Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Fesyen

9 Koleksi Tudung Paling Popular Di Malaysia Kamu Kena Ada

by Sofie Azizlan
December 7, 2020
33
SHARES
326
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jika wanita tidak bertudung mengalami ‘bad hair day‘, bagi wanita yang bertudung pula mereka akan mengalami situasi yang sama  tetapi berbeza sedikit iaitu pada tudung. Macam-macam masalah boleh terjadi seperti awning tudung yang tidak menjadi, kain tudung menjadi kedut, material dan sebagainya.

Dengan permintaan yang tinggi dalam pasaran, kini setiap wanita boleh memilih tudung kesukaan mereka mengikut ciri masing-masing. Tudung memainkan peranan dalam diri mereka kerana ia memberikan identiti dan personaliti kepada si pemakai.

Atas dasar permintaan pengguna, beberapa jenama telah memonopolikan pasaran tudung ini dan mendapat tempat dalam kalangan wanita yang bertudung.

Cool! Model Halima Aden Cipta Face Mask Untuk Frontliner Hijabi

June 2, 2020

Wanita Berhijab Dan Menyusukan Anak Hiasi Kempen Pharrell Williams “Adidas Originals”

September 23, 2019

Naelofar Hijab

Diasaskan oleh Noor Neelofa iaitu selebriti yang terkenal dalam negara mahupun di luar negara, nama Naelofar Hijab telah naik dengan mendadak dalam pasaran sejak lima tahun yang lalu.

Foto – Pinterest

Mempunyai lebih daripada 80 jenis koleksi, Naelofar Hijab terkenal dalam pengeluaran tudung bawal, turban dan shawl termasuklah ‘instant shawl‘. Harga bagi setiap tudung yang dijual sangat berpatutan dan mampu milik.

dUCK Scarves

Mempunyai cetakan tudung dan hiasan tersendiri, jenama tudung milik pengasas bersama, Vivy Yusof sentiasa menjadi ‘kegilaan’ dalam kalangan wanita bertudung. Pelbagai jenis tudung yang dijual pasti laris dalam beberapa saat.

Foto – Pinterest / New Straits Times

dUCK Scarves mungkin mencatat harga tudung yang paling mahal, tetapi ianya tidak menjadi penghalang kepada pengguna untuk membelinya kerana setiap tudung yang dijual sangat eksklusif dan edisi terhad.

Galeri Ariani

Apabila mendengar tentang nama jenama ini, ramai yang akan memikirkan Galeri Ariani ini berfokuskan kepada wanita yang berusia. Salah sebenarnya, jenama ini turut mensasarkan wanita yang muda dan inginkan penampilan fresh dalam rutin hariannya.

Foto – Ariani Online

Mempunyai wajah-wajah yang terkenal seperti Mira Filzah dan Bella Dally sebagai dutanya, Galeri Ariani sering menampilkan koleksi yang moden dan trendy bagi setiap pengguna.

Cakenis

Siapa tidak kenal dengan Hanis Zalikha atau Keknis. Terkenal di kaca televisyen malah di Instagram, tudung jenama Cakenis ini sentiasa menampilkan kelainan daripada jenama lain.

Foto – Cakenis

Memperkenalkan tudung yang tidak perlu menggunakan pin atau pinless, jenis tudung ini sesuai digunakan bagi wanita moden yang tidak ingin menghabiskan masa untuk melilit tudung mereka di depan cermin.

Tudung People

Sebut sahaja Tudung People, semestinya ia menjadi trendy dalam golongan muda. Mempunyai pelbagai warna dan corak, ianya sangat sesuai bagi digayakan oleh setiap wanita.

IKLAN

Foto – Tudung People

Bukan sahaja mesra poket, Tudung People ini juga telah mengeluarkan pelbagai jenis tudung untuk golongan kanak-kanak perempuan yang ingin bertudung. Jadi, buat kamu yang membeli Tudung People, jangan lupa untuk belikan satu bagi anak perempuan kamu.

Alhumaira

Tidak pelik lagi apabila jenama tudung ini mula mengeluarkan rangkaian tudung yang disulami dengan berlian Swarovski. Sulaman berlian Swarovski tersebut menampilkan gaya yang elegan dan eksklusif kepada si pemakai.

Foto – Pinterest

Terdapat dalam beberapa jenis warna dan gaya, jenama tudung Alhumaira ini mementingkan gaya yang minimalis dan eksklusif kepada si pemakai untuk tampil cantik sepanjang hari.

Tudung Ruffle

Pernah menjadi viral gara-gara tudung berbulunya, Tudung Ruffle ini sentiasa menjadi must-buy dalam kalangan penggemarnya. Mempunyai satu ton warna dan material kainnya, Tudung Ruffe menggunakan chiffon yang ringan, crepe dan cotton.

Foto – Tudung Ruffle

Tudung yang dibuat khas bagi peminat bawal, ianya mudah dibentuk dan senang dipakai ketika dalam keadaan sibuk serta mengekalkan rupa yang eksklusif pada si pemakai.

Radiusite

Pernah dengar tentang jenama tudung Radiusite? Rangkaian tudung yang dikeluarkan oleh jenama ini sangat berpatutan harganya dan mampu dimiliki oleh setiap pengguna.

Foto – Radiusite

Terkenal dengan tudung yang mempunyai fesyen beaded double loop shawl, tudung jenis ini senang dipakai dan menjimatkan masa kerana tidak perlu membuang masa untuk melilitnya.

Sugarscarf

Bagi peminat warna pastel, Sugarscarf pasti menjadi pilihan kamu. Warna-warna tudung yang sangat fresh dan tekstur kain yang senang dibentuk mengikut gaya terkini, jenama tudung ini sentiasa memberikan yang terbaik pada penggunanya.

Foto – Sugarscarf

Sesiapa sahaja yang memakainya pasti kelihatan sangat ayu dan manis seperti nama jenama tudung ini. Pelbagai corak dan warnanya pasti tidak akan memeningkan kepala kamu jika mahu dipadankan dengan pakaian harian.

Walaupun permintaan tudung dalam kalangan pengguna wanita semakin tinggi di Malaysia, rata-rata jenama ini bersaing sesama mereka bagi menghasilkan tudung yang berkualiti dan selesa serta memberikan identiti tersendiri kepada si pemakai.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: jenama tudung di malaysiajenama tudung popularjenama tudung popular 2020tudung popular di malaysiawanita berhijab
Share13Tweet8Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.