Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

Petua Buatkan Rambut Kamu Lebat Seperti Artis Bollywood

by Sofie Azizlan
December 2, 2020
36
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang mengalami masalah rambut seperti kelemumur, bercabang, dan paling teruk adalah rambut gugur. Sangat merungsingkan kepala apabila rambut menghadapi masalah yang bagaikan tiada penyelesaian.

Jika ditanya, siapa sahaja yang tidak mahu rambutnya sihat, kelihatan bersinar dan tebal seperti artis Bollywood. Lihat sahaja rambut mereka, sentiasa kelihatan rapi dan terletak elok di kepala.

Selain artis Bollywood, majoriti wanita India cenderung memiliki rambut yang tebal, panjang, sihat dan paling penting susah untuk menjadi beruban. Selain genetik yang memainkan peranan, mereka juga mempunyai rahsia tersendiri.

Betul Ke Kalau Check Kulit Kepala Boleh Tahu Tentang Kesihatan Diri?

November 24, 2020
Foto - fashion.popbela.com

Ini Cara Wanita Perancis Jaga Rambut. Korang Pun Boleh Ikut!

March 16, 2018

Walaupun artis Bollywood ini sering mengatakan yang mereka menggunakan bahan-bahan organik, tetapi di sebaliknya mereka masih mengikuti tips kecantikan rambut secara turun-temurun oleh nenek moyang.

Foto – Pinterest / Gulte

Jika dilihat produk-produk penjagaan rambut sekarang, pelbagai bahan-bahan kimia yang digunakan dapat membuatkan rambut menjadi semakin rosak dan tidak selamat. Kesannya, ramai yang menghadapi rambut gugur dan masalah kulit kepala.

Jadi jangan risau, entri kali ini Wanista akan bantu kamu mendapatkan kembali rambut yang lebat seperti artis Bollywood dengan tips mereka.

Minyak Kelapa 

Kebanyakkan wanita India akan menggunakan minyak kelapa ini sejak kecil lagi. Ini kerana minyak kelapa memberikan kesan pada rambut untuk menjadi lebih tebal dan panjang dalam tempoh yang singkat.

Foto – Stuff.co.nz

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak kelapa.
  2. Urut kulit kepala dengan menggunakan hujung jari dan urut secara membulat.
  3. Urut secara perlahan-lahan bagi merehatkan kulit kepala.
  4. Biarkan selama setengah jam dan balut dengan tuala yang panas.
  5. Selepas 30 minit, cuci rambut menggunakan syampu.
  6. Ulang kaedah ini sebanyak 1-2 kali seminggu.

Daun Lidah Buaya 

Selain bertindak sebagai penyejuk yang digunakan dalam merawat sunburn atau luka-luka, daun lidah buaya ini juga digunakan untuk merawat rambut. Ia boleh digunakan sebagai mask pada rambut untuk mendapatkan rambut yang sihat dan tebal.

Foto – Palencia Dental

Cara penyediaan:

  1. Ambil 2-3 helai daun lidah buaya dan potong kepada dua bahagian.
  2. Perahkan daun tersebut untuk mendapatkan gelnya.
  3. Kemudian, sapu dan ratakan secara keseluruhan pada rambut dan kulit kepala.
  4. Biarkan selama 30 minit.
  5. Kemudian bilas menggunakan air suam dan cuci sehingga bersih.
  6. Ulang kaedah ini dengan lakukannya sebanyak 1-2 kali seminggu.

Telur 

Selain digunakan sebagai mask pada muka, ia juga boleh digunakan pada rambut. Fungsi telur digunakan pada rambut adalah untuk mendapatkan rambut yang tebal dan tumbuh dalam tempoh masa yang singkat.

IKLAN

Foto – Eat This, Not That

Cara penyediaan:

  1. Ambil 2-3 biji telur dan pecahkan dalam sebuah mangkuk.
  2. Kemudian, kacau telur tersebut sehingga kuning telur pecah dan sebati dengan putih telur.
  3. Basahkan rambut menggunakan air.
  4. Kemudian, sapu adunan telur ke atas rambut yang dibasahkan.
  5. Biarkan selama 10-15 minit.
  6. Kemudia, cuci rambut menggunakan air suam dan syampu untuk menghilangkan hanyir telur pada rambut.
  7. Lakukan sebanyak 1-2 kali seminggu.

Kulit Buah Oren 

Oren memberikan Vitamin C pada badan dan kulit untuk kelihatan cantik dan sihat. Tetapi adakah kamu tahu selain buah oren, kulitnya juga mempunyai khasiat tersendiri?

Foto – The Indian Express

Dalam penjagaan rambut, kulit buah oren sangat membantu mereka yang hampir botak kerana ia merangsang pertumbuhan anak-anak rambut yang baru di kulit kepala.

Cara penyediaan:

  1. Ambil kulit 1-2 biji buah oren dan tumbuh sehingga menjadi lumat.
  2. Kemudian, sapu secara rata ke atas keseluruhan rambut dan kulit kepala.
  3. Biarkan selama  15-20 minit.
  4. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih.
  5. Lakukan kaedah ini sebanyak 1-2 kali seminggu.

Avokado Dan Pisang 

Sering digunakan sebagai salah satu makanan untuk bayi, kombinasi buah avokado dan buah pisang juga sesuai untuk rambut. Ini kerana kombinasi ini membuatkan rambut kamu tumbuh dengan lebat.

Foto – Steele House Kitchen

Cara penyediaan:

  1. Ambil isi buah avokado dan buah pisang dan lumatkan.
  2. Kemudian, sapu campuran buah ini ke atas keseluruhan rambut dan kulit kepala.
  3. Urut secara perlahan-lahan untuk merehatkan kulit kepala.
  4. Kemudian, biarkan ia mengering selama 30 minit.
  5. Bilas rambut menggunakan air suam dan syampu selama 15 minit.
  6. Lakukan sebanyak 1-2 kali seminggu.

Daun Inai 

Kalau musim perkahwinan, daun inai digunakan sebagai hiasan tangan pengantin. Selain daripada hiasan, ia juga boleh digunakan untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut daripada beruban.

Foto – Pinterest / Mingguan Wanita

Cara penyediaan:

  1. Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air untuk jadikannya dalam bentuk pes.
  2. Setelah itu, biarkan selama 1-2 jam sebelum guna.
  3. Kemudian, sapu pes inai tersebut ke atas kulit kepala dan balut rambut menggunakan topi mandian selama 3 jam.
  4. Selepas 3 jam, bilas rambut menggunakan air, syampu dan conditioner.
  5. Lakukan selama 1-2 kali seminggu.

Daun Pandan Dan Santan 

Daun pandan yang memberikan kewangian semula jadi dan santan digunakan dalam menjaga dan merawat rambut. Kombinasi ini bertujuan untuk memberikan hasil rambut yang lebat pada kamu.

Foto – Keluarga / Barangdapur.my

Cara penyediaan:

  1. Ambil 2-3 helai daun pandan dan tumbuk sehingga lumat.
  2. Kemudian, dengan menggunakan sedikit air, perah daun pandan yang ditumbuk tersebut.
  3. Seterusnya, ambil santan dan campur dengan air daun pandan yang diperah tadi dan kacau sehingga sebati.
  4. Biarkan selama 1/2 hari.
  5. Kemudian, sapu campuran tersebut pada rambut.
  6. Biarkan selama 45 minit sehingga 1-2 jam.
  7. Bilas dengan air sehingga bersih.
  8. Lakukan sekerap yang mungkin dalam seminggu.

Sangat mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapatkan. Selain dapat melebatkan rambut ala-ala Priyanka Chopra atau Kareena Kapoor, kaedah penjagaan rambut ini juga dapat menjimatkan bajet kamu untuk ke salon rambut.

RUJUKAN

Tags: penjagaan rambutrambut lebattips penjagaan rambuttips rambut lebattips rambut lebat wanita indiatips wanita india
Share2Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

10 Tahun Pengguna TikTok Ini Merana, Tapi Lepas Guna CeraVe Kulit Flawless Gila!

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.