Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Apa Yang Boleh Jadi Kalau Kamu Berhenti Makan Daging?

by Sofie Azizlan
November 30, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Cuba kamu bayangkan, makan malam nanti kamu akan makan stik yang juicy dan tebal. Sedap kan?

Disebalik kesedapan daging yang dimakan, ramai tidak tahu sebenarnya daging ini membawa kemudaratan kepada badan dan juga kesihatan.

Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, pengambilan daging dalam diet harian boleh menyebabkan peningkatan risiko diabetes, penyakit kardiovaskular, kanser dan kematian yang awal.

IKLAN

Tidak menjadi masalah untuk mengambil daging dalam diet kamu, tetapi hadkan pengambilannya. Atau sebaliknya, kamu tidak mengambil daging dalam makanan tetapi gantikannya dengan makanan yang memberikan kuantiti nutrien dan zat yang sama untuk badan kamu.

Jadi kalau kamu berhenti atau mengurangkan pengambilan daging dalam diet harian, apakah yang akan terjadi pada badan?

Hilang Berat Badan 

Daging sangat kaya dengan kalori dan sebahagian besar daripadanya mempunyai jumlah protein yang melebihi daripada keperluan seseorang individu.

Foto – Market Watch

Tidak mustahil berat badan seseorang itu boleh naik dengan mendadak jika memakan daging dalam kehidupan hariannya. Jadi untuk mengelakkannya, cuba kamu skip masukkan daging dalam makanan kamu.

Selepas seminggu, kamu akan merasai perubahannya. Dan disebabkan oleh itulah jika sesiapa yang ingin diet, mereka akan menjadi vegetarian kerana ia boleh menurunkan lebih banyak berat badan berbanding mereka yang masih mengambil daging dalam diet harian.

Badan Kurang Berasid 

Untuk badan yang sihat dan normal, seseorang individu memerlukan keseimbangan pH yang sesuai. Tetapi dalam diet harian, sebahagian daripada makanan yang diambil dapat membentuk asid.

Foto – Park Grand London Kensington

Seperti daging, ia menghasilkan asid yang tinggi untuk badan menyerap dan meneutralkan kembali. Apabila tahap asid yang tinggi berada dalam badan, situasi ini dapat menjadi persekitaran yang sesuai untuk penyakit terjadi.

Perut Tak Kembung 

Berbanding dengan makanan yang lain, daging dicerna dengan lambat oleh badan. Dan disebabkan oleh pencernaan yang lambat, kamu berkemungkinan mengalami sembelit dan sakit perut.

IKLAN
Foto – Ageless Impact

Untuk jangka masa yang panjang, bakteria yang baik akan melindungi usus seseorang individu dan keradangan badan dapat diturunkan setelah berhenti mengambil daging dalam diet harian.

Tahap Kolestrol Yang Rendah 

Jumlah lemak tepu yang dikaitkan dengan tahap kolestrol yang tinggi dapat dikurangkan setelah tidak mengambil daging.

Foto – Watsons Health

Apabila daging dikurangkan, keseimbangan nutrien dan zat dalam badan dapat bekerja dan mengurangkan risiko bagi seseorang itu mendapat tahap kolestrol yang tinggi sehingga menyebabkan pertumbuhan plaque di bahagian dinding arteri.

Kurangkan Keradangan 

Tahap keradangan yang tinggi dalam badan boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan daging, keju dan makanan yang diproses. Keradangan ini juga boleh menjadi kronik bagi seseorang individu.

Foto – Harvard University

Situasi keradangan yang kronik ini boleh dikaitkan dengan perkembangan atherosclerosis, serangan jantung, strok, diabetes dan penyakit autoimmune yang boleh memudaratkan.

Bagi mengelakkan keradangan ini berlaku, seseorang individu itu perlu mengambil diet berasaskan tumbuhan yang semula jadi kerana ianya mengandungi serat dan antioksidan berbanding dengan lemak tepu serta endotoxins yang dirembeskan oleh bakteria dalam makanan haiwan.

Kurangkan Pembentukan Kanser 

Makanan yang kaya dengan lemak tepu mempunyai perkaitan dengan peningkatan keradangan dalam badan dan keradangan kronik yang boleh membawa kepada pembentukan kanser.

Foto – Cancer Today

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan daging sebagai carcinogen iaitu boleh menjadi salah satu penyebab pembentukan kanser.

Pengambilan daging dalam jumlah yang banyak boleh dikaitkan dengan peningkatakan pembentukan sel kanser terutamanya kanser usus besar.

Microbiome Dalam Usus 

Sebanyak trilion mikroorganisma dalam badan secara kolektif dipanggil sebagai microbiome.

Foto – Medical Xpress

Microbiome ini sangat penting untuk kesihatan kerana ia mencerna makanan dan menghasilkan nutrien bagi melatih sistem imun dan memastikan tisu usus seseorang individu itu sihat serta melindungi daripada kanser terjadi.

Kajian menunjukkan apabila seseorang itu memakan choline atau carnitine yang terdapat dalam daging, bakteria dalam usus akan mengubah zat dalam hati untuk bertukar menjadi toksik yang disebut sebagai TMAO.

TMAO akan menyebabkan plaque kolestrol menjadi parah dalam saluran darah dan boleh meningkat risiko serangan jantung dan strok.

Kamu boleh berhenti secara terus atau kurangkan pengambilan daging untuk kesihatan kamu dalam jangka masa yang panjang. Kesihatan yang baik lebih berharga berbanding makanan yang kamu boleh gantikan dengan yang lebih baik.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: daging dan kesihatanDaging Merahkeburukan dagingkesan daging pada kesihatanmanfaat dagingPenyakit Kronik
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan