Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Tak Perlu Suplemen, Kolagen Boleh Dihasilkan Melalui Makanan Ini

by Sofie Azizlan
December 7, 2020
28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila bercakap tentang kolagen, semestinya setiap orang tahu ianya sangat penting untuk badan. Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam badan termasuklah tendon, ligament, kulit dan otot.

Membentuk sebanyak 75% sehingga 80%, kolagen memainkan peranan terbesar bagi penampilan seseorang dan penuaan. Semakin usia meningkat, semakin kurang penghasilan kolagen seseorang.

Jika dilihat, pelbagai jenis jenama kesihatan mengeluarkan supplements bagi merangsang penghasilan kolagen. Tetapi tahukah kamu, kolagen juga boleh dihasilkan melalui beberapa jenis makanan ini?

Foto - Arkib Wanista

Produk Nutox Bagus Untuk Wanita Berusia, 5 Terbaik Ini Pilihan Ramai

January 15, 2021
The Collagen by Watsons White Regeneration. Foto - arkib Wanista.com

Collagen By Watsons, Dedah Kecantikan Kulit Melalui Sumber Kolagen

November 23, 2017

Bone Broth

Terkenal sebagai salah satu sumber penghasilan kolagen secara semula jadi, bone broth diperbuat daripada tulang dan penghubungkan tisu yang direneh selama beberapa jam atau hari.

Foto – Mashed

Melalui bone broth ini, kamu akan mendapat beberapa nutrien seperti magnesium, phosphorus, kolagen, kalsium dan beberapa lagi yang diekstrak daripada tisu penghubung dan tulang bagi merangsang penghasilan kolagen.

Ayam 

Seperti daging lembu, daging ayam mempunyai animo acids yang diperlukan untuk merangsang pengeluaran kolagen. Dalam seekor ayam, terdapat banyak kandungan tisu penghubung yang menjadi sumber kolagen.

Foto – Freepik

Beberapa kajian mengatakan leher dan tulang rawan ayam merupakan sumber kolagen utama bagi merawat arthritis iaitu pembengkakan yang terjadi pada sendi seseorang individu.

Buah Beri 

Selain bertindak sebagai pengeluaran pra-kolagen, buah beri juga menjadi salah satu agen dalam memberikan antioksidan pada badan. Antioksidan berfungsi dalam melindungi sel daripada radikal bebas yang terdapat di udara, makanan dan air.

Foto – Saga

Berbanding dengan oren, buah beri mengandungi lebih banyak kandungan Vitamin C dalam dos yang banyak serta ellagic acid di makan ia melawan kerosakan sinaran UV yang terjadi pada kulit.

Bawang Putih 

Bagi pencinta bawang putih, selain menjadi penyedap kepada masakan, kandungan sulfur yang tinggi dalamnya boleh menjadi mineral yang membantu meningkatkan sintesis kolagen.

Foto – Insider

Dalam pada masa yang sama, sulfur juga mencegah pemecahan serat kolagen di mana ia sangat membantu dalam memelihara kulit seseorang dan sendi yang sihat.

Tomato

Tomato mengandungi dos lycopene, iaitu amino acid yang melindungi kulit daripada cahaya matahari. Sinaran matahari boleh menyebabkan proses penuaan menjadi cepat kerana kerosakan serat kolagen.

IKLAN

Foto – Home Guides

Jadi perbanyakkan makan tomato kerana ia mengandungi vitamin C yang tinggi dalam diet harian untuk mengekalkan kulit menjadi awet muda.

Cili Benggala 

Tidak pedas dan sedap dimakan begitu sahaja, cili benggala ini mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi seperti capsaicin iaitu sebatian anti radang dan sintesis kolagen.

Foto – News Daily

Setiap warna cili benggala ini mengandungi nutrien tersendiri di mana ia dapat menghalang daripada pembentukan tanda-tanda penuaan pada kulit. Semakin banyak cili benggala dimakan, semakin bagus ia dalam penghasilan kolagen.

Tiram 

Kandungan zink yang tinggi dalam tiram merupakan mineral yang terpenting bagi meransang sintesis kolagen yang diperlukan bagi pembentukan tulang.

Foto – Healthline

Pengambilan tiram dalam makanan kamu boleh memperlambatkan kadar pemecahan sel-sel kolagen dalam tisu granulasi dan mempercepat luka untuk sembuh.

Biji Labu 

Jika kamu tiada masa untuk mendapatkan makanan yang proper, kamu boleh makan kekacang atau biji yang mengandungi kandungan zink yang tinggi seperti biji labu dan cashews.

Foto – Pinterest

Biji dan kekacangan ini mudah didapati dan senang dimakan bagi merangsang penghasilan kolagen dengan pantas.

Telur Putih 

Bagi menghasilkan kolagen, telur mengandungi amino asid, glucosamine sulfate, chondroitin sulfate dan hyaluronic acid. Bahan-bahan yang terkandung ini dapat membina tisu penghubung, menyembuhkan luka, tingkatkan jisim otot dan kurangkan rasa sakit pada sendi dan tulang.

Foto – Healthline

Selain itu, membrane pada kulit telur dapat memberikan kesan yang positif pada dalam mengelakkan penuaan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UVB.

Daripada memakan supplements, kamu boleh menyediakan diet harian menggunakan makanan yang disenaraikan bagi merangsang penghasilan kolagen dalam badan untuk melambatkan penuaan.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: kolagenmakanan hasilkan kolagenmakanan kolagenmakanan ransang kolagenmakanan untuk kolagen
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

10 Tahun Pengguna TikTok Ini Merana, Tapi Lepas Guna CeraVe Kulit Flawless Gila!

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.