Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Menggelikan, 6 Selebriti Ini Sanggup Makan Serangga Untuk Protein

by Sofie Azizlan
December 3, 2020
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kembang tekak bila tengok selebriti-selebriti ini makan serangga sebagai salah satu alternatif untuk mendapatkan sumber protein secara original.

Serangga yang dikatakan sebagai makan bagi sesuatu negara, etnik dan kaum. Lebih daripada 2 bilion manusia di seluruh Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Amerika Tengah mengatakan serangga sebagai sumber protein yang terbaik.

Terdapat lebih daripada 2000 spesies serangga yang berbeza yang boleh dimakan. Dan beberapa selebriti ini telah dikatakan mengambil serangga sebagai rutin diet mereka.

Angelina Jolie Dan Anaknya

Serangga yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, Angelina dan anaknya gemar memakan serangga sebagai rutin diet mereka.

Menerusi BBC ketika merakam sebuah dokumentari di Kemboja, Angelina memberi isyarat kepada anak-anaknya untuk memakan cengkerik dan kemudiannya diikuti dengan tarantula.

Angelina dan anaknya yang gemar akan serangga memberitahu bahawa Maddox dan Pax memakan cengkerik seolah-olah mereka adalah Doritos.

Nicole Kidman 

Nicole Kidman mengaku bahawa dia adalah salah seorang daripada jumlah 2 bilion manusia yang memakan serangga.

Menerusi Vanity Fair’s Secret Talent Theatre, Nicole dilihat memakan empat hidangan serangga. Dia yang tidak membazirkan peluang itu, telah memakan kesemua serangga itu.

Dia juga mencadangkan penonton yang menonton video tersebut untuk mencuba cengkerik dan belalang goreng.

Zac Efron 

Zac Efron yang dilihat menemui penyelesaian kepada beberapa masalah, telah mengambil serangga sebagai makanannya melalui dokumentari Down To Earth.

Tidak asing dengan serangga dan beberapa binatang yang eksotik, Zac telah dicabar untuk memakan kala jengkin bersama roti bakar di rancangan George Lopez. Dalam pada masa yang sama dia juga mengatakan cengkerik di Taiwan lebih enak rasanya.

IKLAN

Justin Timberlake

Siapa sangka lelaki kacak sebegini suka memakan serangga. Pada pelancaran albumnya, iaitu Man of the Woods, Justin telah menyediakan beberapa menu yang menarik perhatian orang ramai.

Foto – Pinterest / Twitter

Antara menu yang dihidangkan olehnya adalah semut yang diselaputi dengan bawang putih dan minyak mawar serta belalang. Menu-menu tersebut dihidangkan oleh salah satu restoran yang terkenal di dunia, iaitu Copenhagen’s Noma.

Shailene Woodley

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Shailene Woodley? Pelakon ini pernah dikatakan memakan tanah liat dan bone broth dalam dietnya bagi ‘mencuci’ badan daripada toksin secara semula jadi.

Pada tahun 2015, dia mengatakan bahawa serangga merupakan masa depan dalam konteks makanan dan planet. Shailene juga mempercayai serangga sebagai sumber utama dan ramai orang boleh mendapat nutrisi daripadanya secara terus.

Serangga kegemarannya adalah semut dan June bugs.

Salma Hayek 

Ketika bersiaran secara langsung di rancangan David Letterman, Salma Hayek memberitahu kepadanya bahawa serangga merupakan makanan rujinya sejak kecil lagi.

Menu makanan yang pernah dimakan olehnya adalah semut goreng yang dimakan bersama guacamole dan belalang yang mempunyai rasa smoky.

Pelakon Mexico-Amerika-Lubnan tersebut juga mengatakan serangga goreng dijadikan sebagai minuman berakohol secara tradisional di Mexico.

Sesetengah orang boleh memakan serangga begitu sahaja tetapi ada yang tidak boleh menerimanya. Jika kamu melancong ke luar negara, pastikan dahulu makanan yang ingin dibeli, takut kamu termakan serangga.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: selebriti makan seranggaselebriti suka seranggaserangga dan selebritiserangga sumber proteinsumber protein
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.