Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Nutrisi Sebenar Ikan Tuna Dalam Tin Kamu Kena Tahu

by Malisa Aina
December 4, 2020
Foto - Clean Plates

Foto - Clean Plates

30
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ikan tuna dalam tin miliki lebih banyak nutrisi berbanding ikan segar? Kalau nak kurus, ikan tuna dalam tin adalah pilihan terbaik?

Betul ke kenyataan di atas? Ikan tuna adalah salah satu jenis makanan laut yang paling popular dan sentiasa menjadi pilihan. Kita makan ketika sarapan, snek ringan, atau dibuat masak, ikan tuna pilihan seisi keluarga.

Selain rasanya yang penuh, manis, tuna diakui sangat berkhasiat. Tuna adalah sumber vitamin B12 yang sangat baik, vitamin penting yang diperlukan untuk membuat DNA. Vitamin B12 juga membantu anda membentuk sel darah merah baru dan mencegah perkembangan anemia.

Foto - Wabisabi Sushi and Noodles Bar

Anda Peminat Sashimi? 5 Tempat Terbaik di Lembah Klang Boleh Anda Cuba

December 12, 2016

Amalkan Ikan Tuna – 7 Khasiat Tersembunyi

November 11, 2014
Foto – Mashed.com

Tapi bagaimana pula dengan ikan tuna dalam tin, adakah khasiatnya sama seperti ikan segar? Ikan tuna dalam tin mudah didapati dan tinggi protein, tetapi adakah ia sihat?

Nutrisi Ikan Tuna

Ikan tuna segar

  • Kalori ikan tuna: 31
  • Jumlah lemak: kurang 1 gram
  • Lemak tepu: kurang 0.5 gram
  • Kandungan omega-3: DHA (25 mg), EPA (3 mg)
  • Kolesterol: 11 mg
  • Garam: 13 mg
  • Protein: 7 gram

Ikan tuna dalam tin, bersama minyak

  • Kalori ikan tuna: 56
  • Jumlah lemak: 2 gram
  • Lemak tepu: kurang 1 gram
  • Kandungan omega-3: DHA (29 mg), EPA (8 mg)
  • Kolesterol: 5 mg
  • Garam: 118 mg
  • Protein: 8 gram

Ikan tuna dalam tin, bersama air

IKLAN

  • Kalori ikan tuna: 24
  • Jumlah lemak: kurang 1 gram
  • Lemak tepu: kurang 0.5 gram
  • Kandungan omega-3: DHA (56 mg), EPA (8 mg)
  • Kolesterol: 10 mg
  • Garam: 70 mg
  • Protein: 6 gram

Ikan Tuna Dalam Tin Bersama Minyak & Air

Ikan tuna dalam tin cenderung lebih tinggi garam daripada yang segar. Walau bagaimanapun, jumlah kalori dan jumlah lemak total dan lemak tepu bergantung kepada sama ada tuna dibungkus dalam minyak atau air.

Kandungan nutrien boleh berbeza antara jenama berdasarkan bagaimana tuna dibungkus, jadi sebaiknya periksa label.

Foto – Catatan Sue Izza

Ikan tuna yang dibungkus bersama air mungkin lebih tinggi asid docosahexaenoic (DHA).

DHA adalah sejenis asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk kesihatan otak dan mata. Selain itu, tuna segar dan dalam tin adalah sumber yang baik dari beberapa vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin D, selenium, dan iodin.

Ikan Tuna Dalam Tin Baik Untuk Diet

Dapat disimpulkan, tuna berisi air dan minyak adalah sumber protein yang baik dan rendah lemak tepu. Walau bagaimanapun, tuna dalam tin yang dibungkus bersama minyak cenderung lebih tinggi kalori dan jumlah lemak.

Foto – Azhan.co

Jadi, tuna dalam tin adalah pilihan yang baik kerana ia rendah dengan kalori tetapi tinggi kandungan protein. Diet yang tinggi protein dikaitkan dengan manfaat penurunan berat badan, termasuklah cepat berasa kenyang dan kurang berasa lapar.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: ikan tunaikan tuna bertinikan tuna dalam tinkhasiat ikan tunanutrien ikan tunanutrisi ikan tuna dalam tintuna
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.