• Latest
Sebenarnya Pimple Patch Betul Berkesan Atau Hanya Scam?

Sebenarnya Pimple Patch Betul Berkesan Atau Hanya Scam?

December 4, 2020
Kekal Berseri Ketika Zoom Meeting, Oles Gincu Vogue Meletup Ala Selebriti

Kekal Berseri Ketika Zoom Meeting, Oles Gincu Vogue Meletup Ala Selebriti

January 28, 2021
Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

January 28, 2021
Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

January 28, 2021
Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

January 28, 2021
6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

January 27, 2021
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

January 27, 2021
Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

January 27, 2021
Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

January 27, 2021
Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

January 27, 2021
Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

January 27, 2021
Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

January 27, 2021
Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

January 27, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Sebenarnya Pimple Patch Betul Berkesan Atau Hanya Scam?

Sofie Azizlan by Sofie Azizlan
December 4, 2020
Sebenarnya Pimple Patch Betul Berkesan Atau Hanya Scam?
26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Boleh dikatakan sebagai kawan baik tidak kira lelaki atau perempuan, pimple patch ini selalu akan penuh di setiap bahagian muka yang berfungsi dalam menghilangkan jerawat. Kamu mesti pernah lakukannya, betul tak?

Pimple patch ini mempunyai pelbagai jenis saiz mengikut jerawat. Ianya yang mudah didapati dan harga yang berpatutan, kamu boleh membelinya di farmasi atau kedai kecantikan seperti Guardian dan Watsons.

Walaupun ada sesetengah orang yang menggunakan pimple patch ini berkesan dan ada yang tidak, sebenarnya ia betul-betul berkesan atau hanya sekadar trending untuk mereka yang mempunyai jerawat?

Sebenarnya Apa Itu Pimple Patch?

Pimple patch ini adalah adhesive sticker yang boleh dipakai secara terus pada jerawat dan dibiarkan untuk seketika.

Menggunakan hyrocolloid sebagai bahan utama dalam pimple patch, ianya juga terkenal dan digunakan dalam penyembuhan luka.

Foto – Allure / Healthline

Hyrocolloid ini digunakan adalah untuk menjadi pelindung dan menyerap cecair serta minyak dari jerawat sementara mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan seseorang itu breakout.

Sesuai untuk mereka yang mempunyai jerawat yang merah dan keradangan yang menyebabkan breakout kerana ia bantu mengeluarkan minyak berlebihan tanpa merengsakan kulit serta cepatkan proses penyembuhan.

Berkesan Atau…

Kebanyakkan pakar dermatologi akan menyarankan mereka yang mempunyai jerawat ini memakai pimple patch. Kenapa?

“Pimple patch dapat membantu jerawat sembuh dalam tempoh yang singkat. Terutamanya mereka yang mempunyai jerawat yang bernanah dan keradangan pada lesion.

Tetapi mereka yang mempunyai luka jerawat yang kering, whitehead atau blackhead, pimple patch ini tidak begitu berkesan ke atasnya.” – Papri Sarkar, MD

Foto – Girls Life

Dalam pada masa yang sama, pimple patch ini sangat sesuai bagi mereka yang sering sentuh setiap bahagian muka terutamanya jerawat. Ini kerana tangan yang kotor boleh menyebabkan lesion jerawat makin teruk dan sukar sembuh serta meninggalkan bekas luka.

Untuk pengetahuan kamu, pimple patch ini tidak berkesan kepada semua jenis jerawat. Ia hanya sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai jerawat papula yang semakin meradang di mana ianya menjadi bengkak merah dan lebam pada permukaan kulit.

Macam Mana Pimple Patch Berfungsi?

Penting untuk setiap orang faham tentang pimple patch dan jenis jerawat yang berkesan ketika menggunakannya atau tidak.

Walaupun pimple patch ini diwar-warkan sebagai merawat jerawat, tetapi ianya hanya merawat jerawat yang berada di permukaan kulit sahaja dan bukannya jerawat yang dalam seperti cystic acne.

Foto – Pink Villa

Pimple acne yang dibuat daripada hyrocolloid yang turut digunakan sebagai dressing bagi penyembuhan luka yang kronik. Jadi pimple patch ini boleh dikatakan sebagai mini-dressing untuk luka yang kecil di wajah.

Hyrocolloid yang digunakan pada bahagian wajah ini dapat menyerap cecair dan minyak sehingga jerawat menjadi kering. Apabila ia menyerap toksin yang berada di bawah kulit, pimple patch dapat lindungi zit daripada terdedah dengan bakteria luar, sinaran matahari atau tangan yang kotor.

Pimple Patch Yang Paling Best

Sekiranya kamu ingin cuba dan tidak tahu untuk membeli pimple patch yang mana, penulis ada beberapa cadangan yang boleh membantu kamu.

NEXCARE Acne Patch – Day & Night [BELI]

Foto – Watsons

Innisfree Bija Trouble Focusing Patch [BELI]

Foto – Hermo

OXY Acne Patch 0.03 [BELI]

Foto – Shopee

COSRX Acne Pimple Master Patch [BELI]

Foto – COSRX

MIACARE Acne Patch Day & Night [BELI]

Foto – Pinterest

Kalau sebelum ini, beli sahaja pimple patch dan tidak berkesan. Sekarang kamu dah tahu tentang pimple patch, jadi sesuaikan dengan jenis jerawat yang kamu ada, barulah ia boleh berkesan!

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: cystic acnejenis jerawat dan pimple patchjerawat papulajerawat pimple patchpimple patchpimple patch berkesanpimple patch tidak berkesan
Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Kekal Berseri Ketika Zoom Meeting, Oles Gincu Vogue Meletup Ala Selebriti
Kecantikan

Kekal Berseri Ketika Zoom Meeting, Oles Gincu Vogue Meletup Ala Selebriti

January 28, 2021
Wanista Bocor Rahsia Karisma Kapoor Selfie Tanpa Mekap, Tetap Cantik!
Kecantikan

Wanista Bocor Rahsia Karisma Kapoor Selfie Tanpa Mekap, Tetap Cantik!

January 26, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan