• Latest
Bulan Madu Sebagai ‘Ritual’ Pengantin Baru, Lokasi Ini Paling Best

Bulan Madu Sebagai ‘Ritual’ Pengantin Baru, Lokasi Ini Paling Best

December 6, 2020
Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Nak Bagi Lagi Rangup Udang Goreng, Yatie Sendayu Tinggi Beri Tips

Nak Bagi Lagi Rangup Udang Goreng, Yatie Sendayu Tinggi Beri Tips

January 21, 2021
10 Makanan Yang Kamu Makan Banyak Mana Pun Tetap Kurus

10 Makanan Yang Kamu Makan Banyak Mana Pun Tetap Kurus

January 21, 2021
Kenapa Orang Jepun Suka Sangat Makan Ikan Mentah, Sedap Ke?

Kenapa Orang Jepun Suka Sangat Makan Ikan Mentah, Sedap Ke?

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

Bulan Madu Sebagai ‘Ritual’ Pengantin Baru, Lokasi Ini Paling Best

Sofie Azizlan by Sofie Azizlan
December 6, 2020
Bulan Madu Sebagai ‘Ritual’ Pengantin Baru, Lokasi Ini Paling Best
30
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pasangan yang baru berkahwin, tidak lengkaplah perkahwinan mereka jika tiada bulan madu. Pada waktu ini lah mereka akan meluangkan masa bersama dan mengenali diri pasangan dengan lebih rapat.

Ramai pasangan yang sudah lama berkahwin mengatakan bulan madu ini sangat membantu mereka bagi menempuh alam perkahwinan. Dari sinilah bibit percintaan menjadi lebih kuat dan semakin sayang menyayangi antara satu sama lain.

Tidak mahal pun tidak mengapa, melihat kepada bajet setiap pasangan, kamu boleh organize bulan madu kamu menjadi momen yang paling bermakna dalam hidup kamu dan pasangan.

IKLAN

Jadi penulis cadangkan beberapa tempat di Malaysia ini boleh dijadikan sebagai destinasi bulan madu kamu dengan pasangan.

Pulau Langkawi, Kedah 

Dikenali sebagai Permata Kedah , lokasi ini sangat sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Dengan sedikit kelainan, kamu dan pasangan boleh mencipta suasana dan momen makan malam yang romantik di atas kapal layar.

Foto – Klook.com

Dikelilingi hampir 104 pulau eksotik, jika kamu dan pasangan suka melakukan aktiviti, tidak rugi untuk cuba berkayak, menaiki parasailing atau snorkeling di Pulau Langkawi.

Pulau Mabul, Sabah 

Terkenal dalam kalangan mereka yang suka akan pantai dan laut, pulau ini diiktiraf sebagai salah satu destinasi yang terbaik untuk para penyelam. Jika kamu dan pasangan gemar melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam, lokasi ini patut ada dalam senarai kamu.

Foto – Borneo Travel

Selain itu, pulau ini sesuai untuk pasangan berkahwin kerana Pulau Mabul dikatakan mirip seperti Pulau Bora-Bora iaitu salah satu tempat bulan madu yang romantik di dunia!

Kinabatangan, Sabah 

Kamu dan pasangan adalah pencinta alam semula jadi? Lokasi di Sabah ini pasti menarik perhatian kamu. Dalam menikmati keindahan alam semula jadi dalam keadaan yang berbeza, kamu boleh pergi ke River Safari di Kinabatangan.

Foto – Stuff.co

Kamu dan pasangan akan menaiki bot untuk menyusuri tasik Kinabatangan bagi melihat kehidupan liar dengan lebih dekat. Beberapa haiwan liar yang kamu boleh lihat di sepanjang sungai ini adalah Orang Utan, Red Leaf Monkey dan Badak Sumbu.

Cameron Highlands, Pahang 

Bagi pasangan yang gemar akan suasana yang tenang dan pemandangan menghijau yang indah, kamu boleh pertimbangkan Cameron Highlands sebagai destinasi bulan madu.

Foto – Pin Cuti / Libur

Di sini, kamu dan pasangan boleh melakukan aktiviti melawat ladang teh dan menikmati teh yang dihasilkan secara langsung di situ atau memetik buah strawberi yang segar. Buat pasangan yang suka bergambar, lokasi yang Instagrammable ini boleh jadikan gambar bulan madu kamu kelihatan sangat cantik dan tidak boleh dilupakan.

Pulau Tioman, Pahang 

Seperti di Maldives, kamu boleh rasai pengalaman yang sama di Pulau Tioman. Sesiapa yang datang ke pulau ini akan tertarik dengan air laut yang jernih sehingga menampakkan dasar laut.

Foto – Go Asia / Tioman Travel

Kamu dan pasangan boleh melakukan aktiviti snorkeling yang terletak di Laut China Selatan ini. Jika kamu ingin aktiviti yang mencabar, kamu dan pasangan boleh lakukan aktiviti jungle trekking bagi menikmati keindahan flora dan fauna di sekitar pulau ini.

Banjaran Hot Springs Retreat, Perak

Menjadi salah satu lokasi yang popular bagi mengadakan majlis perkahwinan, Banjaran Hot Springs Retreat ini juga boleh dijadikan sebagai lokasi bulan madu.

Foto – Travel With The Sun / Luxurious Magazine

Kamu dan pasangan boleh berehat menikmati iklim tropika yang sangat menenangkan dan romantik. Kamu juga boleh check-in vila yang lengkap dengan kolam air panas semula jadi yang khas untuk privacy pasangan serta menikmati makan malam di dalam gua.

Georgetown, Penang

Kamu dan pasangan adalah food hunter? Lokasi ini terbaik untuk kamu berdua. Menjadi salah satu tempat bulan madu yang popular, kamu dan pasangan wajib melawat Bukit Bendera dan menikmati desserts di situ.

Foto – Penang Foodie / Best Penang

Tidak di lupakan, signature Pulau Pinang iaitu nasi kandar. Di sini kamu boleh mendapatkan pelbagai jenis nasi kandar yang sedap dan tidak membuatkan kamu lupa akan rasanya yang cukup dengan pelbagai rempah.

Ciptakan sebuah momen yang bermakna di tempat yang dapat meninggalkan kesan kepada perhubungan kamu dan pasangan. Jangan lupa, luangkan masa bersama dan kenal hati budi masing-masing. Selamat berbulan madu!

RUJUKAN: 1, 2

Tags: bulan madu malaysiahoneymoon malaysialokasi bulan madulokasi bulan madu bestlokasi honeymoonlokasi honeymoon besttempat bulan madu best

ARTIKEL BERKAITAN

10 Aktiviti Best Kamu Boleh Buat Bila Bercuti Ke Desaru Coast
Kembara

10 Aktiviti Best Kamu Boleh Buat Bila Bercuti Ke Desaru Coast

January 9, 2021
Viral! Apa Yang Popular Di Timah Tasoh, Perlis?
Kembara

Viral! Apa Yang Popular Di Timah Tasoh, Perlis?

January 6, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan