Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Fasih Bahasa Jepun Dengan 5 Tips Yang Mudah Ini!

by Sofie Azizlan
December 4, 2020
28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Macam mana nak pergi melacong ke Jepun kalau bahasa Jepun pun tak fasih?”

Kalau kamu mahu melancong ke Jepun, tidak menjadi masalah untuk berbahasa Inggeris. Tetapi tidak salah kalau kamu belajar beberapa perkataan dalam bahasa Jepun untuk memudahkan komunikasi di sana.

Seperti bahasa Inggeris juga, pada awalnya sedikit susah kerana tidak faham selok belok penggunaan ayat dan perkataan tetapi apabila dilatih dan kerap mengulang, ianya menjadi mudah.

Jadi, apply konsep yang sama ketika mempelajari bahasa Jepun. Selain itu dengan hanya mengikuti 5 tips ini, kamu boleh kuasai bahasa Jepun dengan mudah tanpa perlu menghadiri kursus bahasa.

#1 Tujuan Dan Minat 

Mesti kamu pernah dengar ibu bapa mengatakan kalau mahu mempelajari atau melakukan pekerjaan, ia mesti disertakan dengan minat dan tujuan. Jika tidak, kamu pasti akan menghadapi kesukaran.

Foto – Savvy Tokyo

Sama seperti mempelajari bahasa Jepun, kamu perlu melihat kembali apakah tujuan kamu. Jika untuk belajar dan memahami bahasa ini, ianya akan menjadi mudah dan kamu akan enjoy mempelajari bahasa Jepun.

#2 Kenali Huruf Dalam Bahasa Jepun 

Pertama sekali, kamu mesti mengenali huruf dalam bahasa Jepun. Ia sangat penting kerana dari situlah kamu boleh menguasai kosa kata yang ada.

Foto – The True Japan

Sebagai permulaan, kamu boleh mempelajari huruf Hiragana, Katakana dan kemudiannya Kanji. Tulis setiap huruf yang ada dan hafal. Untuk memudahkan, kamu boleh menghafal setiap satu huruf dengan menulis semula huruf tersebut secara berulang-ulang kali.

Setelah yakin, cuba untuk sebutkan setiap satu huruf yang kamu pelajari tanpa melihat mana-mana rujukan mahupun bantuan orang lain.

#3 Tengok Rancangan Dalam Bahasa Jepun 

Strategi yang digunakan oleh orang Jepun bagi menarik ramai orang mempelajari bahasanya adalah dengan menghasilkan rancangan seperti anime. Melalui anime, ramai yang menjadi ‘taksub’ mahu dan menguasai kota kata bahasa Jepun dengan mudah dan cepat.

IKLAN

Foto – Life Wire

Tips ini sering dilakukan oleh ramai orang kerana mudah dan cepat. Ramai orang terutamanya lelaki ingin mempelajari bahasa Jepun kerana ia memudahkan mereka menonton rancangan dalam bahasa Jepun seperti anime tanpa memerlukan sari kata.

#4 Mendengar Lagu 

Seperti menghadiri kelas bahasa Jepun, kamu juga boleh mengambil bahagian dalam listening section untuk menguji kepekaan dan kefahaman terhadap bahasa Jepun.

Foto – Pinterest

Kamu hanya perlu mendengar lagu dalam Bahasa Jepun sahaja, ianya seperti menghadiri kelas listening ketika kursus bahasa. Cuba untuk dengar satu lagu untuk satu hari. Sementara itu, kamu boleh menyanyi sambil membaca liriknya.

Melalui aktiviti begini, kamu akan menemui dan mempelajari perkataan-perkataan baru serta  dapat menambah kosa kata bahasa Jepun.

#5 Bercakap Menggunakan Bahasa Jepun

Tips terakhir ini kamu boleh lakukan apabila sudah yakin dengan kosa kata dan pemahaman kamu tentang bahasa Jepun.

Foto – Thought Co

Cuba untuk bercakap dengan rakan yang mempelajari Bahasa Jepun atau orang Jepun sendiri. Dari sini mereka akan membantu kamu berlatih dan membetulkan cara penggunaan ayat, sebutan atau penambahan kosa kata.

Jadi jangan takut untuk berlatih bercakap menggunakan bahasa Jepun kerana ia boleh memperbaiki kesilapan kamu dalam bahasa ini.

Sekiranya kamu melakukan 5 tips ini secara berulang-ulang, tidak mustahil dalam masa beberapa bulan sahaja Bahasa Jepun kamu akan fluent dan faham akan maksudnya tanpa memerlukan bantuan.

RUJUKAN: 1, 2

Tags: bahasa jepunbelajar bahasa jepuncakap jepun dengan fasihfasih bahasa jepunhiraganakanjikatakanakosa kata bahasa jepun
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

10 Tahun Pengguna TikTok Ini Merana, Tapi Lepas Guna CeraVe Kulit Flawless Gila!

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.