Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Wanita Kayuh Basikal 10 Batu Sambil Berbogel, Untuk Cari Dana Kesihatan Mental

by Mas Idayu
December 4, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Di London, seorang wanita sanggup mengayuh basikal sekeliling bandar London sejauh 10 batu untuk mencari dana untuk kesihatan mental.

Tapi apa yang menarik di sini adalah, wanita ini mengayuh basikal sambil berbogel ketika mengelilingi bandaraya London untuk mencari dana mengatasi masalah kesihatan mental.

IKLAN

Terpanggil Untuk Melakukan Sesuatu

Foto – Get Reading

Kerri Barnes terpanggil untuk melakukan sesuatu apabila melihat statistik kes kesihatan mental semakin meningkat naik, dan dirinya sendiri terkesan apabila tragedi bunuh diri berlaku pada salah seorang sepupunya.

Berbasikal Sambil Bogel

Foto – Ladbible

Idea berbasikal sambil bogel yang diberikan oleh rakan serumahnya, membuatkan Kerri berasa ianya sesuatu yang menarik untuk dilakukan.

Kerri menyahut cabaran berbasikal sambil berbogel pada bulan November lalu, disamping mencari dana Kerri juga menyebarkan tentang kesedaran kesihatan mental untuk mencegah keinginan bunuh diri dalam masyarakat.

Pentingnya Kesedaran Kesihatan Mental

Foto – Ladbible

Kerri yang terpanggil untuk melakukan sesuatu selepas melihat statistik kes bunuh diri kian meningkat dan ditambah pula dengan ahli saudara terdekatnya bunuh diri, menunjukkan betapa pentingnya kesedaran kesihatan mental dalam diri manusia.

Cari Dana Untuk MIND, Kayuh Basikal 10 Batu

Foto – Arkib Wanista via Ladbible

Kerri yang berbasikal secara bogel sejauh 10 batu di sekitar bandaraya London, bertujuan untuk mengutip dana bagi pusat kesihatan mental yang dikenali sebagai MIND, klik sini untuk derma.

Dirinya berharap dengan mengelilingi kota London sambil berbasikal dapat menarik ramai orang untuk menderma dalam tabung kesihatan mental ini dan memberi kesedaran tentang kesihatan mental secara tidak langsung kepada orang awam.

Tidak dinafikan ramai sebenarnya mengalami masalah mental dan kini ditambah pula dengan penularan pandemik yang memaksa orang ramai menjaga penjarakan sosial, membuatkan diri diisolasi dan terpinggir dari masyarakat.

RUJUKAN

IKLAN
Tags: Berbasikal Di Kota LondonCegah Bunuh DiriKayuh Basikal Sambil BogelKesedaran Kesihatan MentalKutip Dana Kesihatan MentalMIND
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan