Serabut dan pening kepala dibuatnya, menghadap sikap bos yang sering berat sebelah dan tidak menghormati pekerja wanita.
Sexism dan berat sebelah di tempat kerja bukanlah satu perkara yang asing dalam dunia pekerjaan, masalah ini kerap kali berlaku dalam mana-mana industri.
Jadi bagaimana nak tangani, apabila berhadapan dengan bos yang berat sebelah begini terhadap pekerja wanita? Ikuti kupasannya selanjutnya di bawah.
Open Table
- Foto – Woman & Home
Open table yang dimaksudkan di sini adalah kamu cuba berbincang dari hati ke hati dengan bos, ramai yang tidak berani melakukan langkah ini tetapi dengan cara ini kamu dapat mengelakkan salah faham antara kamu dan bos terutama berkaitan dengan bidang kerja.
Berkomunikasi Secara Terang Dan Logik
- Foto – How Stuff Works
Apabila berhadapan dengan bos yang jenis mood tak menentu, kamu perlu sabar dan cuba berkomunikasi secara terang dan logik dengan bos.
Walau berat sebelah macam mana sekali pun bos terhadap pekerja wanita seperti kamu, tetapi dengan jawapan yang logik dan terang, bos pun boleh terdiam nanti.
Berfikir Secara Rational
- Foto – Best Life
Kadang-kala berhadapan dengan bos yang mempunyai sikap berat sebelah dan kurang menghormati pekerja wanita, boleh membuatkan diri kita sendiri diselubungi dengan emosi dan amarah.
Tetapi sebagai pekerja yang bijak, kamu perlu berfikir secara rasional dan jaga tutur kata tatkala berhadapan dengan bos.
Sentuh Aspek Pekerjaan Dengan Fakta
- Foto – Forbes
Kalau tiba-tiba bos serang kamu dengan menyatakan prestasi kerja menurun dan tidak berkembang, mungkin kamu boleh ‘buka mata’ bos dengan memberi fakta yang jelas tatkala menyentuh aspek pekerjaan.
Sabar Dan Mental Kena Kuat
- Foto – Tenangles
Berbalik kepada perkara asas iaitu kuatkan tahap kesabaran diri dan mental kamu.
Jika apa yang bos kamu complain itu adalah perkara tidak betul, maka jadilah seperti daul keladi yang mana daunnya tidak terkesan dengan sebarang curahan air di atasnya.
Tapi jika apa yang bos kamu marahkan atau bebelkan itu menyentuh perkara yang betul, kamu harus menerima dengan hati terbuka dan perbaiki prestasi diri.
Kaunseling Minda Dan Hati
- Foto – Mental Floss
Tertekan dengan sikap bos sebegitu, kamu perlukan kaunseling minda dan hati iaitu dengan berkongsi masalah dengan orang yang kamu selesa berkongsi masalah seperti ahli keluarga, sahabat handai atau pun rakan sekerja.
Dengan cara ini, sedikit sebanyak beban dan rasa tidak puas hati dapat leraikan di jiwa kamu. Sebab itu perlunya kaunseling minda dan hati ini dilakukan bagi memulihkan kembali semangat dan keyakinan diri.
Bekerja dibawah bos yang bersikap bak bipolar ini, kena kuat semangat dan tak mudah patah hati!