Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Teknologi

Seronok Main Telefon Sambil Cas, Tak Bahaya Ke?

by Sofie Azizlan
December 1, 2020
31
SHARES
313
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau tengok gambar di atas mesti ramai yang buat macam ini dalam kehidupan seharian mereka. Menggunakan telefon sambil mengecas, sebenarnya bahaya atau tidak?

Apabila bercakap tentang telefon, terdapat beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Dalam pada masa yang sama, pasti kamu pernah terdengar bahawa menggunakan telefon sambil mengecas sebenarnya mendatang bahaya.

Secara teknikalnya, ketika kamu menggunakan telefon semasa mengecas ia sebenarnya menggunakan kuasa elektrik. Selain ia melambatkan pengecasan pada telefon semasa kamu menggunakannya, kamu juga menghadapi risiko iaitu letupan.

Walaupun kamu sering bertanya kepada diri sendiri sama ada perlu gunakan atau, jadi ini adalah beberapa sebab untuk membuatkan kamu berhenti menggunakan telefon ketika mengecas.

Mengecas Semasa Bermain Permainan Video

Permainan video kini menggunakan grafik yang canggih dan pelbagai kesan khas. Apabila kamu bermain ketika mengecas, telefon kamu akan memerlukan lebih banyak tenaga kuasa.

Foto – Dignited

Dalam pada masa yang sama, bateri telefon akan diberikan pelbagai tekanan tambahan seperti short recharge dan discharge cycle yang akan menyebabkan telefon menjadi overheat.

Panas yang berlebihan pada bateri akan menjadikannya meletup atau memberi kesan negatif pada jangka hayat bateri.

Mengecas Secara Berterusan 

Normal melihat sesiapa sahaja termasuklah diri sendiri, mengecas telefon secara berterusan walaupun bateri telefon masih mempunyai tenaga yang cukup.

Foto – Ped Pac

Mengecas telefon secara berterusan akan mengurangkan jangka hayat bateri. Purata jangka hayat bateri Lithium-Ion adalah sekitar 2 tahun sehingga 3 tahun atau sebanyak 300 kitaran sehingga 500 kitaran pengecasan.

Jika kamu tetap melakukan pengecasan secara berterusan walaupun telefon kamu tidak memerlukannya, bateri telefon akan melengkapkan kitaran hayatnya dengan lebih cepat daripada jangkaannya.

Pengecasan Menjadi Lambat 

Pengecas telefon dibekalkan dengan Direct Current (DC). Ini bermakna telefon kamu dibekalkan dengan kuasa elektrik secara terus dan sistem pengurusan tenaga kuasa yang akan menentukan bagaimana kuasa itu digunakan.

IKLAN

Foto – American Disposal

Jika kamu tidak menggunakan telefon semasa mengecas, ia akan membekalkan kesemua kuasa kepada bateri telefon dengan lebih cepat. Berbanding ketika kamu menggunakannya, terdapat banyak aplikasi atau operasi yang dibuka sehingga mengakibatkan arus elektrik dibekalkan dalam kuantiti sedikit.

Jangan tertanya-tanya kenapa kamu dah mengecas selama berjam-jam tetapi tidak penuh kuasa bateri jika kamu menggunakannya semasa mengecas.

Telefon Dan Bateri Menjadi Panas

Kebiasaanya, menggunakan telefon terlalu lama, ia akan menjadi panas. Sama seperti menggunakan telefon sambil mengecas, telefon dan bateri kamu akan menjadi dua kali ganda panas.

Foto – Android PIT

Kepanasan yang melampau ini boleh merosakkan cip atau perkakasan di dalam telefon kamu. Peningkatan suhu yang mendadak boleh trigger processor telefon dan GPU menjadi lambat prosesnya.

Selain itu, kesan yang boleh dilihat apabila panas yang berlebihan menyebabkan bateri telefon kamu menjadi kembung seperti mahu meletup.

Kerosakan Kabel 

Menggunakan telefon semasa mengecas akan memberikan kesan juga pada kabel telefon kamu. Pelbagai gerakan seperti kerap menukar posisi ketika menggunakannya boleh membuatkan kabel menjadi rosak.

Foto – Twitter

Kesannya, kabel pengecas boleh mengganggu aliran kuasa dan merosakkan penyambung wayar yang menyebabkan sambungan kuasa tidak dapat dilakukan dengan baik.

Boleh Terkena Kejutan Elektrik 

Bagi mengelakkan daripada kamu terkena kejutan elektrik, pastikan tiada sumber cecair yang berada berdekatan dengan alat pengecasan mahupun dengan kamu.

Foto – Daily Mail

Jika kamu dapat merasakan sedikit rasa menyengat seperti arus elektrik, segera pastikan persekitaran kamu sama ada kering atau basah. Jika kering dan masih merasakannya, ia mungkin disebabkan oleh kualiti pengecas.

Kerosakan Otak 

Kalau boleh, elakkan daripada meletak telefon berdekatan dengan kepala semasa mengecas. Ini kerana telefon mengeluarkan radiasi dalam intensiti rendah yang boleh menyebabkan kerosakan otak dalam jangka masa yang panjang.

Foto – Medi Bank

Selain itu, beberapa laporan mengatakan sebahagian jantung boleh terdedah pada kerosakan dan dalam pada masa yang sama, meletakkan telefon pada telinga semasa mengecas juga boleh menyebabkan seseorang itu terkena kejutan elektrik.

Jadi, sama ada bahaya atau tidak sebaiknya elakkan daripada menggunakan telefon semasa mengecas. Tidak salah untuk mencegah sesuatu perkara daripada terjadi, betulkan? Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: bahaya cas telefonbahaya guna telefon sambil mengecasbahaya telefon dan elektrikcas telefonguna sambil cas telefonguna telefon
Share12Tweet8Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.