Menjadi trending terutamanya ketika negara menghadapi pandemik Covid-19, aplikasi TikTok telah mencapai jumlah hampir 1 bilion muat turun berbanding Facebook dan Instagram.
Hanya berdurasi sehingga 15 saat sahaja, pengguna boleh memuat naik video klip mereka dalam aplikasi tersebut menggunakan akaun peribadi. Jika dilihat pelbagai jenis video klip dari masakan, rutin harian sehingga video klip menari juga dimuat naik.
Kebanyakkan pengguna TikTok ini banyak terdiri daripada kanak-kanak. Disebabkan oleh itu, ibu bapa banyak meluahkan rasa bimbang apabila melihat anak-anak mereka semakin ‘taksub’ kerana ia boleh mendatangkan bahaya.
Siapa sangka aplikasi sebegitu boleh menyebabkan kehidupan seorang kanak-kanak boleh diancam bahaya? Jadi untuk ibu bapa, kamu perlu pantau anak-anak jika tidak mahu bahaya ini terjadi.
#1 Pemangsa Pedofilia
Seperti aplikasi sosial media yang lain, TikTok juga boleh menghubungkan sesiapa sahaja tanpa mengira jarak mereka. Menjadi bahaya kepada anak-anak adalah di sebalik akaun-akaun yang melihat video klip mereka berkemungkinan salah seorang pedofilia.
Aplikasi ini yang mempunyai fungsi dalam mesej secara langsung atau komen kepada pemilik akaun, ini boleh menyebabkan anak kamu berbual dengan sesiapa sahaja. Jadi, ini adalah salah satu cara yang mudah untuk pedofilia mendekati mereka.
#2 Kandungan Tidak Sesuai
Walaupun aplikasi ini boleh diubah tetapan akaun, tetapi disebabkan oleh recommendations atau banyak viewers, video-video yang dielakkan boleh muncul semula di timeline akaun peribadi.
Antara kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak adalah video keganasan, seksual, perkauman atau trend yang tidak sesuai dengan usia mereka. Apabila mereka menonton, tidak mustahil untuk mereka mengikuti dan melakonkan semula video tersebut.
#3 Menyebabkan Kegelisahan
Fungsi ‘Reactions‘ pada aplikasi TikTok juga dapat membuatkan anak-anak didorong untuk menghasilkan content. Ini kerana fungsi tersebut bermaksud penonton akan menghasilkan video yang digemari oleh mereka dengan aksi rakaman sendiri.
Walaupun ia membuatkan anak-anak menjadi kreatif tetapi aplikasi ini juga boleh menyebabkan kegelisahan berlaku dalam diri mereka. Ini kerana mereka akan terdesak untuk menghasilkan lebih banyak video untuk dimuat naik ke akaun peribadi.
Jika video yang dimuat naik tidak mendapat sambutan, sudah semestinya ia akan membuatkan anak-anak menjadi gelisah dan fikir untuk melakukan content yang berbahaya bagi menarik penonton untuk melihatnya.
#4 Mangsa Cyberbully
Paling membimbangkan para ibu bapa apabila ia berkaitan dengan cyberbully. Anak-anak yang menjadi mangsa kepada situasi ini akan mudah mengalami kemurungan dan gelisah akibat dibuli.
Berbeza dengan aplikasi lain, kanak-kanak yang menggunakan TikTok sangat mudah untuk diserang oleh pembuli-pembuli di dunia maya berbanding dengan realiti. Mereka yang mudah membuli ini akan membuat lebih banyak akaun palsu yang bertujuan untuk membuli tanpa ditangkap.
Sebagai ibu bapa, kamu perlu kerap bertanya dan berbincang dengan anak-anak untuk mereka tahu apa yang baik dan tidak baik dalam kehidupan mereka. Walaupun dikatakan kolot kerana memantau pergerakan anak di media sosial, percayalah ini cara terbaik untuk melindungi mereka.