Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Umur 51 Tetap Nampak Jelita, Jennifer Lopez Kongsi Rahsia Kecantikan Diri

by Mas Idayu
December 6, 2020
Foto - Arkib Wanista via Instagram Jennifer Lopez

Foto - Arkib Wanista via Instagram Jennifer Lopez

Share on FacebookShare on Twitter

Jennifer Lopez nama yang tidak asing dalam dunia lakonan dunia, dianugerahkan dengan bakat, rupa paras dan kecantikan asli membuatkan dirinya dikenali ramai.

Menyentuh mengenai kecantikan, Jennifer Lopez nampaknya tak makan dek usia langsung meski telah menginjak usia 51 tahun.

IKLAN

Bongkar Rahsia Kecantikan

Foto – Arkib Wanista via Instagram Jennifer Lopez

Baru-baru ini Jennifer Lopez tayang wajahnya yang tanpa mekap di sosial media, kecantikan wajahnya membuatkan ramai yang berpendapat aktres jelita ini menggunakan botox untuk kekalkan keanjalan kulit wajah.

Disebabkan ramai yang bertanya, Jennifer Lopez bongkar rahsia kecantikannya untuk miliki kulit yang cantik bersih dan kekal anjal.

Ikut Petua Ibu Guna Minyak Zaitun

View this post on Instagram

A post shared by Jennifer Lopez (@jlo)

Dalam video yang dikongsi oleh Jennifer di akaun Instagramnya, Jennifer menyatakan bahawa penggunaan minyak zaitun adalah kunci rahsia kejelitaannya.

Petua ini diberikan oleh ibu Jennifer sendiri di mana minyak zaitun banyak kegunaannya seperti untuk penjagaan rambut, kulit, kuku dan dalaman wanita.

IKLAN

JLO Beauty

View this post on Instagram

A post shared by Jennifer Lopez (@jlo)

Kini Jennifer Lopez dapat berkongsikan rahsia kecantikannya itu menerusi produk penjagaan wajah yang dihasilkannya, iaitu JLO Beauty yang bakal mengambil tempat di pasaran dunia pada 1 Januari 2021 nanti.

Menurut Jennifer Lopez, produk JLO Beauty yang dihasilkannya mengandungi minyak zaitun semulajadi dan sumber bahan yang dapat memberi kulit bukan saja sihat tetapi juga bersinar dari dalam.

Tak sabar pula nak cuba produk JLO Beauty ini, mana tahu dapat kulit wajah bersinar dan anjal seperti Jennifer Lopez kan?

Rujukan

Tags: Apa Rahsia Kecantikan Jennifer Lopezjennifer lopezJLO BeautyKulit Jennifer Lopez BersinarRahsia Kejelitaan Jennifer Lopez
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan