Perang kobis jeruk antara Korea dan China semakin rancak dibualkan oleh netizen, di laman sosial media di negara masing-masing.
Apatah lagi industri kimchi kini diketuai oleh China dan bukannya Korea, hal ini telah mencetuskan kemarahan rakyat Korea kerana makanan tradisi negara mereka ‘dirampas’ oleh rakyat negara China.
Perang Jeruk kobis
- Foto – Google
Budaya memeram jeruk kobis antara China dan Korea telah lama berlaku dan kini ianya semakin menjadi-jadi apabila jeruk kobis China iaitu pao cai, yang merupakan kimchi versi China mendapat pengikhtirafan dunia.
Kimchi China Mendapat Sijil ISO
- Foto – Arkib Wanista
Beijing berjaya memenangi sijil global dari International Organization for Standardization (ISO) bagi Jeruk kobis China iaitu pao cai yang merupakan kimchi versi China ini.
Rakyat China berasa bangga kerana memenangi sijil pengikhtirafan global tersebut dan membuktikan bahawa industri kimchi diketuai oleh negara China.
Jeruk Kobis China Tiada Kaitan Dengan Kimchi Korea
- Foto – Arkib Wanista
Berikutan isu kontroversi ini, Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan memaklumkan bahawa sijil yang dikeluarkan oleh ISO tiada kaitan dengan kimchi dan pao cai adalah berbeza dari kimchi.
Perang Jeruk Kobis Tak Berkesudahan
- Foto – Arkib Wanista
Tekanan budaya dan makanan tradisional antara dua buah negara ini nampaknya semakin tegang, dan masing-masing menyatakan jeruk kobis yang dihasilkan oleh negara mereka adalah makanan asli dan budaya mereka.
Untuk mengkaji sejarah asal kimchi dan pao cai, pakar perlu tampil dengan sejarah dan data bagi mencari kebenaran perang jeruk ini.
Pao Cai Versus Kimchi
Rasanya masing-masing mempunyai sejarah makanan tradisi masing-masing, baik pao cai dan kimchi ianya merupakan makanan yang telah lama wujud di negara masing-masing sejak zaman berzaman lagi.
Jika di lihat dari sudut pembuatan pao cai dan kimchi, masing-masing menghasilkan visual yang berbeza dan cara pembuatannya juga tidak sama. Cuma persamaan yang adalah ianya, merupakan makanan yang dijeruk.
Diharap perang jeruk kobis ini dapat berakhir dengan baik.