Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Da’i Syed Dakwa Merogol Wanita, Fitnah Atau..

by Mas Idayu
December 3, 2020
Foto - Arkib Wanista via Instagram Da'i Syed

Foto - Arkib Wanista via Instagram Da'i Syed

Share on FacebookShare on Twitter

Nama pendakwah selebriti Da’i Syed menjadi carian orang ramai di sosial media sejak bulan November lalu, kerana didakwa merogol seorang wanita oleh seorang pengguna akaun Twitter.

Tidak lama itu, pihak polis memaklumkan terdapat enam laporan membabitkan pelbagai kesalahan seksual terhadap pendakwah selebriti tersebut.

IKLAN

Da’i Syed Buat Laporan Polis Dan Nafi Tuduhan

Foto – Arkib Wanista via Twitter

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqbal Syed Mohammad Shaiful, telah membuat laporan polis terhadap isu yang membabitkan dirinya merogol seorang wanita.

Penceramah selebriti ini membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Da’i Syed menafikan tuduhan tersebut, dan akan memfailkan saman terhadap pengguna akaun Twitter terbabit.

Foto – Arkib Wanista via Twitter Da’i Syed

6 Laporan Salah Laku Seksual, Penceramah Direman

Foto – Arkib Wanista via Instagram Da’i Syed

Selepas tuduhan pendakwah muda ini merogol seorang wanita di sosial media tersebar, pihak polis menerima enam laporan yang membabitkan penceramah selebriti tersebut.

Dimaklumkan dalam laporan tersebut, membabitkan pelbagai jenis kesalahan seksual yang dilakukan oleh penceramah selebriti ini.

Berikutan itu, pihak polis telah mereman Da’i Syed untuk membantu siasatan lanjut.

Ajak Makan Sebelum Buat, Modus Operandi Penceramah

Berdasarkan maklumat yang dikongsi di dalam video mStar Online, pihak polis menerangkan cara modus operandi bagaimana penceramah selebriti memerangkap mangsa.

Berdasarkan penerangan pihak polis dalam video tersebut, mangsa pada mulanya diajak untuk keluar makan sebelum diajak ke rumah untuk melakukan perkara tersebut.

Da’i Syed Akan Bersihkan Nama Guna Undang-Undang

Menurut peguam penceramah selebriti iaitu Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili Da’i tersebut, menyatakan anak guamannya menafi kesemua tuduhan keatasnya dan akan menggunakan undang-undang untuk membersihkan namanya semula.

Kes Masih Dalam Siasatan

Pihak polis masih menjalankan siasatan dan kes ini dijalankan dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 376 kerana merogol, Seksyen 354 kerana melakukan cabul, Seksyen 377 kerana seks luar tabii dan Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan.

IKLAN

Rujukan: 1, 2,

Tags: Da'i SyedPendakwah BebasPendakwah Didakwa Rogol WanitaPendakwah MudaSyed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan