Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Fesyen

Fesyen Jalanan BTS V Yang Cool Buat Peminat Obses!

by Sofie Azizlan
November 27, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sahaja yang tak kenal dengan BTS? Selain memiliki suara dan bakat yang luar biasa, mereka juga memiliki sense of fashion di mana ia sering menjadi ‘kegilaan’ para peminat mereka.

Seperti salah seorang ahli BTS, iaitu V atau dikenali sebagai Kim Taehyung, bukan sahaja dia bakat dalam menyanyi malah V juga menarik perhatian peminatnya dengan wajah tampan dan gaya fesyen yang sangat cool!

Menjadi ikon fesyen yang sejati, V pernah memberitahu yang salah satu impiannya semasa kecil adalah memiliki pelbagai pakaian serta mix and match untuk memberikan penampilan yang berbeza kepada semua orang.

IKLAN

Memandangkan dia telah berjaya realisasikan impiannya itu, mari kita lihat fesyen jalanan V yang sangat cool ini!

Ala Minggu Fesyen

Tidak pernah menganggap mana-mana tempat seperti tempat biasa, V akan tampil bergaya seperti ianya minggu fesyen. Dia yang menggabungkan urban dan keselesaan memberikan gayanya kelihatan sangat mewah.

Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Corak 

Kalau orang lain pakai, mesti nampak serba tak kena di mata yang melihatnya. Berbeza dengan V, dia tahu bagaimana cara untuk gayakan pakaian yang melibatkan corak tanpa merosakkan gayanya.

Foto – Pinterest / Tumblr

Print On Print

Tahu untuk mix and match corak yang bersesuaian, V tidak takut untuk memakai full set corak dari atas sehingga bawah. Nampak cantik dan dan sangat sesuai! Jika kita yang memakainya pasti berulang kali melihat cermin dan berasa ragu kerana rasa serba tak kena.

Foto – Pinterest / Pink Villa

Baju Tidur 

Pernah lihat sesiapa gayakan baju tidur sebagai salah satu fesyen di luar rumah dengan berjaya? Seperti V, apa yang dipakainya pasti kelihatan berbeza walaupun baju tidur dan ianya nampak seperti pakaian runaway.

Foto – Pinterest / Kim Taehyung (Facebook)

All Black 

Tidak ketinggalan dalam fesyen all black, V tampil sangat tampan dengan gaya ini. Menjadi kegemaran bagi setiap orang, untuk menggayakan gaya ini, pemilihan lapisan pakaian, kain dan tekstur yang betul dapat menyerlahkan si pemakai.

Foto – Pinterest / Yahoo

Fesyen Koordinat 

Menggunakan sentuhan peribadi ajaibnya, V tahu bagaimana untuk gayakan fesyen koordinat untuk kelihatan seperti baru dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Ditambahkan dengan beberapa aksesori yang sesuai, gaya ini kelihatan sangat menakjubkan!

IKLAN
Foto – Amino Apps / Pinterest

Santai 

Semuanya dalam satu pakej bagi V, gaya ini buatkan dia kelihatan sangat santai, mewah dan ringkas. Daripada pakaian yang berwarna-warni, seluar besar, beg kulit dan sebagainya dapat memberikan gaya yang fresh tetapi masih mengekalkan konsep santai.

Foto – Amino Apps
Foto – Pinterest

Kamu boleh jadikan fesyen jalanan V sebagai inspirasi, tapi kamu perlu ingat tidak semestinya perlu barangan mahal, jadi berbelanja mengikut kemampuan pun boleh nail the look!

Selamat Beramal!

Tags: btsbts kim taehyungbts vfesyen btsfesyen bts kim taehyungfesyen bts vfesyen jalanan bts v
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan