Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kamu Mungkin Beralih Kepada Tea Herba Turki Setelah Tahu Manfaatnya

by Sofie Azizlan
December 3, 2020
31
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau drama Turki ditayangkan, penulis mesti teringin untuk rasa apabila tengok air teh yang dihidangkan dalam drama tersebut. Nampak sedap sangat dan tak sama cara penyediaannya seperti di Malaysia.

Teh Turki secara tradisionalnya berwarna hitam dan diambil dalam kuantiti yang banyak. Kamu boleh lihat bagaimana setiap orang Turki ini akan minum air tehnya tak kira waktu.

Tetapi teh Turki ini bukan sebarang teh seperti yang kita bancuh di rumah. Air panas, satu sachet serbuk teh dan gula, bukan begitu jika di Turki. Air teh mereka terdiri daripada teh herba yang memberikan manfaat terhadap kesihatan mereka.

Hami Akyuz. Foto - http://www.mynewshub.cc

Hebat! Kereta Proton Jadi Kegilaan Pemuda Turki

February 24, 2017
Foto yang memenangi anugerah World Press Photo 201. Foto - BURHAN OZBILICI

Foto Pembunuhan Duta Rusia Menang Anugerah Foto Dunia 2017

February 16, 2017

Setiap jenis teh yang diminum adalah berdasarkan atas keperluan kesihatan mereka. Jika kamu berpeluang ke Turki, terdapat banyak jenis teh yang kamu boleh perolehi berdasarkan apa yang kamu mahu untuk kesihatan badan.

Foto – World Tea News

Sampaikan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki sendiri menyarankan masyarakatnya untuk minum teh herba Turki dari pelbagai sumber iaitu tanaman di mana sebahagiannya menguatkan sistem imun dan melawan penyakit.

Jadi untuk kamu yang ingin cuba teh herba dari Turki, teh apakah yang sesuai berdasarkan keperluan kesihatan badan kamu?

Teh Bunga Linden (Ihlamurçayı)

Kebiasaannya diminum di musim sejuk, teh bunga linden ini mempunyai rasa yang ringan dan hampir sama rasanya dengan buah lemon. Jika kamu berada di bawah cahaya, warna teh ini akan menjadi warna kehijauan atau kekuningan.

Foto – Creative Market

Secara saintifiknya, teh bunga linden ini membantu dalam merawat dan melegakan selesema, batuk, sakit kepala dan meredakan demam. Selain itu, teh ini sangat sesuai untuk mereka yang berada dalam keadaan yang gelisah dan tertekan di mana ianya boleh menurunkan tekanan darah.

Teh bunga linden ini juga diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit hati dan arteriosclerosis serta individu yang mempunyai masalah pencernaan.

Teh Rosehip (Kuşburnu Çayı)

Teh rosehip ini adalah teh herba yang diekstrak dan diproses daripada buah pokok mawar. Ianya terletak di bawah kelopak bunga mawar yang berbentuk bulat.

Teh rosehip yang kaya dengan Vitamin C ini sesuai untuk mereka yang menghadapi keradangan pada tulang dan sendi seperti osteoarthritis. Manfaat lainnya adalah, teh rosehip ini boleh menstabilkan tekanan darah dan melegakan sakit rheumatic.

IKLAN

Foto – Sencha Tea Bar

Dalam pada masa yang sama, ia juga boleh mencegah pembentukan sel kanser dan dapat mengelakkan seseorang daripada menghidapi penyakit diabetes.

Teh Sage (Ada Çayı)

Teh Sage ini terkenal dalam fungsinya yang menurunkan gula dalam darah dan memberikan feeling yang menenangkan selepas meminumnya.

Foto – The Ege Eye

Teh ini juga dapat membersihkan hati, toksin yang berbahaya dan melawan tekanan. Dalam pada masa yang sama, teh ini boleh dijadikan sebagai ubat kumur selain ia dapat melegakan gejala bronchitis dan asma serta mereka yang mempunyai sakit tekak.

Pengecualian kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan darah, beberapa pakar menyarankan pesakit ini untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor sebelum meminumnya.

Teh Fennel (Rezene Çayı)

Dalam dunia perubatan, teh fennel ini memberikan manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengan perut dan pencernaan.

Foto – Life Health

Jika kamu mempunyai sakit perut, kekejangan dan kontraksi, teh ini dapat membantu dalam menghasilkan hempedu yang dapat mengurangkan kesakitan tersebut. Selain itu, teh ini juga dapat melegakan sakit gigi dan batuk yang berpanjangan.

Teh Echinacea (Ekinezya Çayı)

Sesuai untuk mereka yang mempunyai simptom selesema dan selesema yang berpanjangan. Sifat antivirus yang terdapat pada teh ini boleh mencegah daripada tekak dan paru-paru rosak.

Foto -Shutter Stock

Antivirus dalam teh ini dapat mengawal beberapa faktor yang menyebabkan keradangan pada bahagian tekak dan paru-paru yang berpunca oleh virus. Untuk minum teh ini, kamu boleh mencampurkannya dengan madu.

Teh Bunga Raya (Ebegümeci Çayı)

Teh bunga raya ini diperbuat daripada tumbuhan yang dinamai Mallow. Tumbuhan ini terdiri dalam golongan keluarga bunga raya dan hollyhock.

Foto – She Knows

Teh ini mempunyai antioksidan, sokongan imuniti dan Vitamin C serta dapat meningkatkan kadar lipid dalam darah apabila diminum secara berkala. Selain itu, ia juga mempunyai kesan anticoagulant.

Jadi bagi mereka yang mengambil ubat tertentu terutamanya pesakit darah tinggi atau diuretics, pesakit ini mestilah mendapat nasihat daripada doktor sebelum meminumnya.

Walaupun kita rasa semua teh sama sahaja rasa dan fungsinya, tetapi berbeza di Turki. Mempunyai khasiat dan rasa tersendiri, ia membuatkan teh herba ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Turki.

RUJUKAN: 1, 2

Tags: kebaikan teh herba turkimanfaat teh herba turkiteh herbateh herba turkiteh turkiturki
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Berubah 360° Dengan Pembedahan Plastik, Beza Sangat Muka Seo Ye Ji Yang Dulu!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.