesyen Lehenga kerana warna-warni yang ditampilkan. Bikin si pemakai cantik berseri-seri.

Tags: fakta lehengafesyen artis bollywoodfesyen lehengafesyen orang indialehengapersalinan tradisional india
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan