Pernah atau tidak bagi kamu yang baru memulakan senaman dan berasa menggeletar badan pada akhir senaman?
Mesti kamu memikirkan ianya tanda-tanda yang berbahaya atau tidak. Sebenarnya, untuk pengetahuan kamu, berasa menggeletar selepas bersenam itu adalah normal.
Ianya boleh dikatakan badan kamu tidak terbiasa dengan tahap instensiti latihan tersebut. Sekaligus badan kamu belum dapat menyokong tahap latihan senaman yang dilakukan tanpa mengalami keletihan.
Melalui cara ini, kamu boleh menentukan dan mengetahui sebab disebalik badan yang menggeletar selepas bersenam. Tetapi jangan risau, kemungkinan faktor ini yang menjadi penyebab utama badan kamu menggeletar.
Keletihan Otot
Setelah bersenam menggunakan tahap latihan senaman yang extreme, badan menjadi menggeletar disebabkan oleh otot akibat tindak balas fisiologi yang mengakibatkan keletihan.
Apabila otot bergetar, ianya akan berkontraksi dan melepaskan pada kadar yang semakin meningkat. Situasi ini adalah normal kerana ia tidak akan menjadi masalah selagi kamu tidak memaksa diri untuk melakukan lebih jauh senaman kamu.
Sekiranya kamu mengalami kesakitan atau tidak dalam menyelesaikan senaman kamu, cuba untuk kurangkan intensiti latihan dan berehat seketika supaya otot tidak tercedera.
Tahap Gula Yang Rendah
Semasa bersenam, otot akan menggunakan glukosa sebagai bahan bakar. Jika kamu melakukan senaman dengan laju atau dalam tempoh yang lama, tahap glukosa kamu akan habis sebelum kitaran asalnya.
Situasi ini akan menyebabkan kamu menghadapi tahap gula dalam darah menjadi rendah yang dikenali sebagai hypoglycemia. Apabila bahan bakar tidak mencukupi, otot kamu akan mula menggeletar dan boleh menyebabkan kamu berasa pening dan lemah.
Dehidrasi
Kekal terhidrat sangat penting untuk memastikah tahap electrolyte kamu seimbang bagi mengawal fungsi saraf dan otot badan.
Melakukan aktiviti yang mempunyai tahap intensiti tinggi boleh menyebabkan kamu berpeluh dengan banyak dan kehilangan air. Situasi ini sama seperti kamu bersenam di luar pada hari yang panas.
Apabila kehilangan banyak air dalam badan, kamu boleh menjadi dehidrasi yang menyebabkan kekejangan dan sengal pada otot. Dalam pada masa yang sama, kamu boleh mengalami tanda-tanda seperti pening kepala, dahaga dan lemah.
Pengambilan Kafein Yang Tinggi
Ramai orang suka memilih minuman berkafein dalam rutin harian mereka. Bagi sesetengah orang, sebelum memulakan latihan senaman, mereka kerap mengambil kopi sebagai salah satu bantuan untuk melakukan senaman.
Tetapi jika kamu mengambil dalam jumlah yang banyak, ia akan membuatkan badan kamu menjadi menggeletar, gelisah dan boleh menjadi lebih teruk selepas bersenam.
Ini kerana pengambilan kafein yang tinggi dapat mempengaruhi otot, tangan dan anggota badan kamu seperti jantung sehingga menyebabkan seseorang itu mengalami degupan jantung yang laju, tekanan darah tinggi dan loya.
Tidak Cukup Tidur
Sekiranya kamu mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan mempunyai kelas senaman pada keesokkan harinya, ia boleh mengakibatkan otot dan badan kamu menggeletar.
Jadi penting untuk mendapatkan tidur yang mencukupi sebelum melakukan senaman. Jika tidak, badan dan otot kamu boleh menjadi catatonic iaitu simptom yang melibatkan pergerakkan yang kurang selain menjadi gelisah dan keletihan.
Terlalu Cepat Dalam Senaman
Untuk kamu yang pertama kali melakukan senaman, jangan tergopoh-gopoh untuk melakukan semua jenis senaman. Tetapi, lakukan secara perlahan dan ikut turutannya kerana ia akan menyebabkan badan dan otot menjadi menggeletar dan mungkin terkoyak.
Gegaran pada otot boleh menjadi tanda kepada badan kamu yang ianya tidak boleh menerima tekanan latihan lagi. Jika kamu tetap meneruskannya, ia akan menyebabkan kecederaan yang parah.
Senaman Yang Melampau
Memang penting untuk melakukan senaman bagi menjalani kehidupan yang sihat dan aktif selain mengelakkan badan daripada menghadapi penyakit.
Walaupun ramai yang mula melibatkan diri dalam melakukan senaman, tetapi ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu. Tidak semestinya latihan senaman itu perlu dilakukan dengan senaman yang melampau.
Jika kamu lakukan sebegitu, hentikan dengan segera. Ini kerana, kamu akan mengalami getaran pada badan dan otot dan berkemungkinan ia boleh mencederakan otot kamu. Sekiranya kamu mengalami badan yang menggeletar, berhenti seketika untuk berehat.
Tidak salah untuk melakukan senaman bagi mengurangkan berat badan, menjaga kesihatan atau apa-apa alasan kamu dalam melakukan senaman. Tetapi kamu perlu ingat, jangan lakukan senaman sehingga ia mencederakan badan dan otot kamu. Selamat beramal.