Kalau perasan ramai selebriti antarabangsa gemar mengayakan busana yang diperbuat daripada latex, pakaian yang sendat dan ketat daripada latex ini menjadi pilihan ramai selebriti wanita tatkala berfesyen.
Tapi apa yang membuatkan para selebriti ini sangat suka memakai pakaian yang diperbuat daripada latex ini? Kalau nak tahu, jom selongkar rahsianya bersama penulis di bawah.
Mencuri Pandangan Mata Umum
- Foto – Arkib Wanista via Instagram
Kalau nak tahu pakaian yang diperbuat daripada latex ini senang mencuri pandangan umum kerana outfits yang striking, menarik dan warna yang terang.
Jadi tidak hairanlah ramai selebriti terkenal dunia suka memilih fesyen ini, dan dalam masa yang sama dapat menarik pandangan peminat kepada diri mereka tiap kali berada di hadapan umum.
Tampak Ekstra Kurus
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Kardashian
Lagi fesyen latex yang ketat dan sendat ini juga, boleh membuatkan ramai selebriti kelihatan ekstra kurus, ya lah mana tidaknya dengan baju yang mengikut bentuk badan sebegitu akan memberi imej tubuh selebriti tampak kurus.
Selesa Dan Fit Ikut Bentuk Badan
- Foto – Arkib Wanista via Instagram
Bukan itu saja, rata-rata ramai selebriti juga mengakui lebih selesa memakai busana yang diperbuat daripada latex ini kerana ia melekat dan fit mengikut bentuk tubuh badan.
Glossy Dan Seksi
- Foto – Arkib Wanista via Instagram
Antara sebab lain selebriti terpikat menggayakan fesyen latex adalah kerana fabriknya yang glossy, membuatkan diri mereka tampak menyerlah dan juga seksi.
Kesan fesyen sebegini sangat digemari oleh ramai selebriti dunia, apatah lagi yang jenis sukakan ‘limelight’ tatkala menghadiri pelbagai jenis majlis fesyen, hiburan ataupun majlis anugerah.
Buat Diri Tampak Lain Dari Yang Lain
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Kylie Jenner
Dah namanya selebriti, pastinya mereka mahukan fesyen yang boleh membuatkan diri mereka tampak lain dari yang lain.
Dengan menggayakan fesyen latex ini, mereka mampu membuatkan cahaya spotlight dan kamera wartawan fokus kepada mereka saja!
Koleksi Fesyen Latex Selebriti Terkenal Dunia
Nicki Minaj
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Nicki Minaj
Kim Kardashian
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Kardashian
Bella Hadid
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Bella Hadid
Kylie Jenner
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Kylie Jenner
Gigi Hadid
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Gigi Hadid
Dua Lipa
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Dua Lipa
Katy Perry
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Katy Perry
Memang lawa-lawa fesyen latex yang digayakan selebriti terkenal dunia ini, bukan itu saja jenis rekaan busana juga sangat sesuai dengan fabrik yang digunakan.
Tidak hairanlah ramai selebriti suka gila dengan fesyen latex ini, kita yang tengok ini pun boleh tergoda betul tak.