Rasanya mana-mana wanita pasti akan merasa perasaan berdebar, gementar, gemuruh, segan dan teruja bercampur-baur dalam diri tatkala menghadapi malam pertama bersama suami tercinta.
Tapi apabila memikirkan diri bakal menghadapi malam pertama, membuatkan diri berasa gugup dan tidak tahu nak buat apa betul tak?
Ini beberapa perkara yang boleh kamu lakukan sebagai persediaan untuk malam pertama!
Persediaan Mental Dan Fizikal
- Foto – Huffpost
Sebelum menghadapi malam pertama kamu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dahulu, persediaan mental disini bermaksud kamu pasrah dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Manakala persediaan dari segi fizikal pula, kamu boleh lakukan dengan berkunjung ke spa untuk dapatkan urutan dan penjagaan tubuh badan khas untuk pengantin.
Bertenang
Mana-mana wanita pasti akan berasa gemuruh dan berdebar tatkala berada dalam bilik berdua dengan pasangan, tetapi cuba kawal perasaan kamu dan tenangkan hati serta fikiran.
Komunikasi Bersama Pasangan
- Foto – Pop Sugar
Untuk mengurangkan rasa berdebar pada malam pertama kamu boleh berbual dengan pasangan, cuba bercerita saat kamu mula-mula bertemu dengan pasangan dan percayalah malam pertama kamu akan ditemani dengan memori kisah percintaan kamu dan dia.
Perlu Tahu Serba Sedikit Posisi Di Ranjang
Sebagai isteri kamu perlu tahu serba sedikit mengenai posisi di ranjang barulah malam pertama kamu dan pasangan lebih berahi dan mengasyikkan.
Perlu Sediakan Diri, Pengalaman Pertama Memang Menyakitkan
- Foto – Good Dating Apps
Pengalaman malam pertama memang menyakitkan bagi mana-mana wanita, oleh itu kamu perlu sediakan diri secara mental untuk melaluinya.
Sediakan Bahan Pelincir
Sebelum menghadapi malam pertama elok kamu sediakan bahan pelincir di dalam bilik tidur, sama ada nak guna atau tidak ianya bergantung pada masing-masing.
Lingerie Seksi Untuk Naikkan Semangat Kamu
- Foto – Arkib Wanista
Pemilihan lingerie sangat penting buat wanita terutama pada malam pertama, lingerie yang kamu pilih boleh menjadi kekuatan dan menonjolkan semangat serta diri sebenar kamu kepada suami.
Menghadapi malam pertama pastinya akan menyebabkan kamu dan pasangan menjadi segan dan juga kekok, dalam urusan di bilik tidur kamu dan pasangan perlu teroka secara perlahan-lahan untuk menikmati malam pertama.
Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat, selamat beramal♥