Macam mana anda boleh terfikir yang vaseline boleh membesarkan saiz buah zakar yang kecil?
Kita tahu ada sebilangan lelaki yang agak insecure tentang ukuran zakar mereka. Pemikiran seperti “bagaimana nak membuatkan zakar lebih besar”, “bagaimana nak puaskan pasangan.”
Disebabkan itu munculnya kaedah dan produk yang kononnya berfungsi serta mampu realisasikan impian, walhal ia tidak betul sama sekali. Dan salah satu yang paling popular adalah menggunakan vaseline.
Lelaki Guna Vaseline Besarkan Saiz
Dilaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun pergi ke hospital selepas dia mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan.
Didapati kemaluannya bisul sehingga mengeluarkan bau kurang menyenangkan serta berdarah. Keadaan itu membuatkan dirinya merasa lemah dan demam.
- Foto – Arkib Wanista
Lelaki tidak dikenali itu menjelaskan kepada doktor bahawa dia telah menyuntik sendiri vaseline ke dalam zakar, dalam usaha untuk meningkatkan ukuran zakarnya.
Keadaan itu memaksa dia melakukan tiga operasi untuk membuang semua tisu yang dijangkiti dan reput, kebanyakannya melibatkan scrotum.
Doktor melaporkan terdapat banyak jeli petroleum di sekitar zakar yang dikeluarkannya. Mereka mendiagnosisnya dengan jenis gangren yang disebut Fournier gangrene. Fournier gangrene biasanya berlaku kerana jangkitan dekat alat kelamin.
Jeli Petrolelum Tak Bahaya Tetapi Tak Disyorkan Doktor
Jeli petroleum mungkin sering disarankan oleh pakar dermotologi sebagai pelembap, dan ia tidak berbahaya pada kulit.
- Foto – Business Insider
Tetapi untuk disuntik ke dalam zakar, terutama sebagai cara untuk membuatnya lebih besar sangat tidak selamat dan tidak ada doktor yang mengesyorkan tindakan ini.
Diakui meletakkan jeli petroleum dah cukup buruk, dan tindakan lelaki itu menjadikannya bertambah haru dengan menggaru, memecahkan kulit sehingga mencetuskan bakteria dan jangkitan. Itu akhirnya memutuskan bekalan darah ke tisu dan menyebabkan Fournier gangrene.
Vaseline Tak Boleh Besarkan Zakar
Vaseline atau apa saja produk berasaskan petroleum atau bukan petroleum seperti aloe vera tidak akan meningkatkan ukuran zakar.
- Foto – Spoon
Ukuran zakar anda ditentukan oleh genetik. Tidak ada apa-apa, melainkan pembedahan yang boleh anda lakukan untuk mengubahnya.
Zakar anda mungkin bertambah besar semasa anda mengoles krim ini tetapi peningkatannya adalah ereksi semata-mata kerana rangsangan seksual, bukan kerana alasan perubatan.
Hukum Besar & Panjangkan Zakar
Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;
- Ia menjadi HARAM apabila bertujuan ke arah melakukan zina dan maksiat, membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri
- Ia dikira HARUS apabila bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga dan bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap lelaki ingin mempunyai zakar besar, panjang dan tebal. Ada lelaki yang sanggup mencari teknik dan pelbagai cara untuk menjadikan zakarnya lebih besar.
Walaupun wanita tidak mengakuinya, tetapi mereka mendapati lelaki yang mempunyai zakar panjang dan tebal, lebih maskulin, menarik dan seksi. Ye ke? Tepuk dada, tanya selera!